Isteri kepada pelawak, Fad Bocey iaitu Syaheera kini sedang hamil anak kelima mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Syaheera sendiri di laman Instagramnya.
Dia tidak sangka akan diberikan lagi rezeki zuriat serta menitipkan doa buat wanita yang masih menantikan kehadiran cahaya mata.
“Ingat empat rupa-rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. Kepada sesiapa yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” tulisnya.
Baru berusia 2 tahun 6 bulan, anak kepada selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini akhirnya bebas daripada menggunakan botol susu.
Anak ke dua kepada selebriti ini pada awalnya agak sukar untuk tidak menggunakan botol susu namun dengan penjelasan dari mummynya, akhirnya Alisa Aisyah berjaya bercerai botol susu dan kini hanya minum susu melalui cawan sahaja.
Hanis Zalikha turut berkongsi bagaimana proses yang dilakukanya dan tip tersebut dikongsi menerusi akaun Instagram @TheAlisaAisyah.
Bye bye minum susu botol 🍼
Mommynis nak share journey ni sebab lama tak sharing sini and banyak benda dah terlepas pastu terlupa terus. Alisa tak minum susu botol dah, dan dah tak bangun malam dah selama beberapa bulan.
Proses bermula dengan:
1. Minum susu botol siang & malam. Pastu Mommy cakap “Alisa, we only drink milk at night okay. If you are thirsty we drink water, if you are hungry you must eat”. Merengek beberapa hari and done terima kenyataan.
2. Minum susu botol malam sahaja, 2-3 kali semasa tidur. Pastu lampin dia bocor, kita kejut dia tidur, “Alisa look! This is what happened when you drink too much milk while sleeping! See all wet?!” Muka mamai dia macam oh no! Sejak itu, kalau dia merengek malam terus tepuk tapi never sua botol. Terpaksa consistent dengan apa kita cakap.
3. Minum susu botol hanya untuk nak lelap tidur. Pastu ada satu ketika dia termuntah susu (sebab dia selsema berkahak), maka Mommy pun “Alisa, drinking milk from a bottle made you puke!”. Sejak dari tu offer susu dalam cawan sebelum dia tidur. Dan kalau dia nak susu bila-bila, bertegas tawarkan dia guna cawan.
4. Kini minum susu hanya pakai cawan. Selera makan bertambah. Tidur nyenyak sehingga 7am.
5. Dah tak minum susu botol? Baru boleh potty train bebila 🤭
So always communicate cause and effect to your children. Sentiasa terangkan sebab dan akibat satu-satu perkara. They’re very smart and they will appreciate every explanation. This is for those who asked 🥰
Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah di atas kejayaan Alisa bercerai botol susu. Ada juga yangmengambil tip yang dikongsi oleh Hanis Zalikha sebagai panduan di masa hadapan. Good job Alisa!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Ariff Bahran yang bakal menimang cahaya mata sulungnya selepas mengumumkan isterinya hamil enam bulan.
Menerusi laman sosial Instagram, Ariff berkongsi perkhabaran gembira itu sambil memuat naik sebuah video untuk dikongsikan bersama pengikutnya.
“Alhamdulillah dan inshaAllah, jika ada rezeki dan tiada aral melintang, Bahran akan jadi seorang ayah.
“Gementar, pada masa yang sama teruja,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pun begitu kata penyanyi yang popular dengan lagu Kata Akhirmu ini lagi, dia bersyukur kerana isterinya, Amirah Syazwani tidak mengalami sebarang alahan malah tidak juga berdepan morning sickness seperti kebanyakkan ibu hamil lain.
“Sekarang dah di hujung second trimester (24 minggu 5 hari).
“Tiada alahan, tiada morning sickness, semoga urusan wife Bahran terus dipermudahkan.
“Doakan my wife & baby sihat dan selamat sehingga bersalin,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata Instagram penyanyi itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti dan para pengikutnya.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dek kerana keterujaan melihat perkembangan anak-anak, kita selalu memuatnaik status dan foto mereka di media sosial. Tanpa kita sedari, ia sebenarnya mendatangkan kemudaratan terhadap keselamatan anak-anak.
Di internet, terlalu ramai pemangsa yang mencari dan mengumpul foto kanak-kanak untuk dijadikan simpanan peribadi mereka. Selain pedofilia, terdapat satu lagi golongan lain yang dikenali sebagai Digital Kidnappers.
Seram sungguh saya bila dapat tahu rupanya sekarang ni anak kita bukan cuma berdepan dengan pemangsa kanak kanak sahaja tetapi sekarang ni ada juga Digital Kidnappers.
Saya sendiri pun baru tahu ni. Aduh!
Dulu kita biasa dengan istilah penculik kanak kanak je kan. Itu berlaku secara fizikal tetapi sekarang ni ianya boleh berlaku juga tetapi secara digital je. Ini yang kita namakan sebagai Digital Kidnapping.
Mereka akan ambil gambar anak kita yang kita selalu post di media sosial. Mereka akan ‘culik’ gambar dan identiti anak kita dan jadikan seolah olah ianya adalah identiti anak mereka.
Digital Kidnappers ni akan re-upload balik gambar anak anak kita tu nanti ke media sosial mereka dan mereka jadikan anak kita tu sebagai anak-anak mereka!
Yang lebih seram lagi kalau mereka dah berkenan pada sorang budak, maka budak itu akan ‘diintip’ dan dijadikan anak mereka daripada kecil sampailah dewasa.
Saya tak kata tak boleh upload langsung gambar anak tetapi tolong berhati hati sangat, tapis friendlist dan limitkan akses gambar anak anda terutamanya kalau kita rasa ada sesuatu yang tak kena.
Tolong jangan buat benda ni:
*Dedahkan lokasi sekolah anak
*Dedahkan lokasi rumah anak
*Dedahkan lokasi perjalanan anak anak
*Dedahkan gambar aib anak
*Dedahkan gambar bogel anak
*Dedahkan nombor kad pengenalan anak
*Dan lain lain maklumat yang boleh mendedahkan anak kita kepada Physical mahupun Digital Kidnappers
Tolong sebarkan info ni kepada mak ayah yang lain ya sebab saya rasa tak ramai lagi mak ayah alert tentang Digital Kidnapping ni.
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Taufiq ini memberi kesedaran kepada para ibu yang teruja berkongsi foto atau maklumat tentang anak-anak di media sosial. Dalam keterujaan kita berkongsi untuk suka-suka, ada yang emmerhati untuk menjadikan anak kecil kita sebagai mangsa. Maka, berhati-hatilah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
22 tahun hidup bersama, rumah tangga Edika Yusof dilanda badai. Kisah rumahtangga pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, menjadi perhatian apabila dilaporkan bahawa Hidayah telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya sekitar pertengahan Februari lalu.