Keinginan anak-anak tidak sewenang-wenangnya kita penuhi. Biar anak rasa hidup susah dan tahu erti kesukaran untuk mencari wang. Bagi isteri kepada Johan Rajalawak, Ozlynn Wati, inilah yang dilakukan kepada anak-anaknya sejak mereka kecil lagi.
Tidak berlebih-lebihan dalam segala hal. Malah belajar untuk berusaha sendiri bila inginkan sesuatu. Ibu kepada enam cahaya mata itu tidak keberatan untuk turut membenarkan anaknya merasai pengalaman bekerja.
Semuanya semata-mata dek hasrat anaknya, Haziq yang mahu mengumpul duit untuk memiliki permainan kesukaannya dari hasil titik peluh sendiri.
Melalui Instagram, Ozlynn berkongsi gelagat kisah anaknya itu.
“The Best P.A. Lewat macam mana pun habis kerje tetap jalankan tanggungjawab jaga mama, air botol mama kat tangan dengan skrip.
“Director cut je air sampai terus depan muka dengan skrip. Betul-betul dia ikut apa yang papa dia pesan,” kongsi Ozlynn.
Walaupun masih kecil namun usahanya untuk memperolehi wang saku sendiri dan ringan tulang membantu ibunya seharusnya dipuji.
“Ha masalah dia satu, tidur lewat nak bangun subuh jek… hekk hekkk hek. Merengek. Haa part ni mama kena bawak bersabar sikit la. Makna ada kelebihan ada jugak kekurangan tapi yang paling best dia selalu offer diri nak tolong. Even kita tengah masak pun dia akan tanya, ada benda yang Haziq boleh tolong.
“Haih my bambam yang syomel!! Ni dia ikut kerje seban nak cari duit nak beli wallet ps5 katanya.
“So ada ketika dia masuk opis papa dia tolong tampal resit. Kalau abang dia masuk opis papa, papa suruh cuci jamban, vacum opis.
“Ada je cleaner tapi papa dia kata, senang training awal, suruh duduk sendiri nanti tak adalah lah jamban keladak,” kongsi lagi.
Perkongsian beberapa keping gambar Haziq yang membantu ibunya di set penggambaran sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi pengikut Ozlynn dan Johan malah turut memuji didikan keduanya.
Syukur suami banyak bantu
Malah melalui entri yang sama, Ozlynn juga amat bersyukur kerana dianugerahkan suami seperti Johan yang sentiasa ringan tulang membantu menyelesaikan kerja-kerja rumah.
” Yang penting suami ada hati nak belajar dan bantu bukan takat arah. Yang penting suami tahu buat kerja rumah tanpa isteri suruh, sebab suami bukan anak yang perlu kita bagitahu apa yang perlu dibuat.
“Dapat suami yang ada hati bantu ringankan urusan isteri juga satu rezeki. Pelan-pelan belajar. Senangkan hati isteri, senang la urusan suami,”kongsinya lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, hasil perkahwinan mereka, Ozlynn dan Johan dikurniakan dengan enam orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Menarik: Pandainya Dia Kena Agah Dengan Ibu, Senyuman Anak Kedua Siti Nurhaliza Buat Ramai Cair
Menarik: Pandainya Dia Kena Agah Dengan Ibu, Senyuman Anak Kedua Siti Nurhaliza Buat Ramai Cair
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI