Isteri kepada pelawak, Fad Bocey iaitu Syaheera kini sedang hamil anak kelima mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Syaheera sendiri di laman Instagramnya.
Dia tidak sangka akan diberikan lagi rezeki zuriat serta menitipkan doa buat wanita yang masih menantikan kehadiran cahaya mata.
“Ingat empat rupa-rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. Kepada sesiapa yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” tulisnya.
Baca Juga:
Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini
Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’
Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya
Sementara itu, menerusi Insta Story Syaheeera memuat naik video seorang wanita yang berdepan ‘morning sickness’ yang teruk sepertinya.
“Sama seperti saya lepas test tu jadi double line kalau tak scan tak buat test elok pula tapi sudah tentu la kita kena buat test to extra careful.
“Makanya lama menyepi sebab ni la. Dalam kereta, dekat kedai makan, depan rumah apatah lagi dalam toilet. Lagi la bwek,” tulisnya.
Untuk rekod, Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata termasuk pasangan kembar.
.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!