Bukan mudah untuk lelapkan mata, rasa tak selesa. Suami di sebalah kemain sedap tidur, siap pakej berdengkur. Sakit pula hati kan? Tetapi begitulah lumrahnya ibu mengandung, kesukaran tidur pada penghujung kehamilan itu adalah sesuatu yang normal. Mungkin faktor bayi yang semakin aktif pada waktu tidur ibu atau keadaan fizikal wanita hamil itu sendiri mempengaruhi tidurnya.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, posisi tidur ibu hamil juga perlu sentiasa dipantau. Jika salah kedudukan, ia boleh menggugat nyawa si kecil. Saranannya ini perlu diikuti bagi mengurangkan risiko kematian janin dalam kandungan.
Ini penerangan Dr Izzat berkaitan hal ini:
Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan. Betol ke?
Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan. Saya nak cerita sikit.
Posisi tido ibu mengandung ni mcm-mcm jenis. Yang biasa diamalkan adalah tido secara terlentang dengan perut yang besar tu kan?
Tidur Terlentang Ganggu Peredaran Darah
Ada kajian klinikal menyatakan bahawa posisi tidur terlentang ni mengganggu peredaran darah kembali ke jantung disebabkan rahim yang makin membesar.
Makin besar rahim tu makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah (inferior vena cava). Konsepnya lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya mengepaman jantung ke seluruh bahagian badan termasuklah darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta/uri.
Ads
Dengan baring terlentang ni, kurang darah sampai dan pulang ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang dan kurangnye darah sampai ke organ-organ penting.
Tidur Mengiring Ke Kiri
Posisi tidur yang dicadangkan adalah dengan tidur mengiring kiri (left lateral). Kajian telah membuktikan untuk ibu yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu pengepaman jantung (ejection fraction) meningkat sebanyak 8 %.
Untuk ibu yang 32 minggu, dengan tidur keadaan mengiring kiri, pengepaman jantung (ejection fraction) naik sebanyak 11% .
Ads
Atau dalam erti kata lain, makin kurang tekanan rahim yang besar itu diberikan pada salur darah belakang rahim (inferior vena cava) lagi bagus darah yang akan dipulangkan ke jantung.
Telah disimpulkan bahawa ibu yang tidur melentang, meningkatkan risiko bayi dalam kandungan meninggal secara tiba-tiba sebanyak 3.7 kali (tanpa ada faktor-faktor penyebab lain menyebabkan bayi mati secara tiba-tiba).
Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga (ataupun perut dah besar ) dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%. Banyak tu !
Kalau Allah dah kata, kehamilan tu takat tu ja, apa daya sekalipun baby tu akan meninggal gak kan? Tapi ni adalah sesuatu yang boleh diikhtiarkan untuk mengurangkan kejadian bayi mati secara mengejut dalam kandungan.
Mak buyung, jangan tido terlentang. Tido mengiring kiri okay?
Tidak dinafikan memang sukar nak tidur apabila hamil, terutamanya pada trimester ketiga. Perut makin membesar, pusing kiri kanan serba tak kena. Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Izzat ini sekurang-kurangnya memberi penjelasan kepada anda tentang posisi tidur yang selamat untuk kandungan si ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Air manis memanglah sedap, lagi-lagi kalau di waktu cuaca panas terik. Semua minuman yang ada rasa nak minum. Bagi wanita yang mengandung pastinya rasa untuk minum meluap-luap. Semua minuman dan makanan rasa sedap.
Tapi minuman yang satu ni bukan sahaja hilangkan dahaga bahkan baik juga untuk wanita mengandung. Jadi yang tengah mengandung dan ada masalah HB tu bolehlah cuba minuman ni. Sedap pun sedap!
Perkongsian oleh Mardiana Sobri ini sesuatu yang boleh dikongsikan dengan semua. Jom cuba.
Sapa yang pregnant tu, try minum air ni hari-hari inshaallah HB sentiasa elok. Saya HB 13,12+ dari awal pregnant sampai la sekarang dah 8 bulan. Terjumpa petua ni dan terus cuba. Sedap dan segar.
*UPDATE* Saya buat macam ni.
1.Rendam chia seed sampai kembang. Letak dalam peti ais, biasanya saya rendam malam, esok baru saya minum.
2.Perah lemon dalam air rendaman chia seed tu.
3.Letak gula sikit saja (takut kencing manis masa pregnant)
4.Letak hirisan lemon dan daun pudina (koyak-koyakkan sikit)
5. Letak ais (ais tu buat dengan air masak/air tapis untuk elak kencing kotor)
**Tak letak ais pun takpe, tapi saya tak boleh telan kalau tak letak ais. Ikut cita rasa masing-masing.
Chia seed ni ada yang kata kalau tekanan darah rendah tak boleh ambil, tapi saya tekanan darah rendah ambil ni ok sangat-sangat. Dah normal bacaan, HB pun ok, kencing manis pun bebas.
Terpulang pada badan masing-masing, niat minum jadikan sebagai ubat ja, jangan minum lebih sangat.
Selamat mencuba ! 🙂
Kredit: Mardiana Sobri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Ainul Aishah yang mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sekian lama menanti, akhirnya berita gembira itu dikongsikan Ainul menerusi Instagramnya.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. Segala puji bagi Allah. Kami gembira untuk berkongsi berita tentang kegembiraan kami.
“Terima kasih Allah kerana memberikan rasa degupan jantung ajaib ini bersama-sama dengan saya.
“Saya sentiasa mahu jadi seorang ibu sejak lama dulu tapi saya tak tahu sama ada saya ada rezeki untuk hamil.
“Saya gembira sangat bila tahu saya hamil. Saya percaya perancangan Allah untuk saya dan suami,” katanya berkongsi.
Malah menerusi entri itu juga kata Ainul, dia dan suami cukup teruja malah seakan tidak sabar untuk bertemu buah hati mereka yang dinantikan sekian lama.
“Kami sangat teruja untuk menjadi ibu dan ayah dan kami tak sabar untuk bertemu anak sulung kami,” katanya lagi.
Menerusi hantaran itu juga Ainul turut video kejutan buat keluarga terdekat dan rakan-rakan.
Bakal ibu ini juga turut memohon doa semua agar kehamilannya lancar dan dipermudahkan.
“Semoga bayi kami nanti dilahirkan dalam keadaan sihat dan selamat. Mohon doakan perjalanan kehamilan saya lancar hingga bersalin nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Ainul mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Khalid Redzuan pada September 2022. Pasangan ini kini menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Tinggal lagi dua bulan, pelakon, Fizo Omar bakal menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya bersama isteri tersayang, Fazeera.
Dalam satu majlis pelancaran billboard yang menampilkan Fizo sekeluarga, bapa penyayang ini turut mendedahkan jantina anak ketiganya yang juga seorang puteri.
“Alhamdulillah lagi sekali Allah memberi saya amanah dan tanggungjawab untuk menjaga tiga puteri, Maryam, Khaleeda dan seorang lagi puteri,” kata Fizo berkongsi.
Kongsi Fizo menerusi videonya di Instagram, kandungan isterinya kini sudah tujuh bulan dan bakal menyambut kelahiran puteri ketiganya itu sekitar Mei nanti.
Fizo malah bersyukur dipilih untuk sama-sama menjadi sebahagian jenama produk bayi hebat, Mamz.
“Alhamdulillah kandungan dah pun 7 bulan.
“Rezeki kami sekeluarga diberi peluang untuk bersama-sama dengan jenama hebat @mamzofficial.hq.
“Sekitar majlis pelancaran sebanyak 43 buah billboard #mamzXfizo di seluruh Malaysia.
“Alhamdulillah rezeki baby yang nak keluar bulan 5 nanti. Congrats sayang @ffezyranesry,” katanya berkongsi.
Pada majlis itu, Fizo sekeluarga tampil cantik dan anggun dengan pakaian sedondon warna biru. Dua puteri comelnya, Maryam dan Khaleeda turut tampil bergaya dengan gaun biru.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.