Melatih sensori dalam persekitaran rumah mudah sahaja jika tahu caranya dengan betul. Latihan ini penting untuk perkembangan anak terutama anak usia empat tahun supaya lebih berdikari, berani dan melatih anak boleh membaca dan menulis. Latihan sensori ini untuk perkembangan motor halus dan kasar anak-anak. Ikuti corentan Puan Nurul Hanan Arifin,Pengarah Urusan NLI Education Sdn Bhd. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Isu sensori dan kesedarannya semakin meningkat. Mengapa dahulu tidak timbul isu ini? Kerana pendedahan anak-anak terhadap waktu bermain yang benar-benar menyeronokkan dan gaya hidup kita dahulu telah mampu melatih kebanyakan keperluan sensori dan terus menyokong perkembangan tabii.
.
Cabaran kehidupan masa kini telah memendekkan masa bermain anak-anak dan gaya hidup kini juga telah mengurangkan latihan sensori secara natural.
.
Mari kita bantu perkembangan sensori anak-anak dengan aktiviti cadangan di rumah ini.
.
1) Kerap bermain pasir dan mengorek tanah. Sediakan peralatan bermain tanah. Benar kan anak mengorek tanah dan mencari cacing. Kalau dah main tanah, mesti nak main air pula. Dan lagi seronok dapat cari cacing dan rama-rama.
.
2) Tugaskan anak untuk basuh pinggan. Ini untuk beri anak bermain air. Bukan sahaja latih sensori tapi akhirnya anak akan menjadi seorang yang bertanggungjawab boleh membantu basuh pinggan selepas makan! Basuh tandas pun boleh biar otot tangan banyak kerja, bilik air pun bersih.. Basuh kasut..
.
3) Ajar anak membasuh dan memasak nasi. Anak perempuan saya sejak 4 tahun paling suka membasuh beras dan memasak nasi. Dia paling marah kalau saya masak tanpa menunggunya. Berapa cawan beras, berapa kali basuh beras, humayra dah boleh buat dengan baik, saya akan bantu kalau nampak terkial-kial. Kini humayra 5 tahun, dia semakin mahir.
.
4) Melukis, bantu anak dengan banyakkan aktiviti melukis dan mewarna. Tak perlu tunggu masuk pertandingan, tak perlu tunggu masuk tadika atau sekolah. Kertas dan buku mewarna biar banyak di rumah. Buat stesen khas. Hari-hari biar anak melukis atau mewarna. Melukis objek sebenar, meniru lukisan dalam buku cerita, lukis kartun kegemaran. Kita semua tak perlu jadi artis pelukis, just Google how to draw dinosaur, how to draw bird. Ikut kegemaran anak.
.
5) Menconteng. Kalau melukis dan mewarna ibu ayah rasa untuk anak besar, untuk anak-anak 1 tahun, berikan kertas dan berikan pensel untuknya menconteng. Lagi seronok kalau boleh beri crayon yang warnanya terang seperti buncho, beli yang oil pastel, bukan wax crayon. Warna terang baru anak suka.
6) Playground. Bawa anak bermain di taman. Otot mereka perlu diransang. Tambah satu cabaran baru setiap kali anak dah mahir. Jadikan ia pengalaman seronok. Ibu ayah main sama. Bukan anak main seorang.
7) Lumba lari atau jogging dengan anak. Pernah lumba lari dengan anak? Jom buat hari ini. Anak-anak suka. Latihan keseimbangan badan, motivasi nak menang, paling best latih jantung dan otot jadi kuat, tambah oksigen dalam badan.
.
8)Main bola dengan anak. Semua anak suka main bola, lelaki, perempuan, besar, kecil. Boleh buat pelbagai gaya. Ala bola sepak , ala bola jaring. Hanya perlukan ruang sahaja. Kalau ruang terhad main baling-baling dekat. Kalau ada padang boleh main lagi advance. Main bola boleh latih anak berfikir pantas utk buat keputusan ya. Macamane tu.
.
9) Benarkan anak makan sendiri. Ibu ayah benarkanlah anak menyuap makanan sendiri walaupun atuk dan nenek marah kerana menyangka anak tidak kenyang. Anak-anak pada usia 1 tahun, telah ada keinginan untuk makan sendiri. Sekiranya anak makan sendiri, setiap hari ia meransang derianya untuk merasai tekstur nasi, sayur , ayam, carrot. Ajari juga adab, cara suap nasi dan sebagainya hingga nanti ia cekap makan sendiri.
.
Sumber: Natural Learning Initiatives