Siapa yang tidak teruja melihat kecomelan bayi. Nampak sahaja bayi, terasa hendak cium dan gomol sehabis mungkin. Apa lagi melihat gelagat dan keletah mereka yang sudah boleh tersenyum dan mengeluarkan suara.
Pun begitu, jika terfikir untuk mencium bayi, ada baiknya kita melupakan hasrat itu kerana imun tubuh bayi tidak sama seperti kita. Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, mencium bayi terutama di bahagian mulut sebenarnya boleh mengundang bahaya malah membahayakan nyawa bayi. Jadi elakkan!
Banyak je tempat lain sebenarnya kita boleh cium tapi tolonglah jangan cium kat mulut bayi sebab tu mungkin boleh jadi punca si comel tu pergi buat selama-lamanya!
Ada satu kes ni terjadi pada bayi yang usianya baru 18 hari. Dalam masa 2 jam je lepas dicium oleh ahli keluarga yang lain, mak nya perasan dia dah mula lembik dan tak nak menyusu.
Apa lagi, kelam kabut terus ke hospital. Sampai je kat sana, tengok-tengok pernafasannya pulak bermasalah dan organ badan sebahagiannya gagal berfungsi. Kesian sangat.
Bila disiasat, barulah tahu rupanya si kecil tu mengalami jangkitan virus Herpes yang tersebar melalui ciuman. Tak salah kita ni suka sangat kat budak, sayang benar kat anak.
Kadang tu punyalah cute dia orang ni sampaikan rasa nak cubit-cubit pipi tembam tu. Nak cium-cium dan tak nak lepaskan sebab best sangat bau baby.
Tapi kalau kita sengaja cium kat mulut dia, banyak kuman yang terdapat pada mulut berisiko untuk berpindah ke tubuh si comel tu.
Pada kita ni, jangkitan seperti virus RSV, penyakit Hand, Mouth and Foot disease, Herpes HSV-1 boleh jadi tak bagi kesan sikit pun.
Malangnya kalau terjangkit pada baby, tubuh mereka akan jatuh sakit, tenat dan paling menakutkan bila seluruh organ penting dalam badan gagal berfungsi lalu mengakibatkan kematian. Jadi sahabat-sahabat yang ada anak kecil ni kenalah beringat sikit ye:
1. Selalu cuci tangan dulu sebelum sentuh bayi dan ELAKKAN CIUM MULUT BAYI.
2. Jangan terima pelawat yang tak sihat terutamanya kalau ada yang selsema, demam, batuk, dan sakit badan. Yang baru beberapa hari sembuh pun kena berhati-hati jugak.
3. Halang perokok dari datang dekat dengan bayi kita sebab habuk rokok yang melekat dekat badan tu boleh buatkan saluran pernafasan si comel tu meradang dan sesak nafas.
4. Kerapkan cuci permainan bayi dengan air dan sabun.
5. Bayi berusia bawah 3 bulan lah paling berisiko sebab imuniti badan dia masih sangat rendah. Sebab tu sebolehnya kita jangan bawak dia ke tempat yang ada ramai orang seperti mall, restoren atau pun expo.
Saya percaya, dalam usaha kita nak jadi mak ayah yang terbaik, kita kena tahu ilmu penting begini sebab kitalah frontliner yang bertanggungjawab untuk lindungi kesihatan si kecil kita tu.
Tolong #share info penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.