Saat dapat tahu diri hamil, ibu orang pertama yang paling gembira. Keterujaan menanti kelahiran cahaya mata pertama ini pastinya sesuatu yang cukup bermakna dalam hidup bagi setiap pasangan suami isteri.

Lagi rasa dihargai, apabila suami dapat menemani semasa buat pemeriksaan kandungan dan scan untuk mengetahui kesihatan serta jantina bayi dalam kandungan.

Seperti kisah ibu ini di Tik Tok atas akaun @theantriplets, ibu ini berkongsi pengalaman yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila semasa dia melahirkan bayi kembarnya.

@theantripletsTu la sapa suruh buat surprise. Kan mummy dah beli baju TW IN siap2 sbb excited ingat twin. Sekali naaahh triplets. Ter surprise suprise papa mummy.♬ Kamu Siapa ??? – ibray

Penantian dua tahun untuk dapatkan zuriat berbaloi apabila Allah kurniakan tiga anak sekaligus walaupun pada awal pemeriksaan kandungan doktor hanya beritahu kembar dua.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna TikTok bernama An Triplets, dia dijangka melahirkan dua orang bayi kembar seiras setelah melakukan pemeriksaan. Namun kisah yang terjadi selepas itu membuatkan ibu bapa bayi tersebut langsung tak sangka sama sekali.

Jangkaannya awal tersasar setelah menerima tiga orang bayi kembar sekaligus mengejutkan dia dan suaminya. Yang lebih kelakar, pasangan kembar tersebut dilihat dibaringkan sebelah-sebelah sambil mengenakan baju yang sama.

“Ingat 2 Rupanya 3.” Dah Beli Baju TWIN, Ibu Tak Sangka Ada Seorang Buat Surprise

Disebabkan kelahiran kembar ketiga itu tidak disangka-sangka, menjadikan dia seorang sahaja bayi yang memakai baju lain daripada yang lain. Si ibu kepada kembar ini mengaku cuma menyediakan baju untuk sepasang kembar sahaja dan langsung tidak terfikir bakal menimang triplets!

IKLAN

“Tu la sapa suruh buat surprise. Kan mummy dah beli baju TWIN siap2 sbb excited ingat twin. Sekali naaahh triplets. Ter surprise suprise papa mummy.” seloroh si ibu di ruangan kapsyen.

Video tersebut tular dengan 2.2 juta kali tontonan dan 149.5 ribu tanda suka!

Kembar tiga itu yang dilahirkan pada 26 Jun 2021 itu yang diberi nama Idlan, Izhan dan Ilhan itu kini dah pun berusia 1 tahun 3 bulan.

@theantriplets Happy first birthday Idlan, Izhan dan Ilhan. My babies, my harta dunia akhirat, my bodyguard, my little figther. Papa Mummy doakan semoga awak semua dipanjangkan umur, murah rezeki dan jadi anak3 yang soleh. Kami semua sayang awak semua. ❤️❤️❤️. Jangan besar cepat sangat. Nnt mummy rindu. 😭. Our cute cake from @nalliebakery #theantriplets #tabarakallah #kembar3 #anugerahAllah #firstbirthday #triplets ♬ Happy Birthday – Vitamin A

Ketiga-tiganya kini membesar dengan sihat dan masing-masing begitu aktif membuat pelbagai aktiviti sensori yang disediakan oleh ibunya.

@theantriplets Sensory play: Yogurt plain + pewarna untuk 3 ketul budak hijau ni. Ada je perangai si angah izhan ni nak kacau abg dgn adik dia. Siap jelir lidah lagi tu. Geram!! #theantriplets #tabarakallah #anugerahAllah #kembar3 ♬ BIZCOCHITO – ROSALÍA

IKLAN

Sumber: Tik Tok An Triplets & newstoday77 

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

“Ingat 2 Rupanya 3.” Dah Beli Baju TWIN, Ibu Tak Sangka Ada Seorang Buat Surprise

IKLAN

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI