Menerima perkhabaran kehamilan isteri pastinya adalah momen terindah bagi seorang suami. Pelakon, Nazrief Nazri juga melalui momen paling berharga buatnya bila mana isterinya, Aizatul Aqma kini disahkan hamil empat bulan.
Menerusi satu entri di Instagramnya, Nazief menyampaikan berita gembira itu buat semua pengikutnya di Instagram.
Katanya, dia dan isteri hanya melakukan ujian melalui alat ujian kehamilan terlebih dahulu dan selepas doktor mengesahkannya barulah perasaan lebih lega.
Malah dia bersyukur kerana Allah menganuerahkan rezeki ini buatnya dan isteri.
“I’m gonna be a father soon!
Ads
“Alhamdulillah..lepas je story kitorang keluar dekat @mstaronlineofficial hari tu pasal anak, tak lama lepas tu my wife bagitau dia pregnant.
“Rezeki Alhamdulillah, tapi masa tu dia check sendiri je dekat rumah. Lepas tu bawak pergi klinik untuk confirmkan and yeay!!!.. hehehe,” kongsinya.
Dalam pada itu, Nazrief juga turut meminta semua pengikutnya untuk meneka jantina bayinya di Instagram.
Ads
“Berdasarkan gambar ni, agak-agak kandungan @angellajoliey ni baby boy or baby girl? Cuba komen kat bawah nak tengok korang hebat ke tak,” tulisnya lagi Instagram.
Malah menerusi Instastorynya juga, Nazrief turut berkongsi video imbasan bayi di dalam kandungan.
Pastinya perkhabaran ini amat mengujakan seluruh isi keluarga Nazrief dan isterinya.
Ads
Peminat dan rakan-rakan selebriti tidak terkecuali antara yang meninggalkan komen dan mengucapkan tahniah di atas kehamilan itu.
Apabila ujian kehamilan menunjukkan positif, pastinya anda teruja untuk melakukan scan bayi, kan? Eh, kejap kenapa tak nampak kantung kehamilan masa imbasan? Adakah ia petunjuk masalah kehamilan?
Sudah pasti anda berasa bimbang semasa melakukan pemeriksaan ultrabunyi dan dimaklumkan kantung kehamilan atau gestational sac tidak dapat dilihat.
Kantung tersebut adalah tempat di mana janin akan membesar dan mengandungi cecair amniotik atau lebih mudah dikenali sebagai air ketuban.
Bilakah kantung kehamilan dapat dilihat?
Umumnya, kantung tersebut adalah antara tanda mengandung yang dapat dilihat pada ultrabunyi transvaginal. Alat tersebut digunakan kerana ultrabunyi abdomen kurang tepat pada peringkat awal kehamilan.
Gestational sac biasanya dapat dilihat apabila ujian scan bayi dilakukan ketika usia kehamilan mencecah 5 minggu. Bagi sesetengah wanita mengandung, ia boleh dilihat seawal usia 3 minggu kehamilan.
Sekiranya kantung tersebut dapat dikesan pada alatan ultrabunyi, anggaran saiz diameter kantung adalah sekitar 2 hingga 3 milimeter (mm). Ia akan kelihatan seperti rim putih di dalam rahim anda.
Jika anda menjalani ujian kehamilan kuantitatif, iaitu ujian hCG serum (human chorionic gonadotropin), gestational sac biasanya akan kelihatan apabila hCG mencapai tahap 1,500 hingga 2,000.
Ujian scan bayi yang seterusnya akan menampakkan kantung kuning telur (yolk sac) di dalam kantung kehamilan.
Yolk sac akan berfungsi sebagai makanan untuk embrio yang sedang berkembang dan biasanya akan dapat dilihat pada usia kehamilan 5.5 hingga 6 minggu melalui ultrabunyi transvaginal.
Tetapi jika kantung tersebut tidak dapat dilihat semasa scan bayi, adakah ia petanda masalah kehamilan?
Faktor tiada kantung kehamilan semasa scan bayi
Kantung yang wujud di dalam rahim itu adalah kantung yang akan mengelilingi dan melindungi bayi (apabila membesar) dan akan mengandungi cecair amniotik.
Sekiranya ia tidak dapat dilihat semasa ujian ultrabunyi transvaginal kehamilan pada awal usia kehamilan, sekitar 5 minggu, ada beberapa punca yang mungkin berlaku, iaitu:
Ujian scan bayi dilakukan dalam tempoh kehamilan yang terlalu awal
Berlaku kehamilan ektopik
Kandungan mengalami keguguran
Imbasan kehamilan dilakukan terlalu awal
Kantung kehamilan biasanya akan kelihatan pada imbasan ultrabunyi pada 3 hingga 5 minggu kehamilan atau pada saat nilai hCG mencapai 1,500 ke 2,000.
Jika dilakukan sebelum waktu atau tahap itu, walaupun ujian kehamilan menunjukkan positif, kemungkinan besar tidak akan ada kantung yang dapat dilihat semasa scan bayi dilakukan.
Tempoh masa yang salah adalah antara sebab paling biasa mengapa kantung bayi tersebut tidak dapat dilihat. Apabila melibatkan keadaan sebegini, ujian ultrabunyi susulan akan disyorkan.
Pun begitu, jika tempoh mengandung sudah melebihi 5 minggu atau capaian tahap hCG lebih 2,000, ketiadaan kantung kehamilan mungkin petanda kewujudan masalah tertentu.
Kehamilan ektopik
Apabila kantung tidak kelihatan di dalam rahim, ia berkemungkinan besar menandakan masalah kehamilan, iaitu kehamilan ektopik.
Ia keadaan yang boleh menimbulkan kebimbangan. Tetapi perlu diingatkan bahawa ketiadaan kantung mungkin berkaitan dengan waktu scan bayi yang salah.
Walau bagaimanapun, masalah kehamilan ektopik atau mengandung luar rahim akan dapat diatasi jika dapat dikesan pada peringkat awal.
Situasi ini boleh terjadi walaupun anda tidak mengalami sebarang simptom yang menjurus kehamilan ektopik.
Seorang doktor mungkin dapat mendiagnosis masalah kehamilan luar rahim dan akan menyarankan rawatan tanpa perlu melakukan ujian scan bayi susulan jika tahap hCG cukup tinggi.
Masalah kehamilan ini selalunya tidak dianggap kecemasan perubatan sekiranya dikesan lebih awal. Bahkan pilihan rawatan juga tidak semestinya melibatkan pembedahan.
Keguguran
Jika anda mengalami pendarahan pada awal kehamilan atau gejala keguguran lain, ketiadaan kantung kehamilan mungkin bermakna anda mengalami keguguran yang sangat awal.
Keadaan ini turut dikenali sebagai kehamilan kimia atau tisu kehamilan telah disingkirkan rahim.
Sekiranya berlaku penurunan kadar hCG dengan tiada penemuan kantung, diagnosis paling hampir adalah keguguran.
Seperti kehamilan ektopik, terdapat pelbagai pilihan rawatan tersedia jika anda kehilangan kandungan.
Pemeriksaan lanjut
Ketiadaan kantung kehamilan semasa scan bayi boleh jadi keadaan yang sukar untuk pakar menentukan dengan segera dan tepat akan puncanya.
Jadi adalah sesuatu yang wajar untuk anda berasa bimbang dan cemas, malahan mungkin kecewa.
Terdapat kemungkinan besar untuk anda diminta melakukan ujian scan bayi atau ultrabunyi susulan dan menjalani pemantauan tahap hCG bagi mendapatkan jawapan yang lebih jelas.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata, pendakwah selebriti, Dai’ Syed Iqmal berkongsi perkhabaran duka keguguran isterinya, Hana Ismail.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, usia kandungan isteriny, Hana mencecah 10 minggu namun tiada rezeki keduanya untuk menimang zuriat sulung mereka.
“Berat hati ini ingin khabarkan, semua pasangan suami & isteri inginkan cahaya mata.
“Sejujurnya, isteri saya memang pregnant. Tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja.
“Hari ini , isteri saya akan menjalani proses DNC di Hospital KPJ, mohon doakan untuk beliau,” tulisnya.
Menerusi entri terbarunya, Dai’ Syed juga memuat naik video ketika proses DNC yang dijalankan ke atas isteri. Malah bersyukur kerana segala proses berjalan dengan baik dan lancar.
“Jam 8.15 tadi, isteri saya memulakan operasi DNC.
“Mohon doakan semoga urusan kami dipermudahkan oleh Allah swt. Terima kasih semua yang mendoakan dan mengambil berat tentang isteri saya,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Dai’ Syed dan isteri akan dikurniakan zuriat selepas ini.
Terdahulu, Dai’ Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2022.
Sekeping gambar yang dimuat naik pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha di Instagram semalam terus membuatkan pelakon cantik itu dihujani dengan ucapan tahniah.
Mana tidaknya, gambar terbaru Hanis dengan baby bump yang jelas ketara serta bersama anak keduanya, Alisa Aisyah selepas muncul memperagakan baju kaftan jenama keluarannya #BarbieXCakenis amat menarik perhatian ramai.
Menerusi satu perkongsian di Instagram anaknya, Hanis muncul dengan tema serba pink dengan menampakkan baby bump yang cukup jelas kelihatan.
Tidak dapat dipastikan hanya sekadar promosi atau benar, sehingga kini, tiada sebarang pemberitahuan mengenai kehamilan itu, baik Hanis mahupun suaminya, Hairul Azreen.
Tidak hanya ‘baby bump’ bahkan gaya comel kedua beranak itu tetap mencuri tumpuan ramai, apatah lagi gaya keletahan Alisa yang begitu disukai ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja dan gembira melihat perut Hanis yang nampak seperti mempunyai ‘baby bump’ malah mendoakan yang terbaik buat Hanis dan keluarga.
Terdahulu, Hanis mendirikan rumah tangga dengan aktor Hairul Azreen pada Jun 2015. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.