
Anak kesayangan pelawak Achey Bocey, Tiara Zinnirah yang sering menghiburkan wargamaya dengan telatah selambanya meruntun hati ramai bila mana menangis kerana berpisah dengan gurunya.
Menerusi perkongsian Achey di Instagramnya, anak kesayangannya Tiara Zinnirah menangis kerana guru yang mengajarnya berpindah. Hal itu menyentuh hati kecil anak kesayangannya itu.
Sedihnya melihat Tiara yang menangis tersedu-sedan sambil menggonggong botol susunya. Amat menyentuh hati anak kecil itu.
“Bila murid sayang guru.
“Guru baru dia tak kenal lagi memang la tak nak. Nanti dah kenal pindah lagi nangis lagi,” kongsi Achey.
Rata-rata peminat setia Achey serta wargamaya yang sentiasa mengikuti perkembangan anak kecil itu turut mengharapkan yang terbaik malah mendoakan agar Tiara berjumpa dengan guru sebaik gurunya sekarang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rasanya Saya Satu-Satunya Permaisuri Di Dunia Ada 4 Bayi IVF.” Kongsi Tunku Hajah Azizah

Saya tidak malu untuk memberitahu atau berkongsi dengan dunia semua masalah dan kesukaran yang perlu saya lalui untuk mendapat anak.”
Itulah kata-kata Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika bertitah pada majlis perasmian pusat fertiliti, Alpha IVF and Women’s Specialists di Encorp Strand Mall semalam.
Tunku Azizah bertitah semua kesukaran yang dialami membuat baginda memahami perasaan wanita atau pasangan lain apabila mereka tidak dapat memiliki anak mereka sendiri dan itulah yang menjadi pendorong untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Satu-satunya Permaisuri di dunia mempunyai 4 bayi IVF
“Sekarang, rasanya saya menjadi satu-satunya Permaisuri di dunia yang mempunyai empat bayi IVF (In vitro fertilization). Saya memutuskan untuk mempunyai yayasan fertiliti sendiri kerana mahu membantu semua wanita dan pasangan di luar sana yang tidak dapat melahirkan anak kerana masalah perubatan tertentu.
“Saya tahu bagaimana rasanya apabila tidak mempunyai anak, stigma yang kita ada mengenai wanita sentiasa dipersalahkan (untuk keadaan itu), tetapi ia sebenarnya adalah persamaan jantina,” titah baginda.
Semasa menzahirkan kesyukuran doanya dimakbulkan, Tunku Azizah juga berterima kasih kepada pasukan perubatan dan para doktor atas usaha mereka dalam memperkenalkan teknologi berkenaan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah, serta Pengasas dan Pengarah Urusan Alpha IVF and Women’s Specialists, Datuk Dr Colin Lee dan penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Majlis itu juga menyaksikan pusat fertiliti itu memberi penajaan 15 rawatan IVF kepada TAFF.
Bantu Golongan B40 dapat anak bermula RM13,888
Sementara itu, pada sidang media, Dr Lee berkata pusat berkenaan menyediakan program Smart IVF untuk membantu pasangan dari golongan berpendapatan rendah (B40) yang menghadapi masalah untuk hamil.
“Kos program bermula dari RM13,888. Ini adalah bentuk IVF yang dipermudah yang efektif dan mempunyai kadar kehamilan kira-kira 50 peratus bagi mereka yang berumur di bawah 35 tahun. Mereka juga boleh mendapatkan bantuan dari TAFF, ” jelasnya.
Dr Lee berkata semakin moden masyarakat hari ini, semakin tinggi risiko ketidaksuburan dan kesukaran untuk mereka hamil.
Dalam banyak kes, beliau berkata wanita di kawasan bandar kebanyakannya berkahwin selepas mencapai umur 35 tahun dan mempunyai masalah kesuburan kerana gaya hidup moden.
Sumber: Bernama
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Lebih Seorang, Jangan Pilih Kasih. Semua Pembawa Rezeki Untuk Ibu Ayah

“Bagusnya anak aku ni, kenapalah anak aku yang sorang lagi ni tak macam kakak dia”. Ingat jangan membanding dan beza anak-anak!
Sebenarnya ramai yang merasakan ibu bapa mereka selalu mendahulukan adik-beradik lain, mereka selalu di marah, selalu lebihkan adik beradik lain dan selalu tak gembira dengan kehadiran mereka ini.
Mungkin anak-anak yang lain lebih rajin, lebih pandai dari anak yang dipinggirkan ataupun faktor jantina iaitu sebagai contoh, ibu bapa mereka lebih cenderung untuk memanjakan anak lelaki atau anak perempuan mereka. Lagi-lagi anak kecil, cepatlah sentap, kalau ibu bapa dia selalu lebihkan adik-beradik yang lain.
Antara 4 faktor yang menjadi punca ibu bapa pilih kasih :
1) Anak Kebanggaan
Dalam ramai-ramai anak pasti ada salah seorang yang sangat membanggakan daripada ibu bapa. Selalunya anak yang belajar pandai, jaguh sukan atau pandai mengaji akan jadi anak kebanggaan.
Tetapi perlu ingat! Anak-anak lain ada kelebihan juga tau. Mungkin bukan dalam akademik tapi dalam kelebihan mereka sendiri. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu.
2) Anak Yang Tidak Sihat
Anak yang tidak sihat selalu mendapat perhatian lebih malah ada yang beri sepenuh perhatian pada mereka ini sehingga mengabaikan anak yang sihat.
Anak yang sihat pun boleh jatuh sakit kalau di abaikan selalu. Sakit atau tidak setiap anak perlu perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka. Dapatkan bantuan dan adil lah dalam mengagihkan kasih sayang.
3) Anak Rajin
Anak yang rajin tolong ibu bapa semestinya ibu bapa akan sayang sangat sebabnya mereka ni meringankan beban ibu bapa. Ibu bapa cenderung mempercayai anak yang rajin sehingga tak percaya langsung anak-anak yang lain.
Pernah terfikir tak yang anak-anak lain mungkin bukan pemalas nak membantu tapi mereka masih menunggu dapat kepercayaan dari ibu bapa sendiri. Beri kepercayaan seadil yang boleh supaya tiada yang rasa tidak di percayai.
4) Anak Bongsu
Anak bongsu memang selalu dapat perhatian lebih. Maklumlah yang paling muda dan anak terakhir sekali, jadi sayangnya lebih. Perhatian pun berlebih lebih, sehingga banyak anak bongsu jadi terlampau manja.
Waspada bila abang/kakak dah mula anggap adik dia sebagai ancaman kerana sikap iri hati dan cemburu tu pasti akan hadir dalam diri anak-anak. Saya percaya tiada ibu bapa yang mahu anak-anaknya saling bermusuhan.
Jika setiap anak-anak itu ibu boleh mengandungkan sama 9 bulan 10 hari, kenapa setelah lahir mahu di beza-bezakan kasih sayang dan perhatiannya.
Sesungguhnya cinta seorang ibu menyejukkan hati, cinta seorang ayah mententeramkan jiwa.
Sumber: Mohd Fhais
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sakit Tangan, Lengan Mula Bengkak” Tangan Bersimen, Wargamaya Puji Sikap Berani Lara Alana!

Si comel Lara Alana, anak pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang beberapa kali muncul di Instagram ibu dan ayahnya dengan tangan berbalut mengundang perhatian wargamaya.
Rupanya kesayangan ramai, Lara Alana tercedera ketika sedang bermain malah dua tulang pada tangan kirinya patah.
Melalui Instagram Lara Alana, Awal dan Scha berkongsi kisah Lara yang terjatuh dan patah tulang tangannya hingga terpaksa disimen.
“Okay lah since ramai yang tanya, cerita dia macam ni.
“Balik je dari Langkawi hari tu, Lara pun macam biasa main dengan kawan kawan kat kawasan rumah. Biasa lah lama tak jumpa kawan, excited. Tetiba time lari lari tersungkur dan jatuh atas jalan,” kongsinya di kapsyen.
Malah selepas jatuh, puteri sulung kesayangan Awal dan Scha ini mula mengadu sakit tangan dan rupanya semakin membengkak.
“Seluar koyak, lutut berdarah. Daddy pujuk masuk mandi dan bersihkan luka. Mula mula tak perasan, tetiba Lara complain sakit tangan dan lengan mula bengkak.
“Bawak pergi emergency, terus buat X Ray. Dua tulang patah,” kongsinya lagi.
Melalui entri berlainan yang dikongsikan di Instagram, Lara juga terpaksa menjalani pembedahan ke atas tangan pada tulangnya yang patah.
“Emergency manipulation surgery was done the same night. Alhamdullillah, the surgery went well in just 30 minit.
“Doakan Lara cepat sembuh okay?,” tulisnya di kapsyen.
Kini keadaan Lara semakin bertambah baik biarpun terpaksa melakukan aktiviti dengan tangan bersimen selama 30 hari.
Dalam pada itu, rata-rata seluruh pengikut kesayangan ramai ini turut mendoakan agar Lara cepat-cepat pulih dan sihat seperti selalu malah memuji sikap berani yang ditunjukkan Lara dalam melalui segala proses rawatannya.
Semoga Lara cepat-cepat sembuh untuk kembali ceria seperti selalu.
Menarik: Bila Susukan Emelia, Eusoff Menangis, Dilema Perhatian Pada Anak Kembar, Dr Halina Sebak!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI