“Inara Dimana..?”Keluarga Tak Sanggup Beritahu Ibu, Anak 10 Bulan Sudah Tiada

Share

Perginya si kecil dalam satu kemalangan jalanraya, keluarga tidak sanggup memberitahu si ibu perkhabaran pilu yang bayinya Nur Auliya Inara sudah tiada.

Dalam kemalangan yang berlaku pada 14 April lalu, 4 sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalanraya di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. Seorang bayi perempuan,  Auliya Inara berusia 10 bulan maut manakala tiga ahli keluarganya iaitu bapa, Mohamad Nirzaudy Haiqal, ibu, Wan Nur Izzaty Wan Mohd. Zaffar dan kakaknya, Nur Auliya Maisara, 2 tahun cedera.

Perkongsian daripada bapa saudara Allahyarham Auliya Inara, Mohamad Nirzuannudin Anuar, ini menyentap hati. Kesedihan keluarga diluahkan, apatah lagi apabila ibu Inara, Wan Nur Izzaty yang bertanya di mana anaknya setelah sedar dari koma dan bertarung nyawa dengan pendarahan yang teruk.

Bapa sedang bertarung nyawa di wad ICU dan masih koma. Dia seolah-olah berperang menentukan hidup dan mati.

Syukur ibunya sudah sedar setelah bertarung nyawa di ICU kerana koma akibat pendarahan yang teruk.

Apabila ibu Inara bertanya di mana Inara, kami semua tunduk & diam. Air mata tidak berhenti membasahi pipi. 

Inara alami pendarahan kepala & terpelanting dari kereta hingga ke bawah flyover. Sungguh menyayat hati…

Sungguh kejam pembunuh Inara!!!Naik kereta mewah nampak rasa gagah.

 Bapa Inara memandu kelajuan 80km/jam. Berapa kelajuan kereta si pembunuh yang melanggar hingga arwah terpelanting dari kereta & jatuh ke bawah flyover?

Terima kasih yang membantu. Semoga ibu bapa & kakak arwah sihat seperti sediakala. Alfatihah untuk anak syurga Inara. 

Sumber: Mohamad Nirzuannudin Anuar 

Foto: Nur Zaty

Published by
Azma ML