Angkasawan negara ini memang gemar berkongsi tip keibubapaan. Kali ini Datuk Dr Sheikh Muszaphar kongsi pula tip bagaimana ibu bapa nak ajar bayi dari terlentang ke meniarap.
Menggunakan dua bayi kembarnya sebagai model untuk pelbagai perkongsian, nyata ramai netizen gemar bertanyakan soalan dan meminta Dr Sheikh Muszaphar berkongsi tip penjagaan bayi.
Mengajar bayi untuk meniarap
Ramai bertanyakan saya kenapa anak mereka masih belum merangkak atau meniarap pada usia tertentu dan ia agak merisaukan.
Hari ini saya akan menunjukkan anda bagaimana untuk mengajar bayi untuk berpusing daripada telentang ke meniarap bagi memudahkan proses merangkak dan menyegerakan perkembangan anak.
Walaupun bayi pada akhirnya akan memahaminya tetapi mungkin ambil masa agak lama, jadi kita kena ajar mereka.
Bayi cepat belajar. Tunjukkan mereka sekali dan keesokkan hari mereka boleh melakukannya.
PS- Aktiviti ini boleh dimulakan seawal usia 3 bulan tetapi lakukan secara perlahan…
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Nampaknya perkongsian tip dari Dr Sheikh Muszaphar mendapat pujian dan ucapan terima kasih. Selain dari itu ramai juga yang meminta pelbagai tip lain mengenai penjagaan dan cara merangsang perkembangan bayi.
Sumber: IG drsheikhmuszaphar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Bagi Anak Puting, Fikir Dua Kali Kalau Tak Nak 5 Risiko Ini Berlaku
Penggunaan puting tiruan atau pacifier menjadi pilihan kebanyakan mama dan papa akhir-akhir ini. Tapi pastikan anda fikir dua kali sebelum memberikannya kepada bayi.
Ramai mama papa yang memilih puting tiruan untuk menenangkan bayi. Diharapkan keputusan itu diambil setelah berfikir semasak-masaknya akan kesan yang mungkin akan berlaku.
PERTIMBANGKAN DAHULU
Kebanyakan bayi mempunyai refleks menghisap yang kuat. Ada bayi yang sudah pandai menghisap jari dan ibu jari sejak lahir lagi. Selain ia mimik hisapan kepada payudara, ia memberikan bayi keselesaan dan kelegaan. Sebab itu kebanyakan ibu bapa memilih untuk puting tiruan untuk bayi, malah ia menjadi barang wajib ada seperti mana lampin.
Adakah puting OK untuk bayi anda? Memang ia memudahkan anda dalam menenangkan bayi, mama papa perlu fahami risiko yang bakal dihadapi sekiranya bayi diberikan puting tiruan serta faktor keselamatan.
Mama papa perlu memahami kesan negatif menggunakan puting tiruan kepada bayi. Ia seharusya diberikan pertimbangan wajar kerana berkemungkinan memberikan pelbagai kesan negatif kepada bayi.
#1 MENGGANGGU PENYUSUAN SUSU IBU
Memperkenalkan puting tiruan pada awal selepas kelahiran boleh mengganggu penyusuan susu ibu. Hisapan pada payudara, botol dan puting tiruan adalah berbeza.
Beberapa kajian yang dilakukan mendapati ada sesetengah bayi yang diberikan puting pada awal usia, penyusuan susu ibu mereka menjadi kurang kerap dengan sela masa yang lama antara setiap penyusuan. Ini menyebabkan penyusuan susu ibu tidak dapat bertahan lama.
Bagaimanapun, kajian terhadap penggunaan puting yang tidak terhad dalam bayi yang sihat dan lahir cukup bulan mendapati bahawa ia tidak memberi kesan kepada penyusuan.
#2 KEBERGANTUNGAN KEPADA PUTING
Bayi anda mungkin akan menghadapi masalah kebergantungan kepada puting. Bayi akan kurang selesa atau menangis jika puting tiada atau terjatuh. Bayangkan jika putingnya tertinggal atau hilang, tentu suasana jadi haru biru! Mood bayi juga akan terganggu.
#3 MENINGKATKAN RISIKO JANGKITAN TELINGA
Jangkitan telinga tengah kebanyakannya akan terjadi apabila bayi berumur enam bulan ke atas di mana kuman yang mungkin terdapat pada puting. Ia dinamakan otitis media.
#4 MENGGANGU PERTUMBUHAN GIGI
Penggunaan puting dalam masa yang lama boleh meningkatkan risiko masalah gigi si manja di mana sekiranya ia digunakan pada beberapa tahun awal usianya. Ia boleh menyebabkan gigi susu tumbuh tidak teratur atau sedikit terkeluar.
#5 MASALAH UNTUK CERAI PUTING
Ada sesetengah kanak-kanak bercerai puting pada usia 2 tahun dan ada yang lebih lewat sehingga empat tahun. Kebarangkalian timbulnya masalah untuk menceraikan puting adalah tinggi.
Walau bagaimana pun elakkan menggunakan kekerasan sebaliknya ambil pendekatan psikologi dengan memujinya bila dia boleh berenggang sebentar dengan puting kesukaannya. Dapatkan nasihat doktor jika usaha anda untuk memisahkan puting denga si manja menemui jalan buntu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain Baik Untuk Otak, Ikan Dapat Mengurangkan Risiko Bayi Terkena Asma
Seperti yang diketahui, ikan adalah makanan sihat, kaya dengan omega-3 untuk membina asid lemak otak dan manfaat lain
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, bayi antara usia 6 bulan dan 1 tahun yang makan ikan mempunyai risiko 36 peratus lebih rendah untuk terkena asma di kemudian hari.
Malah dalam tempoh anak yang berusia 0 hingga 6 bulan ini, sistem kekebalan tubuh anak sedang diprogramkan dan nutrisi yang dijumpai dalam asid lemak omega 3 ikan dan vitamin D, boleh mempengaruhi proses ini.
Jadikan pilihan utama
Tekstur ikan yang lembut dan mudah dikunyah antara pilihan yang sesuai untuk bayi yang baru belajar makan untuk merasainya.
Memilih ikan tanpa tulang dan kulit antara yang terbaik seperti ikan salmon atau beberapa jenis ikan lain lagi. Jadi jangan ragu-ragu untuk menambahkan ikan ke dalam makanan si kecil. Ini antara 5 manfaat lain ikan untuk anak:
1. Bayi lebih cerdas
Kajian yang dibuat dalam jurnal Pediatrics tahun 2003 menyatakan ibu yang mengambil suplemen omega-3 sepanjang kehamilan dan menyusukan bayi, ternyata memiliki bayi dengan kemampuan kognitif lebih tinggi ketika usia mereka 4 tahun. Malah anak-anak yang bersekolah dan diberi suplemen omega-3 menunjukkan peningkatan kemampuan membaca. Otak anak berkembang dengan cepat sebelum lahir dan terus berkembang di tahun pertama kehidupannya. Jadi, inilah waktu yang ideal untuk memberikan DHA dalam menu seharian anak.
2. Meningkatkan fokus
Kajian lain turut menyatakan bahawa anak yang ibunya memiliki kadar DHA lebih tinggi dalam darah ketika saat melahirkan lebih mampu mempertahankan fokus pada objek dibandingkan anak yang ibunya memiliki kadar DHA rendah.
3. Memperbaiki penglihatan
DHA telah terbukti membantu menajamkan penglihatan pada bayi.
4. Meningkatkan imuniti badan
DHA juga telah dikaitkan dengan peningkatan kekebalan tubuh. Dalam satu kajian, kanak-kanak yang minum susu formula yang diperkaya dengan minyak ikan, memiliki kadar protein lebih tinggi-yang menunjukkan fungsi kekebalan tubuhnya-dibanding kanak-kanak yang minum susu formula biasa.
5. Mencegah ekzema
Omega-3 dapat mengurangkan keradangan di seluruh bahagian tubuh, termasuk kulit. Menambahkan potongan salmon atau tuna ke dalam makanan si kecil sebelum usianya 9 bulan, dapat membantu melindungi anak dari risiko alergi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dilema Bila Anak Suka Susu Yang Dipam Berbanding Menyusu Terus Dari Ibu, Di Mana Silapnya? Pakar Laktasi Bagi Solusi
Ibu-ibu pasti alami dilema apabila anak suka susu diperah (expressed breast milk) berbanding menyusu daripada payudara. Jenuhlah nak pam saja. Jangan bimbang mama, ikuti tip ini.
Situasi penyusuan seperti ini mungkin boleh meletihkan ibu dan boleh membuatkan proses penyusuan jadi tidak semula jadi. Mengepam secara eksklusif (exclusive pumping EP) ialah keadaan di mana ibu yang mengepam untuk mengeluarkan susu daripada payudara. Ia selalunya disebabkan oleh pelbagai punca. Antara sebab paling utama ialah bayi enggan untuk menyusu secara terus dari payudara secara berterusan.
Namun bagaimana jika ibu mengepam secara eksklusif dilakukan secara sengaja tanpa berusaha untuk cuba menyusukan secara terus? Menurut Dr Hairin Anisa Tajuddin, pakar laktasi IBCLC, Pakar Pediatrik & Pensyarah Pediatrik Monash University, kebaikan penyusuan susu ibu dan khasiat susu ibu yang perlu difahami sebagai dua perkara yang berbeza. Namun ia sering disalah anggap sehingga ada ibu mengambil jalan mudah dan memilih untuk melakukan pemerahan susu ibu menggunakan pam sahaja tanpa mempraktikkan penyusuan terus dari payudara. Kemudian, susu ibu perahan akan diberikan melalui botol.
Menurutnya, ibu yang tiada ilmu penyusuan yang cukup, tidak mendapat bantuan awal dan tiada sokongan bagi mengatasi masalah penyusuan adalah antara faktor terjadinya amalan mengepam secara eksklusif ini.
Hal disenaraikan ini menyebabkan salah anggapan serta membuatkan ibu memilih untuk menjadi EP Mom.
- Bayi menolak untuk disusukan pada awal kelahiran menyebabkan ibu berasa amat tertekan. Selalunya penolakan berlaku kerana masalah yang boleh diatasi segera seperti ibu tidak tahu teknik asas pegangan yang betul dan posisi yang selesa untuk ibu dan bayi, bayi mempunyai masalah kekeliruan puting, lidah bayi yang pendek (tongue tie)atau bayi yang telah terpisah daripada ibu kerana masalah kesihatan sejak lahir (pramatang, jaundis dan sebagainya).
- Ibu pernah mengalami pengalaman penyusuan yang menyakitkan dan beranggapan penyusuan ibu secara terus dari payudara (direct latch)menyakitkan namun dalam masa yang sama mengetahui khasiat susu ibu tiada tandingannya. Ibu seperti ini tidak mahu memberikan susu formula dan berusaha untuk melakukan pengepaman dengan kerap.
- Ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan bayi secara terus kerana beranggapan anaknya akan menjadi terlalu manja, susah untuk ditinggalkan dan ibu sukar membuat kerja harian atau mudah ditinggalkan bersama pengasuh (kerana tidak terlalu bergantung kepada ibu).
- Faktor yang jarang berlaku ialah ibu yang berjauhan dengan bayi atas sebab bekerja di tempat lain dan bayi dijaga oleh penjaga lain. Bayi hanya akan berjumpa ibunya seminggu atau sebulan sekali.
KELEBIHAN BAYI YANG MENYUSU TERUS DARIPADA PAYUDARA
Terdapat perbezaan kebaikan penyusuan antara menyusu secara terus dari payudara dan mengepam secara eksklusif. Berikut ialah kelebihan penyusuan secara terus daripada payudara.
- Ikatan naluri atau bonding yang lebih kuat kedudukan semasa menyusu di mana dadanya ke dada ibu menyebabkan dia boleh menghidu bau tubuh ibu. Pelukan ibu semasa menyusu yang akan merangsang rembesan hormon oksitosin (hormon cinta) daripada kelenjar pituitari ibu dan bayi.
- Bayi mendapat probiotik iaitu bakteria baik yang terdapat pada puting payudara ibu yang dapat menguatkan sistem imun bayi.
- Pengeluaran susu yang lebih efektif kerana mekanisme hisapan bayi (tekanan positif dan negatif dalam mulut bayi) membantu susu memancut lebih lancar. Sedangkan, pengepaman hanya menggunakan tekanan negatif yang dihasilkan oleh pam.
- Kurang risiko untuk bayi menjadi keliru puting.
- Bayi akan memiliki bentuk rahang mulut yang lebih cantik berbanding bayi yang menyusu menggunakan botol.
- Bayi mendapat lebih banyak susu segar berbanding susu yang diperah (EBM) yang selalunya susu yang telah dibekukan atau sejukkan.
MASALAH SERING DIHADAPI IBU MENGEPAM SECARA EKSKLUSIF
Susu tidak dikeluarkan dengan efektif kerana pam payudara hanya membuat daya hisapan tanpa tekanan positif seperti mana hisapan bayi.
Susu yang tidak dikeluarkan dengan sempurna ini akan berkumpul dan lama-kelamaan akan menjadi ketulan atau curds yang akan menyumbat saluran kelenjar susu. Ibu akan berisiko mendapat rusty pipe syndrome dan plugged ducts yang akhirnya menyebabkan pengaliran susu tidak lancar. Maka, dengan ini ibu tersalah anggap bahawa susunya berkurangan. Namun, bila diperiksa payudaranya mempunyai ketulan-ketulan keras yang dipanggil galactocyst.
Ibu cepat berasa penat kerana pada waktu malam kerana perlu bangun untuk memerah untuk diberikan kepada bayi atau untuk sebagai stok. Jika tidak di perah keluar, payudara akan membengkak dan kesakitan. Jika bayi boleh menyusu secara terus, bebanan ibu lebih ringan dan mudah kerana tidak perlu memerah pada waktu tengah malam dan di awal pagi.
MASIH BERPELUANG KEMBALI KEPADA PENYUSUAN TERUS DARIPADA PAYUDARA
Sekiranya ibu yang mengepam secara eksklusif berniat untuk memulakan semula penyusuan terus daripada payudara, kemungkinan anak menolak memang ada. Maka, ibu perlulah melakukan sentuhan kulit ke kulit (skin to skin contact & kangaroo care) dengan kerap sebelum memaksa bayi menyusu di payudara.
Bayi seperti ini sudah mengalami kekeliruan puting. Maka dia perlulah dipujuk secara perlahan-lahan tanpa paksaan. Berikan masa untuknya merasai ikatan naluri dan membiasakan dengan bau tubuh ibu terlebih dahulu. Ibu juga perlu yakin memegang bayi dan tahu teknik posisi yang betul. Jika asasnya tidak betul dan bayi tidak selesa, kegagalan akan berlaku. Dapatkan khidmat nasihat para kaunselor laktasi untuk bantuan lanjut bagi menjayakan misi ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI