Apabila tiba masa untuk melahirkan, sokongan daripada suami amat diperlukan. Kehadiran suami amat diperlukan untuk sentiasa berada di sisi isteri ketika mengharungi kesakitan kontraksi.

Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan buat suami ketika berada di dalam bilik bersalin.

Kuatkan semangat

Menjadi suami bererti anda perlu jadi kuat dalam segala aspek. Jadi, jangan takut kepada darah atau jarum suntikan. Anda kena kuat semangat.

Sebaik-baiknya, anda duduk dekat dengan bahagian kepala isteri supaya dekat dengan telinganya. Tentu ia akan lebih memudahkan anda memberi kata-kata semangat dan semasa kontraksi menyerang, dapatlahir anda mengosok bahagian belakang isteri.

Info teknik meneran

IKLAN

Apabila anda dan isteri sama-sama menyertai kelas antenatal, dapatlah anda mengetahui sedikit sebanyak ilmu tentang teknik meneran yang betul.

Apabila tiba masanya, anda dapat membantu mengingatkan isteri, cara meneran dengan betul supaya bayi dapat dikeluarkan dengan lancar.

Bacakan doa dan zikir

IKLAN

Kadang-kala isteri hilang kawasan apabila sakit kontraksi menyerang. Dalam keadaan sebegini, berkemungkinan isteri lupa tentang doa dan zikir yang patut dibaca bagi mengurangkan kesakitan.

Jadi, anda perlu memainkan peranan dengan membantu membacakan doa dan zikir yang berkaitan.

Bantu isteri meneran

IKLAN

Ketika tiba saat untuk meneran, anda perlu memberi semangat dan sokongan. Antara yang boleh anda lakukan ialah mengampu badan isteri atau memegang erat tangannya agar lebih mudah untuknya meneran.

Kurangkan kesakitan isteri

Proses meneran mungkin berlaku lebih daripada sekali. Tambahan pula, meneran hanya boleh dilakukan ketika kontraksi datang.

Semasa tiada kontaksi cuba redakan kesakitan isteri dengan mengurut bahagian belakangnya, mengelap peluh mahupun bisikkan kata-kata semangat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI