Pengambilan sebarang ubat oleh ibu hamil sememangnya sangat merbahaya jika tidak mendapat nasihat atau saranan daripada doktor. Tapi lain halnya jika ibu yang sedang hamil itu sendiri tidak sedar akan janin yang berada di dalam kandungan. Dalam erti kata lain ibu tidak tahu bahawa dirinya sedang hamil.
Pengambilan ubat yang sebarangan bimbang akan memudaratkan kesihatan bayi dan juga bagi mengelakkan sebarang komplikasi apabila dilahirkan kelak. Seperti perkongsian seorang ibu di Facebook, dia mendapat tahu diri hamil apabila kandungan sudah memasuki usia 2 bulan. Paling menggerunkan apabila dia makan lebih 8 jenis ubat kerana disyaki mempunyai batu karang.
Tak rancang hamil lagi
Hai semua. Lewat malam macam biasa bila baby tidur kita tak boleh tidur, bila baby bangun kita pulak ngantuk nak tidur. Saja nak share dengan kawan-kawan. Syukur saya baru habis berpantang, anak ke-6. Anak yang sewaktu dikandungkan saya melalui macam-macam ujian dan dugaan. Tapi Alhamdulillah saat melahirkan dia segalanya Allah permudahkan. Berjumpa doktor dan nurse-nurse yang baik-baik. Bidan yang menyambut bayi juga ya Allah baik. Siap peluk selepas selesai semua urusan di LR. Begitulah indahnya aturan Allah. Awal ceritanya saya merancang dengan baik dengan suami untuk tidak mahu anak lagi. Cukup la 5 anak yang ada. Saya obses menguruskan badan, makan macam-macam produk kuruskan badan. Join aktiviti-aktiviti senaman.. Run, hiking, bycle, zumba bagai. Sampai la satu hari kencing rasa sakit kat pangkal ari-ari.
Makan 8 jenis ubat batu karang
Tak pernah terfikir yang saya mengandung, saya ke klinik swasta, doc check kata saya batu karang. 8 jenis ubat dia bagi. Balik rumah terus telan. Salah satunya ubat hancurkan batu karang. Ya Allah ampunkan hamba mu yang bodoh ni. 2 3 hari telan ubat tak sakit dah. Okay semuanya. Tetiba suami demam teruk seminggu tak kebah-kebah. Lepas dia demam, saya lak demam. Hati rasa tak kena dan gelisah. Pergi balik klinik yang sama tapi doktor yang lain.
Ads
Dipendekkan cerita doktor bagitau saya mengandung usia kandungan nak masuk 2 bulan. Ya Allah. Apa aku dah buat ni.. Macam mana baby dalam perut? Sihat ke? Effects tak ubat-ubat yang aku telan. Cacat ke? Selama mengandung saya mabuk teruk. Suami la yang jaga. Masak basuh baju kemas rumah semua. Saya tidur dan hantar anak ke sekolah 14x sehari. Itu je yang mampu.
Ads
Bulan puasa kandungan 4 bulan saya di duga lagi. Saya diserang dipukul di gigit oleh jiran sebelah rumah. Hanya kerana salah faham. Tapi kes di anggap selesai di balai polis setelah dia mengaku bersalah dan memohon maaf. Hari baik bulan baik. Saya dan suami dengan lapang dada menarik balik kes. Air mata dan maruah macam dihinjak-hinjak. Tapi doa saya hanya satu semoga Allah selamatkan bayi dalam kandunganku. Cukupkan segala sifatnya, mudah saat melahirkannya. Tak putus-putus berdoa…
Trauma dan murung
Trauma… Lepas kejadian tu saya murung, sering menangis, tak suka berjumpa dan bergaul dengan orang keliling. Saya suka sendirian.
Ads
Kandungan 8 bulan saya kemalangan, kereta saya membawa anak-anak ke sekolah dilanggar dari belakang. Senak perut.. Menggeletar kaki tangan jangan cakap. Kereta kemek… Allah jugalah penyelamat segalanya. Orang yang melanggar mohon maaf dan menanggung segala ganti rugi. Bayi selamat.. semua selamat. Sampai la saat ke hospital melahirkan, layanan dan doa-doa orang-orang yang menyayangi semua menjadi kekuatan. Hingga la habis berpantang.. Alhamdulillah mudah segala-galanya.
Ya Allah.. Terima kasih atas rezeki yang kau berikan tanpa aku duga. Bayi yang cukup sempurna, sihat dan membawa rezeki buat kami sekeluarga. Jadikan anak ini menjadi anak yang soleh ya Allah.. Aamiin.
Muhammad Nuh
4.08kg
31.10.2019
Normal, tiada jahitan, tiada koyakan tiada luka. Syukur indah akhirnya setelah perit ku telan segalanya.
Memasuki usia kandungan lapan bulan atau 32 minggu buat hati makin berdebar-debar. Melalui trimester ketika sememangnya membuatkan ibu sentiasa berfikir saat kelahiran. Jika boleh semuanya nak dilakukan serentak bagi memudahkan proses bersalin kelak.
Inilah yang dilalui penyanyi yang popular di negara China ini, Shila Amzah yang melakukan pelbagai aktiviti untuk melancarkan proses bersalin yang hanya tinggal lagi sebulan. Tidak mahu duduk diam dan berehat terlalu banyak, sebaliknya penyanyi bersuara lantang ini sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti.
Kongsi Shila di instagramnya, berenang dan workout menjadi pilihannya di rumah. Malah gym ball juga menjadi peneman setianya kini. Menarik!
Gym ball kat belakang tu, dah jadi my BFF dah sekarang ni. Selalu apa rutin korang bila lagi sebulan nak bersalin? Sha still continue swimming, workout sikit-sikit. Lebih kan jalan.. Tengok la lagi 2 minggu nak cari Park yang best-best, nak jalan-jalan. Nak pergi hiking tak berani la pula.
Malah Shila juga meminta pengikutnya berkongsi aktiviti yang boleh dilakukannya pada minggu-minggu terdekat ini. Antara yang dikongsikan peminat adalah:
“Banyakkan berjalan je, sampai la dah sakit kontraksi pun kena berjalan-jalan sambil tunggu jalan buka 6cm ke atas”
“Squatting..belajar control pernafasan nak bersalin”
“Duduk dan main-main je atas gymball tu untuk mudahkan bersalin”
“Pusing mall dan naik tangga turun tangga.”
“Jalan-jalan kat shopping mall sebab sejuk dan sntiasa lapar. Vacuum dan mop satu rumah.”
Semoga penyanyi kesayangan ramai ini menjalani aktiviti di minggu-minggu terakhir ini dengan jayanya. Moga dipermudahkan untuk melalui proses bersalinnya kelak. Tak sabar tunggu Shila junior.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemakanan semasa hamil sangat mustahak untuk perkembangan janin yang baik dan seterusnya dilahirkan sebagai bayi yang sihat. Apa yang dikongsikan Datin Sri Shahida ini sangat baik untuk dipraktikkan.
Ibu kepada enam cahaya mata termasuk dua anak susuan/ angkat iaitu Ameena & Qayyum, Datin Sri Nur Shahida berkongsi beberapa tips kehamilan berkaitan pemakanan.
Katanya, pengambilan vitamin semasa hamil perlu cukup supaya bayi dalam kandungan sihat. Kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan bayi selepas lahir dan kekurangannya boleh menimbulkan pelbagai penyakit.
Beliau juga menyentuh megenai tiada selera semasa hamil, ibu perlu ambil inisiatif mengambil makanan berkhasiat seperti susu jus delima dan makanan berkhasiat perlu diambil.
Tidak lupa asid folik & tidak terlalu mengikut perasaan apabila tidak berselera. Anak dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada nurtrisi daripada ibu hamil.
Selain itu, Datin Sri Shahida juga turut mengimbau kembali kenangan menjaga dua anak angkatnya, Ameena & Qayyum. Banyak cabaran menjaga terutamanya Qayyum atau Yom yang banyak menangis. Selain itu, Qayyum juga mengalami muntah-muntah kerana mengalami alergi kepada susu lembu.
Yom juga mengalami sakit mata selama dua bulan serta selesema berpanjangan. Dan terkini Yom disahkan mengalami resdung dan bronchitis.
Para follower turut memberikan tips dan berkongsi info mengenai penjagaan diri semasa hamil. Mereka juga memuji kesabaran dan pengorbanan ibu ini menjaga anak-anak angkatnya.
RESPECT PENGORBANAN DATIN
TAHNIAH KERANA BERJAYA BESARKAN YOM JADI ANAK CERIA DAN SIHAT
Anak yang mengalami pekak dan bisu boleh dididik kebolehannya. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian daripada pakar & ibu bapa dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Mendidik Kebolehan Anak Pekak & Bisu” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima & Astro Maya HD) pada Selasa, 18 Disember 2018.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu hamil perlu berhati-hari kerana ada kuman yang boleh menyebabkan keguguran. Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, organisma yang dikenali sebagai Group BStreptococcus (GBS) merupakan bakteria yang didapati hidup secara “aman” di dalam beberapa bahagian tubuh wanita iaitu faraj, usus, dubur dan pundi kencing.
Kehadiran GBS tidak membahayakan kebanyakan manusia. Ia hanya menjadi kuman berbahaya kepada bayi ketika dilahirkan melalui faraj.
GBS bukanlah penyakit akibat hubungan kelamin. Penggunaan antibiotik sebelum kelahiran bayi terbukti boleh menurunkan risiko bayi daripada jangkitan GBS tadi.
Ada kajian menunjukkan GBS mungkin menyebabkan keguguran TETAPI banyak sebab lain yang boleh menyebabkan masalah ini.
Bagi ibu yang keguguran akibat jangkitan GBS, lakukan ujian HVS dan ambil rawatan antibiotik jika GBS masih didapati wujud.
Selain jangkitan kuman, ada lagi beberapa sebab lain yang boleh mengakibatkan keguguran.
Punca Early Miscarriage
Early miscarriage ialah keguguran yang berlaku sebelum atau pada 13 minggu kehamilan. Sebab-sebabnya termasuklah
Masalah genetik /kromosom dalam fetus/bayi,
Jangkitan kuman
Pendedahan kepada asap rokok
Pengambilan arak
Penyakit ibu (tiroid, lupus dan kencing manis)
Sebab-sebab lain yang tidak dapat ditemui.
Punca second trimester miscarriage
Trimester kedua ialah usia kehamilan antara 13 hingga 27 minggu. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan second trimester miscarriage pula termasuklah;
Masalah pangkal rahim yang lemah (cervical incompetence)
Rahim tidak normal seperti bicornuate uterus
Masalah kesihatan ibu (Antiphospholipid Syndrome)
Ibu mengalami sakit/turun darah/turun air secara mengejut
Dr Norintan menyarankan ibu-ibu yang mengalami keguguran untuk menjalani pemeriksaan doktor untuk mencari punca keguguran (jika mahu). Namun begitu, 70 – 80% wanita akan hamil secara spontan dan melahirkan anak yang normal selepas mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.