Disaat negara dilanda jangkitan Covid-19 yang tidak berkesudahan, adalah disarankan untuk kita berjaga-jaga dan sentiasa menjaga SOP lebih-lebih lagi ketika menziarahi bayi baru lahir.
Paling penting tak perlulah memegang, jauh sekali mencium bayi baru lahir. Imun mereka tak sama macam kita. Perkongsian Dr Redza Zainol ini kita perlu ketahui supaya tidak membahayakan orang lain terutama bayi.
“Lajunya nafas baby ni. Dada berombak,” bisik saya sendirian.
Bayi umur 25 hari ni dah 2 hari demam. Masih kuat menyusu tapi tak seaktif sebelum ni. Awal pagi semalam, nafas jadi makin laju.
Baru je saya buka pakaian PPE, seorang jururawat beritahu saya, “Doktor, ada 1 lagi patient result dia Covid positif.” Rupanya bayi tu dah terkena jangkitan Covid.
Mak dia kata dia baru tahu ada saudara mara yang datang melawat bayi ni, disahkan positif jangkitan Covid-19.
Ada beberapa perkara ni, kita tak perlu buat kalau melawat bayi.
✅ Tak perlu pegang atau cium bayi tanpa izin mak dan ayah bayi tu. Bayi ni sistem imun dia belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman.
✅ Elakkan menyentuh bahagian luar pelitup muka kita pada muka atau anggota badan bayi. Bahagian luar ‘mask’ kita tu dah terdedah dengan kotoran dan kuman selama berjam atau berhari lamanya.
✅ Elakkan menyuap bayi dengan makanan atau minuman tanpa izin mak ayahnya.
✅ Perokok ada risiko bawa ‘third hand smoke’ pada bayi. Maksudnya partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi.
Bayi yang terdedah pada ‘third hand smoke’, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS).
Jadi, perokok sila jauhkan diri anda dari bayi.
✅ Ni paling selalu pelawat buat. Mak tu berjam-jam susukan anak sebab nak bagi anak dia tidur. Kita pula datang terus kejutkan bayi.
Benda macam ni boleh buat mak naik gila sampai jadi Postpartum Depression.
Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Saya faham, kadang-kadang kita tak sengaja sebab teruja sangat bila nampak bayi baru.
Menarik: Bila Susukan Emelia, Eusoff Menangis, Dilema Perhatian Pada Anak Kembar, Dr Halina Sebak!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI