Mendidik anak perempuan dan lelaki supaya bertindak bijak semasa menghadapi gangguan seksual amat penting. Ikuti pandangan daripada bapa ini.

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar anak-anak untuk menjaga diri mereka daripada pelbagai ancaman seperti gangguan seksual. Tambahan pula apabila mula bersekolah dan terdedah kepada ramai lagi manusia yang pelbagai jenis dan ragam.

Seorang bapa, Rizzal Abdullah berkongsi perkara ini. Gaya penyampaian yang santai membuatkan tip ini menarik. Perkara penting ini sering kali dianggap taboo dan memalukan tetapi hakikatnya perlu diberitahu dan diingatkan kepada anak. Info Penting Untuk Bertindak Apabila Diganggu Secara Seksual. Mesti Dipesan Kepada Anak Lelaki & Perempuan

ANAK PEREMPUAN PERLU DIAJAR MALU & JAGA MARUAH

Bro,
Mendidik anak perempuan berbeza kan?. Mereka pasti diajar untuk lemah-lembut, bersopan-santun dan akhlak sebagai seorang perempuan. Perlu diajar erti malu dan menjaga maruah.

Berubah riak muka member aku. Tiada senyum sinis seperti selalu. Serius sungguh. Kali ni jauh dia fikir sebelum kasi pendapat.

Ibunya paling layak untuk mengajar semua perkara yang kau sebutkan. Tapi untuk aku sebagai ayah, satu perkara penting yang akan aku ajar untuk setiap anak perempuan.

TUMBUK HIDUNG SIAPA YANG MENYENTUH TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA

Jika ada lelaki lain yang sentuh dia di tempat yang tak sepatutnya, sentuh dada atau bontot atau kemaluannya atau dimana sahaja yang buat dia rasa tidak selesa, tumbuk sahaja mukanya.

Sayangku, halakan tumbukan tu ke hidungnya. Gengam tangan serapat mungkin dan tumbuk sekuat hati. Biar bengkok, patah dan berdarah.

Jangan tumbuk mulutnya, nanti cedera tangan mulus mu jika terkena gigi dia. Jangan halakan ke mata, bila kau tumbuk sekuat hati risau pula cacat kekal penglihatan nya nanti. 

IKLAN

Sasarkan tepat ke hidung, ok?

Info Penting Untuk Bertindak Apabila Diganggu Secara Seksual. Mesti Dipesan Kepada Anak Lelaki & Perempuan

LAKUKANNYA UNTUK MENJAGA MARUAH BIAR PUN SALAH
Sayangku, kau mungkin akan mendapat masalah di sekolah nanti. Keganasan kau memang patut diambil tindakan oleh pengetua. Mencederakan individu lain melanggar peraturan sekolah.

Tapi, ayah tak akan cakap apa yang kau buat tu salah. Salah dan melanggar peraturan tidak sama. Ia dua perkara yang berbeza.

Mencuri – salah dan melanggar peraturan.
 
Membuli – salah dan melanggar peraturan.
 
Tumbuk hidung lelaki hingga patah dan berdarah kerana mempertahankan maruah kau, ia mungkin melanggar peraturan. Tapi tidak salah.  

Info Penting Untuk Bertindak Apabila Diganggu Secara Seksual. Mesti Dipesan Kepada Anak Lelaki & Perempuan

IKLAN

BIAR IBU AYAH DIKECAM SEKALI PUN
Mungkin ibu dan ayah akan dipanggil pengetua. Mungkin ibu dan ayah akan dikecam kerana mengajar kau macam ni. Mungkin kita akan disaman.  
 
Mungkin ibu bapa budak lelaki tu akan buat sidang media dan viral kan tingkah laku kau. Media sosial memang suka untuk meletakkan anak perempuan aku yang lemah ni untuk dihakimi.

Tapi ayah tak kisah pun. Tak ada masalah untuk ayah jelaskan gaya kung fu kau tu untuk mempertahankan harga diri sebagai seorang perempuan. Dan kita akan bincangkan KENAPA kau diajar macam tu. 
Info Penting Untuk Bertindak Apabila Diganggu Secara Seksual. Mesti Dipesan Kepada Anak Lelaki & Perempuan

GANGGUAN SEKSUAL PERLU DITANGANI
Pengetua mungkin akan menggantung persekolahan kau – ibu dan ayah akan terima. Ibu bapa budak tu mungkin akan sensasikan kes seperti ni – ibu dan ayah tak ada masalah hadap sesiapa pun untuk pertahankan tindakan kau. 
 
Adakah keganasan seperti ini jawapan untuk setiap masalah? Tentunya tidak. 
 
Idealnya gangguan seksual perlu ditangani di setiap peringkat dengan ‘zero-policy’. Gangguan seksual adalah salah di setiap peringkat umur. Tiada kompromi dan tiada ‘grey area’.  
 
Jika semua pihak setuju dan mahu jadikan ia kenyataan, tolong beritahu kami. 
 
Tapi selagi ia belum jadi kenyataan, ayah akan ajar semua anak perempuan ayah untuk tumbuk tepat di hidung dengan niat untuk patahkan dan biar berdarah. 

Info Penting Untuk Bertindak Apabila Diganggu Secara Seksual. Mesti Dipesan Kepada Anak Lelaki & Perempuan

AJAR ANAK LELAKI SUPAYA TIDAK MENGGANGGU PEREMPUAN
Jika ibu-bapa budak lelaki tidak setuju, mungkin mereka patut ajar anak mereka lebih menghormati perempuan. Ajar anak lelaki mereka sikap yang sepatutnya terhadap perempuan. 
 
Dunia makin lebih bertolak ansur terhadap gangguan seksual terhadap perempuan. Tapi, Ayah tidak terima konsep anak perempuan perlu lemah-lembut dan bersopan-santun tanpa batasan. 
 
Ajarkan anak perempuan kita untuk tumbuk tepat di hidung, sekuat hati, jika mereka disentuh di tempat yang tidak sepatutnya. 
 
Fuh! Serius betul bro. Tapi, anak kau semua lelaki kan? 
 
Dengan nada yang lebih tenang kawan aku jawab. 

Rezeki anak perempuan tu milik Tuhan. Siapa kita mahu menidakkan jika nanti dikurniakan anak perempuan. 

IKLAN

Dan aku punya ramai anak saudara perempuan. Ramai kawan-kawan yang punya anak perempuan. Semua tu akan aku bela seperti anak perempuan sendiri. 

Info Penting Untuk Bertindak Apabila Diganggu Secara Seksual. Mesti Dipesan Kepada Anak Lelaki & Perempuan

PESANAN KEPADA ANAK LELAKI

Kepada 3 anak lelaki ku, ini pesan baba.

Kalau kamu balik rumah dengan hidung patah dan berdarah ditumbuk perempuan, akibat kamu berkelakuan tidak menghormati mereka, baba dan mama akan tunjukkan lagi mana bahagian badan lain yang boleh patah dan berdarah. 

Tapi kalau kamu balik rumah patah dan berdarah kerana membela kehormatan perempuan, baba dan mama akan bela kamu walaupun apa pun kos nya.

Biar hilang kawan, tak guna pun berkawan dengan mereka yang tak tahu menghormati perempuan. 

HORMATI IBU
Hormati mama sepenuh hati, pertahankan mama walau terpaksa menggadai nyawa. Dia dah pertaruh nyawa melahirkan dan membesarkan korang.

She is the lady in our house and the queen of our heart.

Sumber: Rizzal Abdullah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI