Anak-anak memang sukakan rutin. Tindakan Imam Muda Asyraf membacakan hadis bersama anak-anak dan isteri adalah rutin yang baik yang boleh dipraktikkan & dicontohi semua.

Bapa kepada tiga anak iaitu,  Aisy Raihan, Aisy Abdurrahman dan Setiaku Aisyah, ini telah berkongsi cara didikan yang dilakukannya. Kata Asyraf, rutin selalunya diambil oleh isterinya, Nur Husna Yusoff tetapi kali ini diberikan kelapangan masa untuk melaksanakannya.

Pendakwah muda ini juga turut mengakui yang anak-anak memang bijak memerhati walau pun mereka tidak menumpukan perhatian. Lebih-lebih lagi bagi anak yang sedang aktif, menunjukkan sesuatu di depan mereka akan membuatkan mereka terbiasa.

Asyraf malah mengakui anak sulungnya, Aisy sangat meminati kisah dan hadis dan tidak sabar untuk menunaikan umrah Mac nanti.

imammudaasyraf Seperti biasa. Faham atau tidak perkara kedua. Yang penting kelibat duduk sambil mengambil berkat hadith itu menjadi rutin yang dibiasakan pada mata anak-anak.

TELINGA TIDAK MEMAHAMI TAPI MATA MEMERHATI

IKLAN

Telinganya tidak memahami. Namun matanya belajar memerhati. Walau bermain handphone sekalipun, ianya satu kejayaan bagi membawa AbduRahman yang seaktif Ultraman Batman untuk duduk di depan. 

ANAK TIDAK SABAR TUNAI UMRAH MAC INI

Bagi Aisy pula, dia sangat meminati cerita, hadith dan sebagainya. Manakan tidak, semangat beliau apabila hajat untuk menunaikan umrah di Mekah pada cuti sekolah Mac ini tak sabar dinanti. Doakan kami bersama ke sana.

IKLAN

Jarang sempat membaca bersama mereka. Selalu ummi yang mengambil peranan. Tapi kali ini Aisyah pun teruja duduk bersama Abah. 

TIADA YANG MUSTAHIL WALAU PUN SEBARIS HADIS

Mungkin agaknya Abah mimpi apa malam ini tiada kuliah. Apapun selamat malam anakku. Tiada apa yang mustahil walau sebaris hadith. 

IKLAN

Sedangkan al-Qa’nabi mampu berubah watak dari peminum Nabiz (memabukkan) kepada perawi paling tsiqah dalam al-Muwatto’ hanya kerana sepotong hadith dari Imamnya Syu’bah. 

Semoga rumah lebih bercahaya.

View this post on Instagram

Seperti biasa. Faham atau tidak perkara kedua. Yang penting kelibat duduk sambil mengambil berkat hadith itu menjadi rutin yang dibiasakan pada mata anak-anak. . . Telinganya tidak memahami. Namun matanya belajar memerhati. Walau bermain handphone sekalipun, ianya satu kejayaan bagi membawa AbduRahman yang seaktif Ultraman Batman untuk duduk di depan. . . Bagi Aisy pula, dia sangat meminati cerita, hadith dan sebagainya. Manakan tidak, semangat beliau apabila hajat untuk menunaikan umrah di Mekah pada cuti sekolah Mac ini tak sabar dinanti. Doakan kami bersama ke sana. . . Jarang sempat membaca bersama mereka. Selalu ummi yang mengambil peranan. Tapi kali ini Aisyah pun teruja duduk bersama Abah. . . Mungkin agaknya Abah mimpi apa malam ini tiada kuliah. Apapun selamat malam anakku. Tiada apa yang mustahil walau sebaris hadith. . . Sedangkan al-Qa’nabi mampu berubah watak dari peminum Nabiz (memabukkan) kepada perawi paling tsiqah dalam al-Muwatto’ hanya kerana sepotong hadith dari Imamnya Syu’bah. . . . Semoga rumah lebih bercahaya.

A post shared by Asyraf Ridzuan (@imammudaasyraf) on

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI