Sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-45 tahun hari ini, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza memilih untuk menyambutnya di Tanah Suci Mekah bersama ahli keluarga.
Menerusi Insta Storynya, Dato’ Siti berkongsi video sedang dalam perjalanan untuk menunaikan umrah bersama-sama ibunda tersayang, anak-anak dan mak mertua serta turut serta suami kesayangannya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Tambah Siti lagi, ia menjadi impiannya sejak dulu yang mahu turut sama meraikan hari lahirnya bersama hari lahirnya ibunya pada Disember lalu.
“Perasaan rindu memanggil-manggil ke sana (Makkah). Terfikir segala persediaan sudah cukup. Inilah impian saya untuk sambut hari lahir di sana. Minta izin suami dan beliau benarkan.
“Kebetulan hari lahir ibu saya Disember lalu, ini ibarat hadiah untuknya di samping ibu mertua serta anak-anak. Itu impian 45 tahun hari lahir. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan.
Ads
“Doa yang terbaik terutama kesihatan kerana ia amat bermakna, semoga ALLAH berikan istiqamah dan perbaiki keimanan serta diri.
“Selain itu, kepada anak-anak semoga ditakdirkan yang baik-baik untuk mereka. Itu sahajalah doa mak-mak, kan,” katanya.
Siti Nurhaliza berkata demikian dalam satu majlis sidang media konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza semalam.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Duit raya guna beli emas, gadis minat emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.
Namun, berbeza pula dengan seorang gadis dari Kemaman, Terengganu ini. Dia memilih untuk membelanjakan wangnya dalam bentuk pelaburan yang lebih bernilai iaitu emas.
Nurulain Nazifa Azuwa @ Anith, 24 tahun, berkongsi kisah minatnya terhadap emas bermula sejak zaman persekolahannya. Ketika itu, beliau membeli sebentuk cincin seberat dua gram sebagai permulaan simpanan emasnya. Walaupun masih di bangku sekolah menengah ketika itu, beliau sudah mempunyai kesedaran awal tentang pentingnya menyimpan.
“Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Sebagai anak sulung, saya belajar untuk lebih bertanggungjawab dan berfikiran jauh ke hadapan. Selain itu, saya banyak membaca tentang kepentingan menyimpan. Setiap kali musim perayaan, saya kumpulkan duit raya dan gunakan untuk membeli emas,” ujarnya.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dari Universiti Teknologi Mara itu turut menjelaskan bahawa didikan ibu bapanya yang menekankan agar berbelanja mengikut keperluan dan bukan kehendak menjadi prinsip yang dipegang hingga hari ini. Baginya, membeli emas adalah pilihan bijak memandangkan nilainya yang sentiasa meningkat.
Tambahnya lagi, emas pernah menjadi penyelamat kewangannya ketika melalui detik sukar semasa menuntut di universiti. “Pernah satu ketika saya terpaksa menggadaikan emas untuk mendapatkan wang. Jadi, walaupun harga emas kini lebih RM400 segram, saya tetap berusaha menyimpan. Setiap bulan saya peruntukkan kira-kira RM1,000 untuk membeli sekurang-kurangnya sebentuk cincin,” katanya.
Minat terhadap emas juga turut dikongsi oleh Nik Noor Azleeen Ramli, 42 tahun, yang sudah mengumpul barangan kemas sejak mula bekerja lebih dua dekad lalu. Menurut Pengurus Cawangan Affin Bank itu, minatnya terhadap emas berakar sejak kecil dan sehingga kini beliau masih aktif menambah koleksi peribadi.
Walaupun reka bentuk emas kini semakin moden, beliau menegaskan bahawa bentuk atau gaya tidak menjadi keutamaan dalam pemilihan. “Saya tidak semestinya membeli mengikut trend. Jika rekaan klasik pun tetapi menarik bagi saya, saya akan beli. Pernah juga saya menempah koleksi khas dengan nama sendiri walaupun harganya agak tinggi, tapi puas hati,” katanya yang memiliki koleksi emas bernilai sekitar RM16,000.
Anak kelahiran Kelantan itu juga memberitahu bahawa dia tidak pernah menjual mana-mana koleksi emas miliknya, malah turut membeli barang kemas untuk ketiga-tiga anak perempuannya sebagai simpanan masa depan.
Itulah antara kata-kata terakhir yang sempat direkodkan dari radio kokpit Air India Flight 171 hanya beberapa saat selepas berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad.
Dalam detik penuh panik itu, Kapten Sumeet Sabharwal, seorang juruterbang berpengalaman dengan lebih 8,200 jam penerbangan, sempat buat panggilan kecemasan sebelum pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner yang dipandunya hilang kawalan dan menghentam sebuah bangunan asrama doktor.
Tragedi ini bukan sekadar satu nahas biasa ia menyimpan detik-detik mencemaskan, misteri kehilangan daya angkat sejurus pesawat berlepas, dan perjuangan selama 17 saat antara hidup dan mati oleh dua orang juruterbang untuk cuba menyelamatkan ratusan nyawa di atas pesawat.
Tapi mengapa pesawat yang baru saja lepas landasan terus “hilang kuasa”? Kenapa ia hanya sempat naik setinggi 625 kaki sebelum menjunam? Adakah kegagalan enjin? Serangan burung? Atau kesilapan teknikal?
Video rakaman CCTV menunjukkan pesawat itu mengambil masa yang luar biasa panjang untuk “rotate” dan naik ke udara sesuatu yang jarang berlaku bagi sebuah Dreamliner yang terkenal dengan prestasi tinggi dan kecekapan teknikalnya.
Kini, spekulasi demi spekulasi mula timbul. tapi hanya Black Box yang akan “bercakap” dan bongkar kebenaran yang sebenar.
Ikuti perkongsian penuh dari Mohd Ezairol Rezan Zainol, bekas pegawai polis yang kini bertugas dalam sektor penerbangan swasta seorang individu yang sering berkongsi analisis padat dan realistik berkaitan dunia aviasi, berdasarkan pengalaman dan kefahaman teknikal beliau dalam industri.
Melalui hantaran beliau di Facebook, Ezairol bukan saja menyentuh aspek teknikal di sebalik tragedi ini, tapi juga membawa kita melihat sudut yang lebih dalam kemungkinan punca, teori yang sedang berlegar dan kenapa kejadian seperti ini tak semudah “human error”.
Nak tahu lebih lanjut? Jom kita tengok satu-persatu pandangan dan pemerhatian beliau.
“The pilot of Air India’s doomed flight out of Ahmedabad issued a desperate mayday call moments before smashing into a doctors’ hostel, killing almost everyone on board.”
Kapten Sumeet Sabharwal dikatakan sempat memberi amaran bahawa pesawatnya itu “kehilangan kuasa” hanya 11 saat selepas berlepas tetapi beliau tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan pesawat yang dipandu olehnya.
Sejurus selepas berlepas, dikhabarkan kapten sempat menghubungi menara kawalan melalui radio:
“Mayday..Mayday Mayday … No thrust, losing power, unable to lift”. Ini info yang aku baca kat salah satu ‘page’ yang ‘cover’ pasal kemalangan kat India ni. Kapten Sabharwal ‘had years of experience’ dan beliau telah pun mencatatkan 8200 jam penerbangan di udara.
Pesawat itu hanya berjaya mencapai ketinggian 625 kaki sahaja sebelum ianya kelihatan seperti kehilangan kuasa dan kemudian terhempas. Kedua-dua juruterbang itu bergelut selama 17 saat untuk menyelamatkan pesawat mereka sebelum pesawat tersebut mendarat di atas bangunan asrama pelatih doktor yang berada di bawah.
“The Boeing 787-8 Dreamliner lost contact just seconds after take-off, according to flight tracking website Flightradar.
New CCTV imagery documents the complete departure sequence of Air India Flight 171, capturing a pronounced failure to achieve adequate lift almost immediately after rotation, culminating in impact within seconds of takeoff.”
Video tersebut menunjukkan yang pesawat malang itu mengambil jarak yang sangat jauh sebelum ianya berjaya untuk “Take-off”.
Pelepasan pesawat itu nampak sempurna, tapi sebaik sahaja ia berlepas, ia mula mengalami masalah dan mula jatuh. Keadaan ini biasanya berlaku jika enjin kehilangan kuasa atau daya angkat (Lift) gagal dijana.
Ada beberapa andaian dan tanggapan yang boleh menyebabkan keadaan seumpama ini berlaku, antaranya adalah : 1️⃣ Kegagalan “both engine” secara tiba-tiba semasa berlepas. Punca? Ada banyak… It can be flame out atau pun disebabkan terlanggar burung secara serentak pada kedua-dua buah enjin. 2️⃣ Kesilapan menaikkan ‘Flap’ terlalu awal sehingga menyebabkan pesawat hilang momentum daya angkat atau ‘lift’ yang kemudian menyebabkan pesawat tersebut ‘Stall’ pada ketinggian yang sangat rendah.
Apa-apa pun ini semua hanyalah teori logik yang dapat aku fikirkan buat masa ini. Kena tunggu data dari “Black Box” untuk kita tahu info yang sebenarnya.
Sementara itu banyak spekulasi pasti akan timbul. Dari yang logik dan masuk akal hinggalah ke teori sembang kari…
Yang pasti geng konspirasi pasti akan keluarkan pelbagai teori… Itu biasalah.😏 Buat masa ini, siasatan masih dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Pesawat India dengan bantuan pakar keselamatan dan Boeing.
Untuk makluman, ini merupakan kejadian pertama melibatkan kemalangan maut bagi pesawat Boeing 787 Dreamliner. #PilotBoeing767 #MERZ Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ezzaty Abdullah selamat bersalin anak ketiga, dapat baby boy. Pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos berkongsi berita gembira menimang cahaya mata ketiga. Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini selamat melahirkan bayi lelaki jam 11.29 pagi pada 26 September.
Melalui satu hantaran di laman Instagramnya, Ezzaty berkongsi gembira dan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu.
ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH, DENGAN MENGAMBIL BERKAT BULAN KELAHIRAN RASULULLAH, PADA 21 RABIUL AWAL 1446H BERSAMAAN 26 SEPTEMBER 2024, PADA JAM 1129 PAGI, BABY BOY KAMI TELAH SELAMAT DILAHIRKAN. BABY DAN SAYA DALAM KEADAAN SIHAT. TERIMA KASIH KEPADA YANG MENDOAKAN KAMI- TULIS EZZATY DI RUANGAN KAPSYEN.