Angkasawan negara ini memang gemar berkongsi tip keibubapaan. Kali ini Datuk Dr Sheikh Muszaphar kongsi pula tip bagaimana ibu bapa nak ajar bayi dari terlentang ke meniarap.
Menggunakan dua bayi kembarnya sebagai model untuk pelbagai perkongsian, nyata ramai netizen gemar bertanyakan soalan dan meminta Dr Sheikh Muszaphar berkongsi tip penjagaan bayi.
Mengajar bayi untuk meniarap
Ramai bertanyakan saya kenapa anak mereka masih belum merangkak atau meniarap pada usia tertentu dan ia agak merisaukan.
Hari ini saya akan menunjukkan anda bagaimana untuk mengajar bayi untuk berpusing daripada telentang ke meniarap bagi memudahkan proses merangkak dan menyegerakan perkembangan anak.
Walaupun bayi pada akhirnya akan memahaminya tetapi mungkin ambil masa agak lama, jadi kita kena ajar mereka.
Bayi cepat belajar. Tunjukkan mereka sekali dan keesokkan hari mereka boleh melakukannya.
PS- Aktiviti ini boleh dimulakan seawal usia 3 bulan tetapi lakukan secara perlahan…
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Nampaknya perkongsian tip dari Dr Sheikh Muszaphar mendapat pujian dan ucapan terima kasih. Selain dari itu ramai juga yang meminta pelbagai tip lain mengenai penjagaan dan cara merangsang perkembangan bayi.
Sumber: IG drsheikhmuszaphar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Tip Sejuk Beku Puri Bayi Supaya Tahan Lebih Lama Dan Tak Mudah Tercemar
Bagi ibu bapa yang sibuk, menyediakan puri bayi untuk si kecil setiap hari mungkin sedikit membebankan. Menyejuk bekukan puri bayi adalah alternatif yang terbaik kerana ia boleh bertahan sehingga beberapa bulan lamanya!
Ibu bapa perlu memastikan cara menyejuk bekukan puri bayi adalah betul supaya makanan tidak mudah rosak. Tempoh menyimpan puri bayi juga berbeza bagi makanan-makanan tertentu. Terdapat juga makanan yang tidak sesuai untuk disejuk bekukan.
7 Cara Menyejuk bekukan Puri Bayi
- Gunakan dulang ais kiub (ice cube tray) untuk menyimpan puri bayi. Pastikan ia sudah dibasuh bersihdan dikeringkan sebelum digunakan
- Sebelum menyejuk bekukan puri, pastikan ia sudah sejuk sekurang-kurangnya pada suhu bilik
- Pindahkan puri ke dalam dulang kiub. Masukkan dulang berisi puri itu ke dalam plastik yang boleh di-seal ataututup dulang menggunakan plastik pembalut/foil aluminium dengan kemas. Sekiranya dulang tersebut mempunyai penutup, tutup dengan rapat.
- Letakkan dulang berisi puri di dalam peti bahagian sejuk beku.Pastikan suhu dibawah -18°C.
- Selepas puri beku sepenuhnya, pindahkan kiub puri tersebut ke dalam plastik
- Label puri tersebut. Tulis nama makanandan tarikh masuk peti sejuk beku. Ini sangat penting untuk membantu ibu bapa mengetahui makanan mana yang perlu dimakan dahulu. Konsep ini dikenali sebagai ‘First in, First out’ (FIFO). Makanan yang paling awal masuk peti, perlu digunakan dahulu
- Letakkan semula puri yang sudah dilabel ke dalam peti bahagian sejuk beku.
Tip Penggunaan Dulang Kiub Ais
Mengapa dulang kiub ais digunakan? Apabila puri dibekukan dalam dulang ais, ia lebih mudah untuk dicairkan dalam jumlah yang sedikit. Berbanding jika dibekukan dalam bekas biasa, puri pasti sukar dibahagikan dalam jumlah yang kecil semasa ingin mencairkannya.
Dulang kiub ais yang fleksibel adalah pilihan yang baik untuk membekukan puri. Apabila puri beku sepenuhnya, ia lebih mudah untuk dikeluarkan daripada dulang fleksibel berbanding plastik keras.
Sekiranya puri beku susah keluar daripada dulang, siram belakang dulang dengan airsejuk. Keluarkan kiub puri ke atas permukaan yang bersih.
Dulang kiub ais yang fleksibel diperbuat daripada silikon dan mempunyai penutup
Tempoh Penyimpanan Puri
- Bahagian sejuk beku:3-6 bulan (tetapi sebaiknya puri dihabiskan dalam masa 1-3 bulan)
- Bahagian chiller (buah/sayuran):2 hari (48 jam). Maksimum 3 hari (72 jam)
- Bahagian chiller (daging, ayam, ikan, telur):Maksimum 24 jam
Untuk memastikan kualiti makanan terjaga, sebaik-baiknya makanan sejuk beku disimpan maksimum selama 3 bulan (walaupun ia boleh bertahan sehingga 6 bulan). Semakin cepat ia digunakan, semakin baik. Ini kerana khasiat pada puri boleh berkurangan jika disimpan lama.
Puri yang disimpan dibahagian chiller perlu digunakan secepat mungkin kerana bakteria boleh membiak pada suhu chiller jika disimpan lama.
Makanan Yang Tak Sesuai Untuk Disejuk Bekukan
- Telur rebus
- Buah/sayur yang berair (timun, tembikai)
- Mayonis
- Yoghurt dan keju
Puri yang ingin dibekukan sebaiknya tidak dicampur dengan sebarang air/susu (contoh; puri buah/sayur) semasa ingin dibekukan. Jika ingin menambah air/susu, tambah hanya apabila puri bayi sudah dicairkan.
4 Cara Mencairkan Puri Bayi Yang Sejuk Beku
Puri sejuk beku boleh dicairkan dengan cara berikut;
1. PANASKAN MENGGUNAKAN MICROWAVE
- Cairkan puri di dalam bekas kacakerana plastik yang panas akan membebaskan bahan kimia pada makanan.
- Panaskan setiap 15 saat, kacau dan panaskan lagi 15 saat sehingga puri benar-benar cair.
- Pastikan haba betul-betul tersebarke seluruh makanan dan tiada poket haba yang panas tersembunyi di sebalik puri. Poket haba boleh menyebabkan lidah bayi melecur.
2. PANASKAN MENGGUNAKAN API
Masukkan puri ke dalam periuk kecil dan panaskan pada api yang paling kecil. Kacau puri supaya haba tersebar.
3. CAIRKAN DENGAN MELETAKKAN PURI PADA CHILLER
Letakkan puri di bahagian chiller dan tunggu semalaman. Pastikan puri ditutup rapat supaya tidak tercemar dengan makanan lain di dalam chiller.
4. RENDAM BEKAS DI DALAM AIR SUAM
Rendam bekas yang berisi puri di dalam bekas lebih besar yang berisi air suam. Anda juga boleh memanaskan air di dalam periuk besar, dan masukkan periuk kecil berisi puri ke dalam periuk besar.
Tip Mengenai Puri Yang Dah Dicairkan
- Jangan simpan atau sejuk beku semula makanan yang sudah dimakan bayi.Makanan tersebut sudah dicemari dengan air liur bayi. Makanan yang tidak dapat dihabiskan perlu dibuang terus.
- Lebihan puri bayi yang sudah dicairkan tetapi belum disentuh bayi, boleh disimpan di chiller dalam masa maksimum 3 hari.Pastikan makanan ditutup rapat semasa disejukkan.
- Anda tidak disarankan untuk menyejuk-bekukansemula puri bayi yang sudah dicairkan.
Semoga perkongsian berkenaan puri bayi ini bermanfaat kepada para ibu bapa. InsyaAllah
Sumber: zuriat.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Anak Cerewet Makan Ini Kongsi Cara Terbaik Elak Anak Picky Eater Adalah Perkenal Bubur Nasi Dari Awal!
Ramai ibu jadi stres bila anak jenis cerewet makan. Kebanyakan ibu akan perkenalkan anak dengan puri buah-buahan ketika pertama kali anak makan makanan pejal. Betul kan?
Sebenarnya jururawat di Klinik Kesihatan menyarankan bayi diperkenalkan dengan bubur nasi kosong sebelum mencuba makanan lain.
Tetapi ramai ibu yang memilih untuk memperkenalkan puri buah-buahan pada bayi mereka. Puan Amyra Abas berkongsi antara punca anak pertamanya cerewet makan disebabkan dia memperkenalkan buah dan susu berperisa sejak hari pertama makan.
Puree buah, Nestum VS Bubur Nasi
Hi semua. Sy rasa terpanggil untuk kongsi sedikit info pasal makanan pertama anak 6 bulan. Disini sy tekankan, sy cuma berkongsi pengalaman membesarkan anak picky eater. Harap tiada misunderstanding, miscommunications, misjudging, miscal, misyou ehhh tiberrrrr.
Arjuna my 1st son is a picky eater. Super picky eater. Sejenis yang tak manis tak mau makan. Langsung tak cuit. Suka instant food dan processed food. Sampai tahap saya terpaksa buat rice balls hari hari utk arjuna makan nasik until now.
Semua bermula dgn pemberian buah dan susu berperisa dari hari pertama. Bila bukak blog, tanya ibu ibu lain semua sudah pasti mereka akan cakap fruit fruit fruit. Puree buah. Buah lenyek. Kononnya wajib beri makanan semi solid sebab pencernaan anak belum matang. Like seriously?! Read more on this ya. Please. Namun bila kita tanya nurse, tanya doktor, pakar pemakanan, they will say BUBUR NASI. Wanna know why? Here we go.
Kenapa Sebaiknya Perkenalkan Bubur Nasi Dulu?
Buah memang mempunyai gula natural utk memberikan rasa manis asli dlm pemakanan. Selalu org kata manis manis buah kan? Kita kira itu manisan standard. Ya bagi kita, namun bukan bagi bayi. Taste buds bayi sangat power, sepower super power tongkat ali kacip petimah. Eh?
Taste buds anak selama 6 bulan pertama hanya mengenal susu. Samada susu ibu atau susu formula yang juga dah sedia ada manis. Jadi untuk keselamatan, elakkan memberi makanan yang ada rasa manis seperti buah buahan.
Bayangkan berdouble manis anak kalian dapat. Buat lah BUBUR KOSONG BLEND TAPIS dan beri lah anak mengenal rasa dengan sesudu dua benda tawar dan tak sedap ni. Sesudu dua ok. Bukan sepinggan.
Perlu ditekankan, 6 bulan ini adalah fasa pengenalan makanan. Tak perlu beri banyak macam mak nye makan 3-4 pinggan. Beri sesudu dua, besok naik 3 sudu, lusa naik 4 sudu, tulat 4-5 sudu.
Muntah/muak bila disuap bubur kosong atau makanan lain itu adalah NORMAL ye mommies. Dont expect them to be us, macam kita kenal dgn suami, terus bercinta keeeeee? Mestilah tidakkk you allsssss. Kenal kenal rapat rapat sendat sendat mampat mampat dulu kan? Haaa gitu jugak lah anak kita. Nak kenal makanan bukan sehari dua boleh adapt.
Perlu diingatkan juga pentingnya tentang 4 DAYS RULE (4DR) utk mengenal pasti sebarang perubahan pada anak. Monitor wet diapers nya. Sembelit atau cirit kah? Monitor skin conditions nya. Normal atau naik ruam kah? Kalau lepas makan anak tetiba jd perdana menteri tu nanti PM tepi lah kongsi info anak makan apa.
Makanan Ruji Kurangkan Masalah Cerewet
Kakak ipar sy org Finland, dia bekerja sebagai physiotherapist kanak kanak. Dia cakap di Finland tekankan makanan ruji utk anak. Bukan buah.
Makanan ruji mereka macam pasta. Roti. Gandum. Quinoa. Oats. Kita ni yang tak berapa nak mat saleh tu, beri bubur nasik kosong sebagai permulaan dah lerrrr. Janji bubur nasi kosong blend tapis. Insyaallah peratusan ke arah picky eater tu akan berkurangan. Insyaallah ye. Bukan pasti!
Contoh cara pemakanan :
Bubur kosong 4dr pass
Puree sayur 4dr pass
Puree buah 4dr pass
Back to basic :
Bubur kosong 2-3 hari
Puree sayur lain 4dr pass
Puree buah lain 4dr pass
Dan seterusss nyaaaa.
Perlu diingatkan, setiap kali anak dah makan sedap campur campur, back to basic utk sehari dua je, berilah bubur kosong untuk stabilize taste buds anak. So then pemakanan anak akan balanced. Manis boleh telan. Tawar boleh telan. Pahit boleh telan. Payau boleh telan. Dan bila saja anak cirit atau muntah, berbaliklah kepada bubur nasik kosong. Its helps a lot. Trust me.
Tolong Elak Perkenal Macam-Macam Makanan
Lagi satu, anak baru 6 bulan you allss, cuba elakkan makan campur campur untuk mengelakkan kita susah nak detect sebarang masalah pada anak (andai ada)
Lebih baik perkenalkan satu makanan dahulu. Bila dah 7 bulan boleh combine 2 makanan yg anak pass. 8 bulan boleh combine 3 makanan yang anak pass and so on. Jadi mak kene banyak sabar. Your child have his whole life to eat whatever he want, as for now, do our best to monitor his food intake as strict as we can.
Apa saja makanan yang bakal disuap ke mulut anak adalah pilihan kalian. Sy cuma berkongsi pengalaman agar kalian mampu mengelakkan anak kalian dari menjadi super picky mcm arjuna. Atleast you dont have to put so much effort to tackle his taste buds back in track. Sangat menyusahkan. Serious talk.
Disini sy nak highlights REAL FOOD LIKE FRUITS IS WAY MUCH BETTER THAN NESTUM, CERELEC, INSTANT BABY BISCUITS AND SO ON. THIS IS A PROCESSED TRASH. I WONT CALL THIS AS A FOOD. I WONT!
Please please please jangan sesekali suap anak dgn bahan bahan di atas. MAKANAN DI ATAS PEMBUNUH SELERA ANAK ANAK KITA. Trust me, you will thanked me one day for reminding.
Hugs.
MAK ANAK PICKY MICKEY
Amyra Abas
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Barut, Bedung, Sedu & Hair Band Sinonim Dengan Bayi? Doktor Terangkan Bila Keperluannya
Kita sebagai ibu bapa teruja untuk pakaikan barut, hair band untuk anak. Tapi tak ramai yang tahu tentang kesan dan bila penggunaan barut, bedung, sedu dan hair band sehingga menyebabkan bayi tidak selesa. Ikuti perkongsian Doktor Erna;
BARUT, BEDUNG, SEDU DAN HAIR BAND
Ramai yang masih marah bila saya berkongsi tentang hal hal kesihatan wanita dan kanak kanak.
Tak apa, kita tak perlu bersetuju semua benda, kan? Saya sampaikan melalui ilmu saya sebagai seorang doktor sahaja
Tentang hal bedung;
Ada yang kata, di hospital juga bayi terus dibedung sejurus selepas lahir. Adalah itu juga salah?
Ok puan puan sekalian, adakah saya menyebut perkataan salah di dalam posting saya? Tak ada kan? Saya kata bukan keperluan.
Puan puan perlu faham. Bayi selepas dilahirkan terdedah kepada risiko untuk mendapat hypothermia iaitu di mana suhu badan adalah rendah dari yang normal. Nama pun baru dilahirkan kan. Jadi, sebab itu kita bersihkan dia, pakaikan dia baju dan bedung dia. Untuk elak berlakunya hypothermia.
Dan salah satu cara lain adalah dengan mendekatkan badan bayi tanpa apa apa baju dengan badan ibu sejurus selepas bersalin. Selain untuk mengeratkan ikatan ibu dan anak,teknik ini juga memberikan haba kepada bayi.
Selepas 24 jam, biasanya suhu badan bayi sudah normal. Jadi, di negara kita yang beriklim tropika ini, bila siang atau ada masa malam malam dengan suhu yang panas dan kering, tak perlu bedung pun tidak mengapa.
Sudah ramai rasanya doktor doktor dan pakar pakar kata yang angin tidak boleh memasuki badan manusia melalui kulit. Angin apa yang dimaksudkan oleh tuan tuan dan puan puan? Angin bayu? Angin kus kus? Oksigen? Angin apa?
Perut bayi menjadi kembung disebabkan oleh banyak faktor;
Contoh, tidak sendawakan bayi selepas menyusu, menyusu terlalu banyak, tidak cukup susu, bagi puting menyebabkan bayi hisap angin. Sebab itu, bila bayi kembung, kita cuba sendawakan dan belai lembut bahagian abdomennya.
Ok, boleh faham kan?
Bayi akan merengek bila mereka tidak selesa. Boleh jadi lapar, panas,sejuk, gatal badan, pampers penuh, berak, kencing atau mengantuk. Masa inilah peranan anda sebagai ibu bapa bermula. Ambil tahu apa yang buatkan bayi anda tidak selesa.
Sama seperti meletakkan tisu basah di dahi bila bayi sedu;
Adakah ianya perlu?
Tak perlu pun sebenarnya.
Sedu berlaku apabila bayi menyusu dalam keadaan tergesa gesa atau tidak hadam dengan betul atau terus melakukan aktiviti selepas menyusu atau tidak sendawakan dengan betul.
Cara yang boleh digunakan untuk hilangkan sedu adalah dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi atau sendawakan bayi. Biasanya sedu akan hilang dengan sendirinya.
Jika sedu berterusan sehingga berjam jam, bawa bayi anda berjumpa doktor.
Bolehkah bagi gripe water pada bayi?
Ingat, bayi di bawah 6 bulan tidak boleh diberi apa apa selain susu samada susu badan atau susu formula.
Tiada kajian spesifik mengatakan gripe water boleh menyembuhkan kembung dan sakit gigi. Jadi, berhati hatilah ya.
Tentang barut;
Untuk pengetuhuan anda, perut bayi dan kanak kanak memang sedikit buncit. Itu adalah anatomi normal mereka. Jadi, tak perlu risau.
Yang perlu risau adalah jika perut mereka keras, mereka menangis kerana sakit, mereka tidak selesa, ada peruhan pada najis mereka dan mereka tidak sihat. Jika ada ini semua, bawa berjumpa doktor.
Bayi perlu menyusu dengan kerap untuk membesar.
Tak perlulah pakaikan mereka barut. Bahagian abdomen mereka memerlukan ruang yang selesa selepas menyusu.
Janganlah pakaikan barut sehingga ke dada. Anda sendiri tidak selesa jika perlu pakai korset sehingga ke dada. Paling lama anda boleh pakai pun cuma beberapa jam sahaja.
Perhatikan dada anda sendiri semasa anda bernafas. Dada anda akan turun dan naik kerana itulah fisiologi badan kita. Sama seperti bayi, malah mereka lebih memerlukan suasana yang selesa, untuk bernafas, semasa makan, semasa berheat, semasa tidur dan semasa membuat aktiviti.
Sebab itu barut bukanlah satu keperluan pun. Biarlah bayi anda selesa.
Ada yang kata pakai barut untuk sukat susu bayi?
Peliknya dengan ajaran merapu sebegini. Bagaimana anda boleh terpedaya semudah ini?
Sukat susu bayi dengan barut? Lawak kan? Untuk apa sukat?
Bayi memang perlukan susu sebagai makanan dan minuman dia.
Bila saya cakap, bagi lah susu ibu sepenuhnya. Itukan sunnah.
Tapi tak ada pula saya kata bagi susu formula tu haram. Hadui.
Ada pula yang kata alah dekat hospital pun misi sumbat susu formula juga.
Hurm. Inilah dia masalah orang kita.
Faham tak mahu, hentam sahaja melulu.
Jika si ibu sudah berusaha sehabis baik untuk beri susu badan namun susu masih sedikit dan bayi, asyik merengek, takkan anda mahu kami membiarkan sahaja bayi anda.
Lagi lagi bayi kepada ibu yang ada kencing manis semasa mengandung, memang mempunyai risiko hypoglycemia iaitu paras gula dalam darah rendah. Ini adalah bahaya kerana ianya boleh membawa maut.
Boleh faham kan? Insha Allah boleh
Dan lagi satu, saya mahu menegur dengan penggunaan hair band;
Ramai yang suka beli hair band yang berwarna warni. Hati hati. Pastikan ianya tidak ketat.
Bagaimana nak tahu? Lepas anda cabut, tiada bekas atau tanda getah hair band tersebut.
Kepala bayi juga membesar sepanjang dia membesar. Jadi, berhati hatilah ya.
Sebelum kita melakukan sesuatu pada anak anak kita, fikir dahulu, perlu atau tidak, selesa atau tidak untuk dia. Saya tidak pula kata eh jangan pakaiiii, harommmm ni
Saya betulkan berkaitan dengan kesihatan kerana itu bidang saya. Jika anda tidak mahu bersetuju, tidak apa. Itu anak awak, amanah awak.
Semua mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka kan? Asalkan tidak memudaratkan bayi, tak apa. Tapi jika sesuatu amalan itu memudaratkan,kenapa masih mahu mengikut?
Ya, masalah kita adalah suka percaya bila dengar,
Eh, orang dulu kata kan
Eh, aku baca kat group tu kan
Eh itu, eh ini. Kan?
Janganlah mudah sangat tertipu ya.
Jadilah ibu bapa yang bijak bestari. Untuk mendapatkan anak anak yang bijak, anda sebagai ibu dan bapa perlu bijak juga. Ajar ilmu yang betul, bukan bagi supplemen untuk bijak pandai ya. Kalau dengan menelan supplemen boleh pandai dan sihat, maka tak adalah orang tak bijak dan orang sakit di muka bumi ini
Nota kaki : Iman tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri. (Buya Hamka)
Sumber: Dr. Erna Nadia
Tak suka permusuhan, setiap amalan perlu ada penerangannya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI