
Gambar Hiasan
Kes jangkitan Influenza A dan B di seluruh negara kini menunjukkan peningkatan ketara hingga mencetuskan kebimbangan ramai, terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Terbaharu, menurut laporan Mstar seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari Kampung Sadong Jaya A, Samarahan, Sarawak, dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti Influenza A pada awal pagi Jumaat.
Perkara menyedihkan itu dikongsikan oleh seorang pengguna laman Threads yang sering memberikan maklumat semasa mengenai wabak Influenza.
Menurutnya, adik Nurhan Eshan Nakquiyuddin, 4 tahun, merupakan murid Tabika Kemas Kampung Sadong Jaya A.
“Berita sedih, dimaklumkan adik Nurhan Eshan Nakquiyuddin berusia empat tahun dari Tabika Kemas Kampung Sadong Jaya A telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Jenazah sedang diuruskan di Hospital Umum Sarawak dan akan dibawa ke Kampung Pendam Ulu Sadong untuk dikebumikan,” tulisnya.
Wanita itu turut memaklumkan bahawa enam buah sekolah di Sarawak telah merekodkan kes jangkitan Influenza A. Orang ramai digalakkan untuk memakai pelitup muka serta mengelak daripada hadir ke sekolah terjejas bagi mengekang penularan virus tersebut.
Menurut laporan mingguan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi Minggu Epidemiologi ke-40 (ME 40/2025), sebanyak 97 kluster jangkitan Influenza A dan B dilaporkan di seluruh negara.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding hanya 14 kluster minggu sebelumnya.
Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa majoriti kes berlaku di institusi pendidikan:
Menurut KKM, walaupun peningkatan kes berlaku, situasi masih terkawal dan dalam jangkaan musim influenza yang lazim berlaku setiap tahun.
Ramai ibu bapa sering terkeliru antara demam biasa dengan influenza, sedangkan influenza boleh menyebabkan komplikasi yang serius, termasuk radang paru-paru (pneumonia), masalah pernafasan teruk, dan kegagalan organ jika tidak dirawat dengan segera.
Antara tanda-tanda influenza yang perlu diberi perhatian:
Jika simptom ini berlarutan lebih dua hari, segera bawa anak ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Pencegahan tetap langkah terbaik. Ibu bapa disarankan untuk:
Kes kematian melibatkan kanak-kanak berusia empat tahun ini wajar dijadikan peringatan besar buat ibu bapa. Jangan pandang ringan bila anak demam, batuk atau nampak tidak sihat. Kadang-kadang simptom nampak biasa, tapi boleh jadi petanda penyakit yang jauh lebih serius.
Semoga keluarga adik Nurhan diberi kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga ibu bapa lain lebih peka serta mengambil langkah berjaga-jaga agar anak-anak sentiasa dilindungi daripada ancaman Influenza.