Nur Syahirah Aiyob dan suaminya Zahiril Adzim memang mengimpikan untuk menjadi pengacara rancangan yang berbentuk keibubapaan. Syahirah atau lebih mesra dipangil Shera Aiyob mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan namun baginya, Pa&Ma merupakan pengalaman yang baru.

Shera seronok mengacarakan Pa&Ma musim ketiga kerana shera sudah menjadi seorang ibu dan topik yang dibawa sesuai dengan jiwa seorang ibu. Menurutnya lagi, beliau memang teringin mengacarakan program berbentuk keibubapaan kerana dalam masa yang sama beliau juga dapat pelbagai informasi tentang ilmu keibubapaan.

Shera memang suka membaca tip keibubapaan dan sebagainya. Bila diberi peluang, memang seronok sangat walaupun baru sahaja shoot beberapa episod. Apa yang disampaikan didalam rancangan tersebut, dalam masa yang sama banyak manfaat yang diperoleh daripada program TV ini.

Bagi Zahiril pula, beliau banyak belajar tentang dunia pengacaraan daripada isterinya. “Ini merupakan pengalaman pertama saya menjadi pengacara untuk content keibubapaan, sangat seronok dan banyak belajar daripada Shera. Isteri saya memang seorang pengacara dan dia banyak membantu saya sepanjang kami shooting.”

Sebagai ibu bapa muda, Shera dan Zahiril mengamalkan konsep jadikan anak sebagai kawan baik. Namun menurut mereka, baik biarlah berpada-pada. Jika ada yang salah harus ditegur. Zahiril lebih selesa menggunakan kaedah conventional dan juga modern dalam mendidik Nadi Anaqi. Bagi Shera pula, sentiasa didik anak dalam persekitaran yang sihat dan banyakkan berinteraksi bersama anak.

Shera menyatakan harapan agar penonton Pa&Ma musim ketiga dapat menerimanya dan suami sebagai pengacara baru dan semoga apa yang dikongsikanya kepada penonton mendapat manfaat yang baik.

Bagi Zahiril pula, beliau memandang kehadapan dan menjadikan tugas sebagai pengacara Pa&Ma sebagai tanggungjawab sosial untuk memberikan informasi kepada ibu bapa di luar sana terutama ibu bapa muda. Rata-rata ibu bapa yang muda yang pernah ditemuinya kadang-kadang kurang pendedahan tentang anak-anak jadi beliau ingin jadikan Pa&Ma sebagai platform untuk berkongsi maklumat tentang keibubapaan.

Tinggalkan Komen