Sekarang musim influenza, bukan hanya kanak-kanak, orang dewasa pun ada yang diserang penyakit ini. Jika influenza menyerang ibu hamil, lebih teruk. Ia boleh menjejaskan tahap kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan. Banyak orang yang sudah mulai peka dnegan kepentingan pengambilan vaksin. Salah satunya adalah vaksin untuk mencegah penyakit influenza.
Di dalam penulisannya, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, mengatakan betapa penting suntikan vaksin ini diambil. Di dalam perkongsiannya itu, Dr Izzat turut menyenaraikan beberapa mitos yang sering dikaitkan dengan suntikan vaksin.
Kenapa saya pastikan semua mak buyong mendapat suntikan vaksin influenza ?
Kalau ibu mengandung ni kena influenza, jangkitan ini mungkin akan jadi lebih serius jika kita bandingkan dengan org yg tak mengandung. Jangkitan influenza untuk orang mengandung bukan biasher biasher tau, kalau kena tu komplikasinya boleh menjadi serius.
Vaksin influenza sangat efektif untuk kebanyakkan orang, dan semestinya lebih efektif dari mereka yang tak amek vaksin langsung kan?
Ads
Vaksin influenza ni bukan sekadar melindungi ibu hamil, anak dalam kandungan pun mendapat perlindungan juga.
Mitos #1 : Cucuk vaksin influenza ni bahaya tuk baby
Vaksin influenza mempunyai rekod keselamatan yang bagus dan TIDAK mempunyai perkaitan risko bahaya untuk ibu dan bayi. Sebaliknya vaksin influenza melindungi IBU dan BAYI. Kajian menunjukkan jika ibu mengandung mendapat jangkitan influenza, mereka ni berpotensi mendapat komplikasi yang teruk seperti bronchitis dan pneuomnia (jangkitan peparu) . Ada yang dapat jangkitan telinga, sepsis, meningitis dan encephalitis (jangkitan pada otak)
Mitos 2# : Saya ni awal atau pun dah lambat sangat ni nak amek vaksin influenza. Perut pun dah membesar. Boleh lagi ke?
Kajian telah menunjukkan vaksin influenza ni SELAMAT untuk dicucuk bebila masa pada semua peringkat kehamilan – tak kisah la terlalu awal lagi ataupun bila kehamilan dah besar, nak dekat-dekat bersalin pun boleh je cucuk. Jangan ler masa nak meneran baru nak pegi mintak cucuk vaksin influenza kan. Patut-patut ler 😝. Lagi advanced kehamilan, lagi senang nak dapat influenza ni, dan tak terlambat pun nak amek vaksin tu.
Mitos 3# : Alahhh selsema je pun, takyah la lorat sangat nak vaksin bagai. Selsema boleh baik sendiri kan?
Bukan sebarang selsema tauu. Selsema yg disebabkan oleh influenza ni sangat mudah berjangkit melalui batuk, atau tetiba orang bersin sebelah korang mana tau kan dia adavirus 🦠 tu ke tak ?) Simptom influenza ni datang dengan cepat, seperti demam, sakit-sakit badan, sakit sendi dan penat melampau. Selsema yg disebabkan oleh influenza ni bukan mcm selsema biasa – boleh jadi teruk untuk orang mengandung. Dalam keadaan yg tertentu (amat jarang) jangkitan influenza ni boleh sebabkan keguguran, baby mati dlm kandungan, baby lahir pramatang dan baby yg kecik.
Mitos 4# : Nama pun vaksin selsema kan? Nanti lepas cucuk dapat selsema pulak. Tkmau lah!
Vaksin influenza mengandungi jenis virus yg telah dilemahkan, atau virus yg telah dibunuh. Virus-virus jenis ini TAKBOLEH menyebabkan korang kena selsema
Mitos 5# : Saya dah cucuk vaksin influenza ni tahun lepas, buatpe nak cucuk lagi? Sekali cucuk dahla. Ingat sedap ke cucuk-cucuk ni?
Virus yg sebabkan influenza ni berubah-ubah setiap tahun. Ini bermakna kalau flu (dan vaksin) pada tahun lepas, mungkin tak sama dengan virus pada tahun ini dan tahun berikutnya. Walaupun korang da amek vaksin influenza ni tahun lepas, kalau ada mengandung pada tahun ni, tetap disarankan amek vaksin tu. Takda sapa pun suka nak cucuk-cucuk orang banyak kali. Kalau dah perlu vaksin, ape salahnya kan?
Ads
Saya tak jual vaksin. Saya tak bekerja untuk company vaksin. Saya tak dapat duit bila cakap vaksin influenza ni bagus untuk mak buyung. Tapi tanggungjawab saya untuk menjaga kesihatan wanita mengandung, sebab kalau dapat influenza, jangkitan nya bukan biasherrr biasherrrr boskurrr!
Bukan semua vaksin selamat untuk orang mengandung, tapi influenza vaksin ni memang selamat dan disarankan pengambilannya
Oh ye, vaksin influenza ni bukan orang mengandung je disarankan amek. Orang tua, kanak-kanak atau mereka yg slalu travel SANGAT disarankan untuk amek juga. Yang nak pegi umrah, haji memang bagus untuk amek.
Tidak mendatangkan kemudaratan pun jika seseorang mendapatkan suntikan vaksin. Semoga dengan perkongsian Dr Izzat ini dapat memberi sedikit info tentang suntikan vaksin influenza dan menyakinkan anda untuk mendapatkannya dari doktor yang bertauliah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan doktor selebriti, Dr Say Shazril dan isteri, Dr Azura Abas yang bakal dikurniakan cahaya mata ketiga tidak berapa lama lagi.
Menerusi Instagramya, Dr Say turut berkongsi perkhabaran gembira itu yang dinantikan mereka bersama malah meluahkan rasa syukur atas rezeki yang tidak sangka itu.
Baru memasuki usia tiga bulan, bapa kepada dua cahaya mata lelaki ini berharap kehamilan isterinya dipermudahkan.
“Lama saya simpan berita ni atas sebab empunya badan tak beri green light.
“Tapi memandangkan kandungan bini dah cecah 12 minggu & kami dah buat our 1st scan, saya tanya balik kepada empunya badan “boleh dah ke i nak bagitau dunia?” & instead of beliau kata “jangan la dulu ubby, tak confirm lagi”, kali ni beliau kata “sekarang ke?” which dalam erti kata lain BOLEHHH ahaha.
“Jadi yes peeps, we are expecting our 3rd baby,” kata berkongsi kisah itu.
Berkongsi kisah bakal menambah ahli keluarga baru itu, akui Dr Say dia mula memikirkan pelbagai persiapan terutama soal penjagaan sebaik punya anak tiga.
Malah Dr Say juga turut peminatnya untuk sama-sama mendoakan kehamilan isterinya kali ini agar dipermudahkan sehingga melahirkan bayi kelak.
“Cuma kisahnya lepas our 1st scan 5 hari lepas, terduduk saya dibuatnya bila balik daripada scan tu. Sebab walaupun selama ni saya mengidamkan 3 orang anak sebab saya ada 3 adik beradik tapi bila saya fikir balik “acano aku nak jaga 3 orang anak tu nanti?” buat saya risau.
“Kalau dua at least saya handle satu, bini handle satu. Later ada sorang lagi, siapa nak jaga?
“Saya tau rata-rata parents ber-anak 3 dan ke atas akan jawab “it will come naturally” atau “anak pertama akan tolong” atau “you will be ready when the time comes”, the thought of it buat saya sedikit gugup.
“Tapi takpelah ada 6 bulan lagi untuk saya bersiapa siaga di samping enjoy the time i have with my 2 boys.
“Dalam kesempatan ni, saya ingin meminta jasa baik kalian kalau boleh, doa-doakanlah kesejahteraan kandungan bini ini.
“Jantina? Taktau lagi tapi InsyaAllah jika tiada aral melintang, expected date of delivery 25 January tahun depan InsyaAllah saya reveal kan ye?,” katanya lagi.
Selepas setahun melahirkan anak sulung melalui pembedahan caesarean, pasti ada yang bercadang mahu hamil lagi. Tetapi, bilakah perancangan untuk hamil semula boleh dilakukan bagi mengelakkan sebarang risiko berkaitan pembedahan caesarean terdahulu?
Merancang untuk hamil buat kali kedua adalah langkah yang penting. Lebih-lebih lagi, anak pertama dilahirkan melalui pembedahan caesarean. Ada dua perkara yang mempengaruhi hal ini:
Luka caesarean yang lalu. Adakah ia cukup sembuh?
Status diri dan suami. Adakah sudah bersedia daripada segi mental, fizikal dan kewangan?
Di abad yang lalu, secara amnya pesakit dinasihatkan supaya rehat dan tidak hamil selama dua tahun selepas melalui pembedahan caesarean. Namun, terdapat kajian ke atas luka pembedahan caesarean yang melaporkan, luka tersebut sembuh dengan baik selepas enam bulan. Kajian juga menunjukkan, ramai wanita boleh hamil semula dengan selamat selepas itu.
Namun, para doktor akan lebih berhati-hati kepada wanita yang mengalami masalah jangkitan kuman ke atas luka caesarean. Jangkitan kuman boleh melemahkan parut dan ini mungkin meningkatkan risiko luka terbuka.
Selepas satu pembedahan caesarean, risiko luka terbuka adalah rendah, di antara 0.2% hingga 1%. Anda dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor yang melahirkan anak sulung. Beliaulah doktor yang terbaik untuk memberi nasihat mengenai keselamatan bersalin secara normal bagi kehamilan kedua.
Ada juga kes di mana pembedahan pertama dilakukan akibat pesakit gagal melahirkan bayi kerana masalah cephalo-pelvic disproportion (CPD). Di sini, tulang pelvis ibu adalah kecil atau sempit, sehinggakan kepala janin dalam kandungan gagal melalui kelahiran normal. Kebanyakan pesakit CPD dinasihatkan untuk melahirkan bayi seterusnya melalui pembedahan caesarean juga. Walau bagaimanapun, pesakit masih boleh mencuba untuk melahirkan secara normal. Sebelum mencuba, doktor akan menasihati pesakit mengenai risiko-risiko dalam kes sebegini.
Pesakit yang ingin cuba bersalin secara normal selepas pembedahan caesarean, sebaik-baiknya dipantau di hospital. Pesakit juga akan diberi nasihat apakah cara yang sesuai serta risiko-risikonya bagi mengurangkan sakit ketika bersalin nanti. Misalnya, epidural merupakan cara efektif untuk mengurangkan sakit ketika bersalin. Tetapi, ia akan menyebabkan rasa kebas atau tidak ada rasa apa-apa di bahagian parut pembedahan yang sebelumnya. Ini menyukarkan doktor untuk memeriksa kerana tidak akan ada rasa sakit walaupun parut pembedahan caesarean terbuka!
Jika parut caesarean di rahim merupakan pembedahan klasik, risiko luka terbuka adalah lebih tinggi dan pesakit dinasihatkan supaya menjalani kelahiran secara pembedahan jika hamil sekali lagi. Oleh itu, eloklah dapatkan nasihat daripada doktor yang melakukan pembedahan untuk kelahiran anak sulung dalam hal ini.
Keadaan suami isteri sebelum hamil sekali lagi adalah topik yang lebih rumit untuk dibincangkan. Suami dan isteri hendaklah bersedia kerana bayi kedua dan seterusnya bererti ibu bapa berhadapan dengan beban kewangan, masa yang padat dengan aktiviti menjaga anak dan bayi, tidak ada masa untuk berdua apatah lagi masa untuk diri sendiri.
Walau bagaimanapun, jika berusia 30 tahun ke atas, adalah ideal untuk cuba hamil selepas setahun berehat. Tetapi jika masih dalam usia yang lebih muda, ada pilihan untuk berehat setahun lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi impian setiap pasangan yang berumah tangga untuk mempunyai zuriat sendiri. Apatah lagi usia perkahwinan yang sudah menghampiri usia satu dekad.
Pastinya pelbagai usaha dilakukan untuk diri berpeluang bergelar ibu dan ayah buat zuriat sendiri.
Pelakon sinetron popular Indonesia, Zaskia Sungkar mengakui terpaksa meninggalkan kebiasaannya meminum kopi demi memastikan proses rawatan kehamilan yang sedang dijalaninya kini berjalan lancar
Katanya yang juga isteri kepada penyanyi Irwansyah itu, ia bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan apatah lagi dia merupakan peminat kopi tegar sebelum ini.
Pengacara yang cukup terkenal dengan bait-bait puitis, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.