Mak ayah yang nak ajar anak-anak berpuasa memang sebaiknya bermula dari awal usia. Tapi ajarlah secara berperingkat supaya mereka faham pengertian berpuasa dan tidak rasa terbeban.
Umur yang sebaiknya untuk mengajar anak-anak mula berpuasa adalah pada usia mereka 7 tahun tapi kalau ada yang bermula lebih awal pun tidak mengapa. Paling mencabar pastinya nak kejutkan mereka bangun di awal pagi untuk bersahur.
Pelakon Faralyna Idris mempunyai cara tersendiri untuk mengejutkan anak sulungnya Fira yang baru berusia lima tahun untuk bangun bersahur bersama-sama.
Artikel menarik: Tak Perlu Paksa Kalau Anak Tak Larat, Ini Tip Ajar Anak 5-6 Tahun Puasa!
Jelasnya dalam satu posting di Instagram miliknya, salah satu cara dengan ‘pancing’ dengan benda yang anak-anak suka. Menurut Faralyna cara tersebut diinspirasi dari Ustazah Isfadiah sebagai salah satu cara nak didik dan ajak anak untuk bangun sahur.
Tambahnya lagi, walaupun anaknya dalam keadaan mamai ketika berada di meja makan kerana bangun awal, dia tetap teruskan berborak untuk memastikan si kecilnya itu terus berjaga.
“Ini cara Bonda kejut Kakak bangun sahur utk berpuasa. Selain daripada kita keep on ingatkan dia kebaikkan bgn sahur tu ( of course dlm bahasa yang paling mudah utk bdk bdk faham lah kan ), Bonda “pancing” dia dgn benda yang dia suka. Ini dari ustazah @isfadiah juga. Cara-cara utk didik dan ajak anak utk bgn sahur hehe.
Thank you, ustazah!
“Kakak suka cekodok. So sblm tidur tu Bonda dah bitau dia yang dia akan dpt mkn cekodok kalau bgn sahur. Kalau bgn dah day time bak kata Kakak, no cekodok. She has to wait sampai night time utk dpt mkn cekodok.
“Kakak mmg jenis tak susah bgn pagi. Sekali dua kejut mmg terus bgn. Tapi pagi yang dia dgr ada cekodok, dia terus “nak nak nak” and bangun. Betapa senang hati beta. Hahaha.
( oh tak susah buat cekodok tgh pagi tu sbb guna cekodok mix @resipineklin je ha. Keluar freezer, defrost, gaul gaul sikit, goreng. Daaah siap 🤗 )
“Tapi yes lah, mmg awal awal tu tersengguk sengguk juga makan. Tapi pastu kita tanye tanye dia byk soalan. Walaupun dia tak jawab, org tgh mkn mak aku ni tanye itu ini pula kan hahaha. Tapi dia akan respond. Paling buat dia segar bile kita borak pasal Ayah. Ha terus terbeliak mata. Tapi pastuuuuuuu, dia tak tidur dah sampai lah time berbuka nanti.
“Ah sudah.
Takpe lah na. Nanti kita fikir cara nak bagi dia tidur blk pula.
Tahan sgt mata tu eh. Heh,” tulisnya di Instagram
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah Fikri pada Disember 2014.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Fira Anggun, 5, dan Fira Ayu, 2.
Sumber: Gempak
Artikel menarik: Latih Anak Puasa, Bukan Terus Suruh Tahan Lapar & Dahaga. Cerita Dulu Kebaikannya