Untuk menjadi ibu bapa cemerlang mendidik anak bijak, nasihat Datuk Dr Hamid Arshat ini mesti dijadikan panduan paling penting.

Siapa tidak kenal dengan doktor pakar yang berpengalaman luas dalam bidang perbidanan dan sakit puan atau Obstetrik & Ginekologi ini.

Sebagai doktor pakar yang berkecimpung dalam bidang obstetik dan ginekologi sejak 47 tahun lalu, Dr Hamid Arshat yang juga bapa kepada lima orang anak ini berkongsikan tip untuk menjadi ibu bapa cemerlang bagi mendapatkan anak yang bijak.

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya yang luas dalam bidang perbidanan dan keibubapaan, tip yang dikongsi oleh beliau ini seharusnya dijadikan panduan berguna kepada semua bakal ibu bapa dan yang telah bergelar ibu bapa.

CARA GAYA KEBAPAAN PERLU DIPELAJARI, DIPRAKTIKKAN. AMALKAN TERUS MENERUS. JADI IBU BAPA CEMERLANG.

1. JAHIL DALAM CARA GAYA KEIBUBAPAAN

Ikut Nasihat Dr Hamid Arshat Untuk Jadi Ibu Bapa Cemerlang Didik Anak Bijak
Pertama kali bergelar bapa 47 tahun lalu

Kali pertama saya jadi bapa setelah lahir anak sulung saya pada tahun 1971, saya berumur 26 tahun dan telah bertugas sebagai doktor perubatan di hospital Muar.

Kemahiran dan kecekapan saya melaksanakan tanggung jawab sebagai bapa, bergantung kepada naluri sahaja. Banyak perkara tentang cara gaya keibubapaan yang saya tak tahu.

Kalaulah saya berilmu serta mahir dalam perkara tersebut, tentulah kelima-lima anak saya telah jadi genius dan capai kecemerlangan.

Tapi kenyataannya mereka sederhana sahaja tapi Alhamdulillah masing-masing telah menikmati suatu tahap kejayaan hidup dan masih ada ruang untuk mereka capai tahap lebih tinggi.

2. PENTINGNYA ZAT PROTEIN WAKTU HAMIL

Waktu hamil isteri saya makan yang berzat dan berkhasiat. Lebih lauk sebagai sumber protein, penting bagi pertumbuhan organ-organ terutama otak bayi.

Dulu tak mampu beli ikan salmon atau mackerel; ikan tuna (tongkol) dan ikan terubuk dia tak suka pula.

IKLAN

Kesemua ikan-ikan tersebut dikategorikan ikan berminyak (oilyfish) yang mengandungi banyak omega-3 dan DHA iaitu bahan-bahan penting bagi pertumbuhan dan fungsi otak bayi.

Zaman itu harga ikan sangat murah, kita makan berbagai jenis ikan, tenggiri, bawal, kembung, ikan parang, ikan lidah dan lain-lain.

Sumber protein lain ialah daging lembu, yang kita makan seminggu sekali.
Bila balik kampung emak akan masak ayam kampung, masak gulai ketumbar dan sup ayam. Memang lazat. Memang selera isteri saya makan ketika hamil.

Dalam zaman mewah sekarang, wanita hamil jarang kekurangan zat protein, malah berlebihan.

Lain-lain sumber protein ialah telur, kacang-kacang (peanuts, badam, gajus, walnut), beans, makanan laut saperti udang, sotong, ketam dan lain-lain.

Kacang soya dalam bentuk air soya, tempe, tahu, miso dan lain-lain adalah baik untuk ibu hamil.

IKLAN

Ada yang mengatakan minum banyak air soya ketika hamil, bayi jadi kulit putih?

Mungkin amalan pemakanan yang seimbang oleh isteri saya, telah menghasilkan bayi sihat, cerdik otaknya sehingga jadi doktor pakar bedah sekarang!

3. VITAMINS FOLIC IRON DAN KALSIUM

Supplement vitamin sangat penting bagi ibu-ibu hamil untuk meningkatkan tahap kesihatan ibu dan bayi.

Keperluan zat iron meningkat untuk bina darah dan cegah anemia.

Kalsium untuk bina tulang bayi dan untuk kuatkan tulang ibu.
Folic asid untuk cegah kecacatan bayi khususnya pada otak dan saraf.

Vitamin C pun penting untuk meningkatkan immunity dan mencegah dari jangkitan kuman khususnya virus.

Alhamdulillah isteri ambil cukup bekalan supplements tersebut ketika hamil. Dia pun sihat sehingga melahirkan bayi. Bayi pun sempurna dan sihat ketika lahir.

IKLAN

4. JAGAAN PRENATAL SANGAT PENTING

Ikut Nasihat Dr Hamid Arshat Untuk Jadi Ibu Bapa Cemerlang Didik Anak Bijak
Penjagaan ketika hamil sangat penting!

Ini adalah satu perkara yang teramat penting untuk menentukan keselamatan ibu dan bayi waktu kelahiran.

Kebetulan ketika isteri saya hamil, saya bertugas sebagai pegawai perubatan dijabatan obstetrics dan gynecology, hospital Muar tahun 1971 – 72.

Saya pastikan isteri saya pergi Klinik ibu mengadung ikut jadual.
Masa itu tak ada ultrasound scan, bayi dalam rahim diperiksa pakai tangan dan jantungnya didengar dengan corong fetoscope.

Pengedalian ibu-ibu hamil atas asas ‘clinical acumen’. Sekarang teknoloji moden telah banyak membantu. Setiap pemeriksaan akan disertai ultrasound scan, dan kita dah ketahui tentang bayi termasuk jantinanya sebelum lahir.

Dalam satu sesi klinik antenatal, di Muar dulu saya sering periksa 80 orang ibu hamil. Ibu-ibu yang hamil sebanyak 8, 10, dan 12 kali biasa saya temui. Mereka masih nak beranak di rumah dan disambut oleh bidan kampung. Komplikasi sering timbul khususnya perdarahan lepas bersalin.

5. BAYI DALAM RAHIM BOLEH DENGAR

Ikut Nasihat Dr Hamid Arshat Untuk Jadi Ibu Bapa Cemerlang Didik Anak Bijak

Setelah selesai pembentukkan jasad bayi dalam 3 bulan pertama. Allah tiupkan ruh pada bulan keempat, dan pada bulan kelima tendangan bayi dapat dirasai ibu.
Bulan keenam, Allah kurniakan pendengaran kepada bayi, dan bulan kelapan deria penglihatan.

Kalau lah saya tahu fakta-fakta ini pada tahun1971, tentulah saya ajar bayi dalam rahim membaca al-Quran, matematik, sains dan cakap bahasa Jawa dan Inggeris.

Saya sudah terlepas peluang pada semua 5 orang anak-anak saya.
Saya lihat anak bongsu saya sering mainkan tape bacaan al-Quran ketika dia hamil dan ketika anak tidur selepas lahir. Semoga jadi anak-anak yang soleh.

Bayi dalam rahim paling aktif waktu malam. Terbaik ajar dalam setengah jam sebelum ibu tidur.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI