Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga tentu sentiasa berdoa agar dikurniakan kebahagiaan dan dimurahkan rezeki.
Ini kerana setiap pasangan suami isteri yang melayari bahtera rumah tangga tidak pernah sunyi daripada menghadapi ujian dan dugaan dalam kehidupan.
Selain mengharapkan kebahagiaan suami isteri berpanjangan, tentu sahaja pasangan turut berdoa agar mereka dilimpahi rezeki yang murah dan berkat.
Bagaimana mahu memastikan rezeki kita sentiasa berkat dan murah? Imam Muda Hassan ada berkongsi rahsia pintu rezeki suami isteri luas dan berkat.
Pintu Rezeki Luas
Menurut Imam Hassan, rahsia Allah buka pintu rezeki seluas-luasnya selepas mendirikan rumah tangga iaitu kita hendaklah memuliakan ibu ayah termasuk ibu ayah mentua.
“Kalau nak rezeki luas dan melimpah ruah maka kita kenalah memuliakan ibu ayah termasuk mentua.
Bila berkahwin, kedudukan suami di atas, isteri di bawah, tapi jangan lupa ibu ayah termsuk ibu ayah mentua tetap berada di kedudukan di atas suami.
IKLAN
Oleh itu para suami janganlah rasa terlalu hebat kerana masih ada yang patut dimuliakan iaitu ibu ayah termasuk ibu ayah mentua,” demikian kongsi beliau.
Rahsia Rezeki Berkat
Jadi, apakah cara mudah yang boleh diamalkan oleh suami isteri untuk mendapat rezeki luas dan berkat?
“Keraplah balik kampung menjenguk orang tua, jika ada rezeki lebih bagilah mereka duit. Memuliakan mereka itu salah satu cara dimurahkan rezeki.”
IKLAN
Dengan menggembirakan hati ibu ayah, itu salah satu cara untuk diluaskan rezeki kita
Menurut Imam Hassan lagi sekiranya ibu ayah sudah meninggal dunia, sebagai anak pergilah menziarahi kubur mereka, Insya-Allah mendatangkan keberkatan dalam hidup.
Ini sebab kedudukan ibu ayah termasuk ibu ayah mentua ada disebut dalam al-Quran.
“Kita disuruh untuk beribadah pada Allah, jangan syirikkan Allah. Kemudian Allah suruh berlaku ihsan pada ibu ayah.
IKLAN
Untuk dapatkan berkat, buat baik dengan mereka. InsyaAllah akan membuka hati dan minda untuk sentiasa memuliakan mereka. Yakinlah urusan kita akan dipermudah dan
hubungan suami isteri akan baik.”
Sumber: Instagram Imam Muda Hassan
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link INI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setakat 30 Januari 2020, angka bagi individu yang dijangkiti virus korona telah melebihi 7,000. Jangkitan virus korona baharu ini lebih agresif berbanding dengan sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS).
Namun berbanding dengan kedua-dua penyakit tersebut, jangkitan virus korona baharu masih tidak mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Akan tetapi, masih awal untuk kita buat kesimpulan. Setakat ini, sebanyak 170 kematian akibat virus korona direkodkan berbanding SARS dan MERS yang memiliki kadar kematian yang lebih tinggi.
Wabak ini telah membuatkan semua individu panik, lantas sibuk mencari topeng muka dan sanitizer sebagai langkah pencegahan. Namun, peralatan perlindungan ini kekurangan stok di Malaysia, sekali gus menimbulkan huru-hara di kalangan penduduk tempatan.
Walau bagaimanapun, adakah wajib bagi setiap individu untuk membeli kedua-dua produk ini bagi mengelakkan jangkitan virus korona?
Ketahui alternatif lain jika stok topeng muka dan sanitizer telah kehabisan dengan membaca artikel ini.
Wajib pakai topeng muka ke?
Sedar tak, ramai individu yang sudah mula memakai topeng muka dalam pengangkutan awam dan di pejabat?
Permintaan terhadap produk tersebut telah meningkat menyebabkan banyak kedai dan farmasi mengalami kehabisan stok. Yang lebih merisaukan, ada penjual yang sengaja menaikkan harga topeng muka dan sanitizer bagi meraih keuntungan besar.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengeluarkan amaran keras terhadap mereka yang mengambil kesempatan menjual produk tersebut pada harga yang tinggi.
Namun, persoalannya di sini, adakah wajib untuk anda memakai topeng muka bagi menghindari jangkitan virus korona baharu?
Menurut Konsultan Penyakit Berjangkit, Dr Benedict Sim,
“Setakat ini tiada keperluan untuk rakyat Malaysia memakai topeng muka memandangkan tiada jangkitan virus korona baharu di antara manusia berlaku di sini.”
Akan tetapi, tidak salah jika anda ingin mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli topeng muka. Namun jika tiada topeng muka, janganlah pula anda takut hendak keluar rumah.
Jika berlaku jangkitan di antara manusia, anda boleh menggunakan surgical mask yang mempunyai tiga lapisan perlindungan.
Oleh sebab virus korona disebarkan melalui titisan air, tidak semestinya anda perlu memakai topeng muka N95 yang sering diguna untuk menghindarkan penyakit yang tersebar melalui bawaan udara (airborne).
Jika topeng muka sukar untuk didapati, anda boleh mengamalkan langkah berjaga-jaga. Jika anda mempunyai simptom selesema, elakkan berlegar-legar di tempat awam dan amalkan etika bersin/ batuk yang betul.
Perlu basuh tangan guna sanitizer ke?
Apabila berbincang mengenai jangkitan, pasti anda akan terfikir berkenaan hand sanitizer kan?
Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyarankan setiap individu untuk menggunakan air dan sabun. Jika tiada air atau sabun, sanitizer boleh digunakan.
Ini berikutan sabun dan air berkesan dalam membasmi pelbagai jenis mikroorganisma dan bahan kimia yang melekat pada permukaan tangan.
Pembersih tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol boleh menghindari penyebaran penyakit berjangkit. Namun keberkesanannya kurang jika dibandingkan dengan penggunaan air dan sabun.
Menurut CDC lagi, berbanding dengan air dan sabun, mereka yang menggunakan sanitizer cenderung untuk tidak menggunakan pembersih tangan tersebut dengan cara yang betul.
Ada yang menggunakannya pada kuantiti yang sedikit dan ada yang mengelapnya sebelum ia betul-betul kering.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda perlu menggunakan air dan sabun semasa membasuh tangan dan bukan sanitizer semata-mata. Ini antara sebabnya:
Sanitizer kurang berkesan pada tangan yang kotor dan berminyak. Kajian-kajian yang dijalankan untuk menguji keberkesanan pembersih tangan tersebut kebanyakannya dibuat pada pekerja hospital. Dari perspektif komuniti pula, kebanyakan individu pergi bersukan, berkebun, berkhemah atau memancing. Dalam situasi tersebut, air dan sabun terbukti lebih berkesan
Sanitizer tidak mampu membasmi racun perosak atau keluli berat daripada tangan. Kajian pada tahun 2012 oleh Gloria D.C. et al telah menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan sanitizer mempunyai paras racun perosak yang tinggi berbanding mereka yang menggunakan air dan sabun. Jadi, apa anda perlu lakukan jika tiada air dan sabun?
Pastikan sanitizer yang anda guna mempunyai kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%. Sanitizer yang mempunyai kepekatan alkohol yang rendah mungkin:
-Tidak berkesan untuk membasmi pelbagai jenis kuman
-Tidak membasmi, hanya merencatkan pertumbuhan kuman
-Apabila anda menggunakan sanitizer, gunakan pada keseluruhan tangan dan pastikan ia kering dengan sendiri. Jangan gunakan kain atau peralatan lain untuk mengeringkan tangan anda.
Amalkan langkah-langkah pencegahan
Setakat ini, kesemua kes positif virus korona baharu di Malaysia melibatkan pelancong dari China. Mereka telah dikuarantin dan sedang menerima rawatan hospital. Ini bermakna, peratusan penyebaran penyakit berada pada tahap yang sangat rendah.
Namun, itu tidak bermakna kita tidak perlu mengamalkan langkah pencegahan bagi menghindarkan diri daripada jangkitan virus korona.
Panik berkenaan dengan virus ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di negara-negara lain yang mempunyai kes positif.
Kedai-kedai farmasi di Hong Kong telah kehabisan stok topeng muka dan Taiwan telah menghentikan urusan eksport topeng muka bagi memastikan stok domestik mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa.
Setakat ini, 3 prinsip pencegahan telah diamalkan bagi mengurangkan penyebaran penyakit terutamanya di China yang menjadi pusat kepada jangkitan virus korona baharu.
-Basuh tangan secara kerap
-Pemakaian topeng muka
-Elakkan daripada pergi ke tempat yang ramai orang
-Di Malaysia, jika anda tidak dapat membeli topeng muka atau sanitizer, anda masih boleh pergi ke tempat kerja, menjalani aktiviti sosial dan sebagainya. Namun, perkara ini mungkin berubah mengikut keadaan semasa.
Langkah pencegahan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia setakat ini berjaya menghindarkan berlakunya jangkitan antara manusia di Malaysia. Ya, kita ada kes positif, namun tiada individu yang berjangkit daripadanya setakat ini.
Pastikan anda mengamalkan langkah pencegahan penyebaran virus yang betul. Jika anda mengalami simptom selesema, dapatkan rawatan doktor dan elakkan daripada pergi ke tempat awam.
Anda boleh membeli topeng muka dan sanitizer jika ada dijual. Namun, jika tiada, jangan panik. Masih tiada lagi berlakunya kes jangkitan antara manusia di Malaysia. Ini bermakna kebarangkalian untuk jangkitan tersebut merebak berada pada paras rendah.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Saya tak sangka pun hingga sekarang rezeki susu untuk Ana Nayla masih ada.” Pengalaman ini tak semua ibu dapat rasai,” kongsi Ayda Jebat ketika sesi live Pa&Ma Gala 2022 untuk Best Mama Millenial.
Rezeki susu Ana Nayla
Menurut Ayda, setakat ini dia begitu bersyukur sekali kerana sepanjang 9 bulan Ana Nayla bersama, memang tak putus lagi rezeki untuk menyusukannya. Malah dia juga anak yang sangat mudah menyusu, pandai latch dan penyabar.
“Tak pernah lagi saya lalui kesakitan ketika menyusukannya seperti ibu lain yang melalui pengalaman menyakitkan.
“Bagi saya perjalanan menyusu bayi sangat best. Tak ada rasa trauma dan memang sangat berharga. Pengalaman ini tak boleh beli di mana-mana. Mungkin lepas ni jika Ana dah nak wean off, saya yang akan menangis. Orang mungkin tengok saya kuat, tapi hakikatnya kalau bab anak, memang kalah,” kongsinya.
Nabil suami bertanggungjawab, daddy penyayang
Sementara itu, sepanjang perkahwinan dan dikurniakan anak, Ayda turut memuji sikap suaminya, Nabil Mahir yang sangat ringan tulang dan begitu cekap menguruskan anak.
“Jika sehari 24 jam, boleh dikatakan kami sama-sama buat. Tak ada istilah awak atau saya yang urus anak dan rumah tangga. Rasa bertuah sangat dapat suami yang bertanggungjawab dan daddy yang penyayang untuk Ana Nayla.
“Memandangkan saya dari kecil tidak pernah dapat kasih ayah kerana ibu dan ayah berpisah, jadi dengan kehadiran Nabil ini rasa lengkap hidup. Harapan saya hanya satu, nak terus cipta kebahagiaan bersama insan tersayang,” katanya.
Tambah Ayda lagi, baginya keluarga nombor satu. Jika diberi pilihan anak dan kerjaya, saya akan pilih anak dulu. Tak sanggup untuk berpisah dalam tempoh lama dengan Ana Nayla. Sebab itu, saya menolak banyak shooting drama sebab ambil masa lama.
“Sekarang fokus saya banyak pada iklan TV komersial sebab waktu lebih fleksibel dan tak lah ambil masa lama tinggalkan anak,” ujarnya.
Nak tonton lebih lanjut perkongsian Ayda Jebat, boleh lihat video di bawah ini:
Ilmu berenang sememangnya satu kewajipan yang harus dipelajari anak-anak kecil kita. Bukan sekadar suka-suka tetapi ia satu ilmu yang mampu menyelamatkan.
Jadi mahu tidak mahu, ajarkanlah anak kita ilmu berenang ini pada anak-anak. Wajib! Ini yang cuba disampaikan oleh Dr Yazeed Hair Johari.
AIR PADA KEDALAMAN 2.3 METER
Pernah sekali dulu aku dapat satu kes. Kes budak-budak lemas dekat swimming pool. Cerita dia bila parent dia tengah busy layan phone. Tak perasan anak dia yang tengah mandi dekat kids pool terjun dekat pool orang dewasa.
Masa sampai tu memang nearly drowning. Kemudian dimasukkan ke ICU.
Masa kecik dulu, aku di ajar berenang agak lewat. Lebih kurang umur 7-8 tahun baru nak belajar berenang.
Masa tu cikgu aku adalah bapak aku sendiri, kemudian kawan dia take over, Coach Uncle Tommy Tapi ok lah by umur 8 tahun aku dah boleh berenang.
So untuk anak aku sendiri. Aku dah ajar dia berenang seawal umur 3 tahun. Bermula dengan teknik bernafas dalam air, kemudian water treading, floating dan next one resting float.
Berenang basic je lah, lebih kepada freestyle breast stroke. Slowly aku akan ajar front crawl style nanti.
So sebab dah terbiasa selalu kena maki dalam pool by umur 6 tahun Si jekri dah boleh berenang pada ke dalaman 2.3 m ( 8kaki).
Jadi apa yang aku nak sampai kan dekat sini, ilmu berenang ni wajib! Wajib untuk semua budak-budak sebab ni lah basic surviving skill yang dorang semua kena ada, kita sebagai parent bertanggung jawab untuk pastikan anak-anak kita boleh berenang.
Benda ni bukan lah sesuatu yang luxury tapi api benda ini adalah keperluan. Pada aku budak-budak wajib belajar berenang dari awal lagi.
Kalau korang tak pandai berenang, geng-geng abah boleh hantar anak belajar dengan cikgu berenang. Aku jamin ini adalah salah satu investment paling berbaloi untuk depa.
Banyak coach berenang dekat luar sana dengan harga yang berpatutan. Maksud aku pandai berenang tu adalah berenang dengan teknik yang betul, cara conserve breathing dengan betul, cara untuk tak panik masa berenang dan juga cara untuk survive kalau “Cramping” masa berenang.
Kelebihan dia, anak korang tak perlu berkumpul ramai-ramai dalam kids pool and lagi satu, malu ooo kalau masuk pool tapi berenang itik style.
Bukan apa, berenang ni kelebihan dia bila berlakunya banjir, terjatuh dalam air dan sebagainya. At least dorang tak panic.
Apa apa pun safety first guys.
P/S lagi satu dah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk sediakan kemudahan public pool untuk swimming education.