Seorang bapa mungkin lebih tegas berbanding ibu. Ekspresi wajahnya saja sudah cukup untuk membuat anak-anak merasa takut. Nampak garang, tetapi di sebalik wajah itu tersembunyi rasa cinta seorang ayah terhadap anak-anaknya.
Menunjukkan rasa sayang kepada anak-anak bukan sahaja membuatkan mereka terasa disayangi tetapi sebenarnya ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Bagi ayah yang mungkin jarang menzahirkan rasa sayang terhadap anak-anak, Rasullulah SAW pernah memberi nasihatnya berkenaan hal ini.
Terdapat sebuah kisah dahulu ketika Nabi mencium kedua orang cucunya iaitu Hasa dan Husain bin Ali bin Abi Thalib. Kejadian ini menurut sebuah riwayat oleh Abu Hurairah, disaksikan oleh al-Aqra bin Habis. Lalu dia pun berkata, “Sesungguhnya, aku memiliki sepuluh orang anak. Dan, tidak pernah aku cium seorang pun daripada mereka.”
Selepas mendengar pengakuan jujur al-Aqra, Rasullullah SAW lalu bersabda:
“Barang siapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi.”
Sebenarnya, mencium anak merupakan salah satu cara seorang ayah memberitahu anak-anak bahawa dia menyayangi mereka. Amalan itu akan mewujudkan rasa sayang anak-anak kepada si ayah. Jika tiada, maka kasih sayang antara seorang ayah dan anak-anak tidak sempurna. Satu kisah lain ketika ada seseorang bertemu dengan Rasullullah SAW dan dia ditanyakan pernahkah dia mencium anak-anaknya. Dia bertanya semula mengapa perlu dia berbuat demikian.
Ads
Lantas ditanyakan semula kepadanya, seandainya dia mahu Allah SWT mencabut kasih sayang dari hatinya.
Ada juga riwayat lain yang menceritakan tentang kasih sayang Rasullulah SWT apabila anaknya Fathimah az-Zahra melawatnya, pasti Baginda akan menjemput anaknya itu dan menudukkannya di atas kerusi lalu diciumnya. Biarpun ketika sedang sakit, Baginda tetap melakukannya.
Ads
Tidak hairanlah, mengapa Fathimah seperti yang diceritakan melalui lanjutan hadis ini, dia juga akan melakukan begitu kepada Baginda saat ayahnya datang menziarahinya.
Ya, cara Rasullulah SAW ini indah. Jadikan ia teladan agar kita dapat menjadi ibu bapa yang lebih prihatin dan penyayang. Semoga dengan mengikut sunnah ini, kasih sayang dalam rumah tangga bertambah mekar dan mewangi.
Tindakan segelintir ibu bapa sanggup memarahi malah memukul anak-anak mereka di tempat awam mungkin ada sebab tertentu. Ada yang berpendapat anak perlu diajar terus agar mereka dapat ingat sampai bila-bila dan tak akan mengulanginya lagi.
Namun sebagai ibu bapa adakah anda terfikir tindakan itu menyebabkan anak akan hilang keyakinan dalam diri mereka? Ingat ya walaupun anak kecil dan tak mampu buat apa-apa mereka sebenarnya ada sikap malu.
Kalau diikutkan biasalah anak-anak kecil ni akan berlari ke hulur hilir, tapi ada cara menasihatinya supaya anak faham apa yang boleh dan tak boleh. Berikut perkongsian dari Certified Parental Coach, Zaid Mohamad apa yang sepatutnya ibu bapa buat tanpa memalukan anak dikhalayak ramai.
Ibu bapa perlu sedar bahawa dunia ini adalah sebuah “taman permainan” yang besar bagi anak-anak. Oleh itu, tidak perlulah kita terlalu tertekan apabila mereka terlebih “excited” tatkala dibawa ke tempat awam. Biarkanlah mereka berlari dan bermain asalkan tidak membahayakan diri DAN tidak mengganggu orang lain (jika tidak, kita mesti tegur dengan cara berhemah)
Standard ibu bapa adalah tinggi sedangkan anak-anak tidak mengetahuinya. Oleh itu ibu bapa perlu bijak dalam menyampaikan pesanan sebelum tiba ke lokasi kejadian. Beritahu awal-awal beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan (jangan banyak sangat) dan apakah akibatnya jika ianya dilanggar (cth: balik segera atau ada hukuman lain).
Anak-anak kecil adalah pakar rundingan terbaik di dunia! Mereka gunakan taktik yang tidak boleh digunakan oleh orang dewasa seperti melembikkan tengkuk, mengelipkan mata dengan comel, dan juga menjerit sekuat hati sambil menangis dan berguling-guling di tengah-tengah shopping mall. Kita perlu bijak berunding dengan mereka – elakkan dari drama, bertegas dan jangan mengalah, alihkan perhatian dan buat perjanjian awal-awal.
Mereka akan lupa pada perkataan/perbuatan TETAPI mereka akan ingat sampai bila-bila perasaan yang tercipta olehnya. Anak-anak (malah sesiapa pun) akan terlupa akan segala perkataan atau perbuatan kita, tetapi perasaan yang tercipta (bengang, malu, marah) akan dikenang seumur hidup. Jika berterusan, ini akan menjahanamkan kasih-sayang sesama keluarga. Berhati-hatilah….ciptalah kenangan terindah dengan kata-kata dan perbuatan yang terbaik sahaja!
Semoga mendapat sedikit peringatan untuk kita bersama In Sya Allah!
Dari kecil lah anak-anak perlu diasuh dan di didik tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Pendidikan awal ini sangat penting untuk perlindungan diri mereka. Ikuti perkongsian daripada Puan Adlil Rajiah
Walaupun anak masih kecil, sudah tiba masanya ibu bapa sekarang berfikiran lebih jauh. Pelbagai isu dan kes yang berlaku melibatkan kanak-kanak kecil. Kes-kes Pedophilia kerap berlaku di negara ini tanpa kita sedar.
Seorang lelaki muda (21 tahun) DM saya–
“Kak, tolong la pesan kat followers akak. STOP PAKSA ANAK SALAM SEMUA ORANG. STOP PAKSA ANAK PELUK SEMUA ORANG. STOP BIARKAN ANAK DIPANGKU tanpa kerelaan dia.”
When i asked him why,
ini jawapan dia–
“Saya mangsa raba adik mak saya (bapa saudara) sejak kecik. Semuanya sebab mak saya terlalu percayakan dan hormatkan semua orang, kecuali saya. Mak ayah kat luar sana, hati2 lah bila memaksa anak2 salam cium tangan saudara mara bila balik kampung. Hati2 lah bila mengizinkan saudara mara pangku/dukung/layan anak kita. Kita takkan percaya sesuatu perkara, sampai lah ia benar2 terjadi.”
Saya perasan benda ni dah lama. SEX EDUCATION–adalah topik yg paling susah dihadam oleh masyarakat kita. Selalu disalaherti dan di-takpenting-kan.
Hari tu masa buat Q&A di IG story, saya cakap–“jangan paksa anak salam semua orang.”
Selang berapa saat, terus viral dikecam teruk. Siap cakap saya wahabi nak sesatkan umat. Padahal itu lah permulaan untuk dedahkan sex awareness & self-respect pada anak2.
Tapi tu lah. Macam mana nak fahamkan lebih mendalam kalau cakap pasal isu surface pun dah menggelupur sampai aku dilabel wahabi.
Parents, tolonglah. Mistake yg selalu kita buat setiap kali balik kampung, setiap kali jumpa saudara mara ialah–
Paksa anak salam cium tangan SEMUA ORANG. Paksa anak hug & kiss SEMUA ORANG. Paksa anak “okay” bila didukung atau diriba oleh SEMUA ORANG.
Konon2 kita open-minded. Konon2 anak kita sporting. Tergamak kita paksa anak hormat orang lain, sebelum ajar dia hormat dirinya sendiri dulu.
“Alahhh. Apa salahnya. Anak aku tu comel kot. Tu sebab semua orang sayang. Tu sebab semua orang geram. Jumpa pun sekali sekala. Apa salahnya…”
Maka mentaliti tahik “apa salahnya” inilah yang indirectly mengajar anak2 untuk TERPAKSA SERAH DIRI walau apa pun yang diperlakukan pada dia–SAMPAI BILA2.
Berapa ramai di kalangan kita yg dah dewasa hari ni rasa awkward bila balik kampung, bila TERPAKSA SALAM CIUM TANGAN saudara mara yg bukan mahram sebab dah dibiasakan begitu sejak kecik?
Dah besor, dah tahu hukum, baru nak rasa awkward. Nak betulkan keadaan, tak tahu pulak camane. Tak salam, kang kata tak hormat.
Sebab tu– sex education ni macam benih. Kena tanam slowly dari kecik, untuk dihadamkan lumat2 hingga dewasa. Benih ini lah yg akan bercambah dalam diri anak, yang membentuk sikap, personality dan akan affect banyak benda lain.
Dan hati2 lah bila bercakap– “Alahh sepupu duapupu ni kan macam adik beradik. Tak rasa apa pun bila bersentuhan.”
Wah, hebat kita. Sampai ‘tak rasa apa’ jugak mempertikai hukum Allah. Kan?
Ada juga yg cakap– “Kenapa takut sangat nak bagi anak2 salam pak saudara, mak saudara? Takut kena rogol ke?”
Fuh. Kot ye pun kompiden anak takkan dirogol– ambik tahu dulu tentang berpuluh jenis sexual harassment ‘ringan’ yg dah bunuh masa depan ramai anak2 di Malaysia ni. Salah satunya, tu mamat yg DM kat atas tadi tuh.
Masih berani jamin benda ni takkan berlaku pada anak sendiri?
Ini bukan soal mahram ke bukan mahram tau. Ini soal peranan kita dalam memupuk awareness dalam diri anak2 supaya mereka tahu hormat dan pelihara diri sendiri, TERUTAMA di waktu ketiadaan kita.
Pergi baca case study atau statistik– betapa ramai anak2 di Malaysia, seusia 8 tahun ke bawah, ada masalah ketagihan sex, low self esteem, depression, insecurities, anger management, self-blame, anxiety, etc– yang jika digali-selidik memang pernah sexually harassed by family members sendiri.
Kamonnn. Cukup2 lah mempertikai. Ini bukan pasal agama ke adab ke apa.
Ini masalah mentaliti kita sebagai ibu bapa. Kita yg BODOH SOMBONG taknak ambik tahu tentang sexual education. Kita yg taknak ambik langkah ajar anak untuk hormat diri sendiri, sebelum hormat orang lain.
Siapa lagi nak ajar, kalau bukan kita ibu bapa? Tunggu ustazah ajar bila anak masuk sekolah? Sex education bermula seawal anak berusia 2 tahun ye, tuan puan.
Ini 6 basic rules yang ibu bapa boleh buat untuk slowly jadi contoh dan beripendedahan awal pada anak2 tentang sex education:
1. Jaga aurat depan anak (pusat ke lutut). Seeloknya dedahkan anggota wudhu sahaja (lengan, kaki, kepala). Yg lain, tutup. Dan elak pakaikan anak pakaian yang dedahkan terlalu banyak kulit badan. Biar dia biasa pakai sopan dari kecil.
2. Setiap kali bawa anak pergi toilet– TUTUP PINTU. Walaupun kita mandikan atau teman dia membuang, always remember to close the door. WALAUPUN TAKDE ORANG LAIN DALAM RUMAH.
3. Minta izin anak sebelum peluk cium dia. Simply ask, “Mama nak peluk sekejap, boleh?” Dan sila hormat pendirian anak jika dia TAK MAHU. This will teach the child to respect themselves and to respect other people’s privacy.
4. Izinkan anak salam cium tangan HANYA DENGAN ORANG YANG DIA SELESA. Dan kalau ada orang yang dia pilih untuk tak bersalam, tanya anak, find out why, hormat keputusan dia, and never paksa.
5. Never bogelkan anak depan orang. NEVER. Budaya bogelkan anak utk pakaikan diapers/seluar di depan mata orang lain, dengan alasan anak masih kecik dan bontot masih hijau PATUT DIHENTIKAN. Apatah lagi membiarkan orang lain memegang kemaluan anak yg kononnya comel. HELL NO!
6. Ajar anak untuk menjaga 4 bahagian ini: kemaluan, punggung, dada, mulut. Dan ajar mereka untuk beritahu ibu bapa secepat mungkin jika mana2 bahagian itu disentuh oleh orang lain.
Saya harap apa yang saya kongsikan hari ni dapat memperbetul mentaliti kita dan menyediakan suasana yang lebih selamat dan terpelihara untuk anak2. Let’s have a peaceful raya, InsyaAllah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak kita semuanya hebat. Setiap dari mereka dah ada rezeki masing-masing. Kadang-kadang kita sendiri sebagai ibu bapa pun tak sangka keistimewaan yang ada pada anak.
Janganlah sesekali kita merasa kecewa, merasa anak kita tidak seperti anak orang lain. Yakinlah setiap apa yang kita lakukan dengan niat kerana Allah, pastinya Allah akan jaga dan memberinya semula jika tiba masanya. Hanya usaha dan doa berterusan daripada ibu bapa senjata kekuatan untuk mereka.
Cuma, dalam hal ini, kita sebagai ibu bapa ada kesilapan tetapi tak nampak. Kita mungkin anggap itu biasalah tetapi sebenarnya ‘pembulian’ untuk jiwa anak.
Ustazah Asma Harun pesan jika berterusan tak elok untuk proses pembesaran anak dalam jangka masa panjang. Ingat anak kita anugerah terindah Allah buat ibu bapa.
Tanpa sedar, antara pembulian ibu ayah terhadap anak-anak adalah ;
a) Membezakan kasih sayang, perhatian dan penghargaan. Lalu mereka rasa diri tidak disayangi atau dibenci.
b) Pembahagian kerja rumah yang tidak seimbang. Akan lahir ketidakpuasan hati yang terpendam, kerja dilakukan dengan terpaksa.
c) Membanding-bandingkan antara anak-anak, akan membuatkan diri rasa serba kurang atau akhirnya akan hilang keyakinan terhadap potensi diri.
d) Membuka aib atau menyebut kesilapan dan kekurangannya depan adik beradik atau orang luar. Mereka akan hilang percaya dan hormat pada diri kita.
e) Mengungkit kebaikan dan pengorbanan yang kita lakukan, seolahnya mereka itu beban.
Hati-hati ibu ayah, bimbang ada dendam yang sangat panjang mengeruh dan meretakkan hubungan adik beradik, walau setelah kita mati ia tetap berterusan. Kisah lama terus diungkit bila ada sesuatu yang berlaku.
Terimalah hakikat bahwa Allah ciptakan anak-anak sangat berbeza, mereka adalah anugerah yang terindah bila di didik dengan fitrah, jika tidak ia menjadi musibah yang membawa fitnah.
Sebagai muhasabah, banyaknya salah silap kita sebagai ibu ayah berbanding salah anak, perangai yang kita tidak suka pada mereka mungkin datang daripada kita juga.
Kita memang tak mampu jadi ibu ayah yang sempurna, sekurang-kurangnya jadilah ibu ayah yang baik. Akui kesilapan dan kelalaian, jika mampu minta maaf, dan mulalah dengan perubahan diri, insyaAllah anak turut berubah.
Esok pagi, niat dan doa untuk jadi ibu ayah yang baik, ketiaadannya dicari, kepulangannya dinanti-nanti, pemergiannya dirindui. Kita jadi mulia atas pangkat sebagai ibu ayah kerana adanya mereka, sebab itu anak-anak itu pelengkap hidup kita dunia dan akhirat.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...