Indahnya Nama! Syafa Nisa Selamat Lahirkan Anak Lelaki. Nama Takwa Idraki Jadi Pilihan Buat Cahaya Mata Sulung!

Share

Tahniah diucapkan kepada pengacara, Syafa Nisa yang telah selamat melahirakan cahaya mata sulungnya pada 18 Disember yang lalu.

Syafa berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi lelakinya yang diberi nama Takwa Idraki di Instagram miliknya semalam.

Menurut Syafa, bayi lelakinya itu dilahirkan dengan sempurna pada jam 5.16 minit petang pada 18 Disember yang lalu.

“Maka tiba lah kurniaan yang kami tunggu selama ini, permata paling bersinar dalam hidup saya dan suami. Seorang anak lelaki, lahirnya Jumaat lalu 18 Disember 2020, 5:16 petang sedamai redup Asar, kami hadiahkan nama Takwa Idraki buatnya, dengan harapan sentiasa berpijaklah dia di jalan yang menuju ke arah Tuhan dan agamaNya,” tulis Syifa

Dalam pada itu, bekas pengacara Motif Viral ini juga turut menitipkan pesan buat cahaya mata sulungnya itu. Ringkas namun cukup bermakna!

“Buat Anak, Jadi lah kamu tenang pada setiap beliung, pintar pada setiap khilaf, sabar pada setiap amarah, taat pada setiap goyah. Yang sayang tak akan bertepi, Mak dan Bak,” tulisnya lagi.

 

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat berkongsi rasa teruja selain mendoakan Takwa membesar menjadi anak yang soleh.

Terdahulu, Syafa telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati Elmirezza Shafee pada September 2018.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini. Semoga dengan kehadiran Takwa melengkapkan lagi kehidupan dengan kasih sayang yang melimpah ruah.

Sumber: Instagram Syafa Nisa

Baca: http://www.majalahpama.my/swimming-makes-you-tall-lean-sheikh-muszaphar-ajar-anak-berenang-seawal-usia-6-bulan-galak-ibu-ayah-ajar-anak-dari-kecil/

Baca: http://www.majalahpama.my/finally-assalamualaikum-sayang-selepas-9-bulan-terpisah-aliff-aziz-bertemu-bella-astillah-anak-anak/

Baca: http://www.majalahpama.my/fahri-dah-4-bulan-pandai-berguling-meniarap-dayah-bakar-teruja-tunjuk-anak-membesar-pada-suami-walau-hanya-dengan-panggilan-video/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

 

 

Published by
SAHR