Kehamilan

Ikutkan Hati Nak Tidur Sedap Waktu Pregnant, Bayi Boleh Maut Secara Mengejut!

Share

Bukan mudah untuk lelapkan mata, rasa tak selesa. Suami di sebalah kemain sedap tidur, siap pakej berdengkur. Sakit pula hati kan? Tetapi begitulah lumrahnya ibu mengandung, kesukaran tidur pada penghujung kehamilan itu adalah sesuatu yang normal. Mungkin faktor bayi yang semakin aktif pada waktu tidur ibu atau keadaan fizikal wanita hamil itu sendiri mempengaruhi tidurnya.

Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, posisi tidur ibu hamil juga perlu sentiasa dipantau. Jika salah kedudukan, ia boleh menggugat nyawa si kecil. Saranannya ini perlu diikuti bagi mengurangkan risiko kematian janin dalam kandungan.

 

Ini penerangan Dr Izzat berkaitan hal ini:

Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan. Betol ke?

Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan. Saya nak cerita sikit.

Artikel Menarik: [Garis Hitam Pada Perut Jadi Petunjuk Jantina Anak Dalam Perut. Kepercayaan Karut!]

Posisi tido ibu mengandung ni mcm-mcm jenis. Yang biasa diamalkan adalah tido secara terlentang dengan perut yang besar tu kan?

Tidur Terlentang Ganggu Peredaran Darah

Ada kajian klinikal menyatakan bahawa posisi tidur terlentang ni mengganggu peredaran darah kembali ke jantung disebabkan rahim yang makin membesar.

Makin besar rahim tu makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah (inferior vena cava). Konsepnya lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya mengepaman jantung ke seluruh bahagian badan termasuklah darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta/uri.

Dengan baring terlentang ni, kurang darah sampai dan pulang ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang dan kurangnye darah sampai ke organ-organ penting.

Tidur Mengiring Ke Kiri

Posisi tidur yang dicadangkan adalah dengan tidur mengiring kiri (left lateral). Kajian telah membuktikan untuk ibu yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu pengepaman jantung (ejection fraction) meningkat sebanyak 8 %.

Untuk ibu yang 32 minggu, dengan tidur keadaan mengiring kiri, pengepaman jantung (ejection fraction) naik sebanyak 11% .

Atau dalam erti kata lain, makin kurang tekanan rahim yang besar itu diberikan pada salur darah belakang rahim (inferior vena cava) lagi bagus darah yang akan dipulangkan ke jantung.

Artikel Menarik: [Bukan Mengada-Ngada, Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil]

Telah disimpulkan bahawa ibu yang tidur melentang, meningkatkan risiko bayi dalam kandungan meninggal secara tiba-tiba sebanyak 3.7 kali (tanpa ada faktor-faktor penyebab lain menyebabkan bayi mati secara tiba-tiba).

Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga (ataupun perut dah besar ) dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%. Banyak tu !

Kalau Allah dah kata, kehamilan tu takat tu ja, apa daya sekalipun baby tu akan meninggal gak kan? Tapi ni adalah sesuatu yang boleh diikhtiarkan untuk mengurangkan kejadian bayi mati secara mengejut dalam kandungan.

Artikel Menarik: [Nakkan Zuriat Sendiri, Tak Salah Usaha Walau Lewat Usia. Itulah Pengorbanan Namanya]

Mak buyung, jangan tido terlentang. Tido mengiring kiri okay?

Tidak dinafikan memang sukar nak tidur apabila hamil, terutamanya pada trimester ketiga. Perut makin membesar, pusing kiri kanan serba tak kena. Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Izzat ini sekurang-kurangnya memberi penjelasan kepada anda tentang posisi tidur yang selamat untuk kandungan si ibu.

Published by
Emy H