“Saya selalu lihat video wanita memandu treler di TikTok dan ketika itu terfikir kalau mereka boleh, kenapa saya tidak boleh melakukan perkara sama,” kata Siti Hajar Mat Kasa ibu kepada dua cahaya mata.
Siti Hajar, 36, adalah pemandu treler yang menghantar barang hampir seluruh semenanjung Malaysia sejak enam bulan lalu.
Wanita itu juga selalu berkongsi videonya memandu kenderaan berat itu di TikTok dan mendapat perhatian warga aplikasi sosial itu.
Menerusi perkongsian Harian Metro, ibu kepada dua anak lelaki berusia empat dan tujuh tahun itu berkata, dia mendapat lesen E penuh Februari lalu, namun sudah belajar memandu kenderaan berat itu sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, semua itu dilakukan kerana minat dan mahu mencabar keupayaan diri selain mahu merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri.
Ads
“Sebelum ini saya berniaga pencuci mulut yang dihasilkan dan dihantar sendiri selama lima tahun secara kecil-kecilan. Saya mencari kerja baharu yang ada penyata gaji kerana berhasrat membeli rumah sendiri.
“Itu yang mendorong saya memilih kerjaya pemandu lori. Saya mulanya ikut rakan untuk belajar cara memandu, turun dan naik bukit dan di selekoh. Lesen memandu lambat diperoleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Bawa pelbagai muatan seperti makanan dan kayu
Siti Hajar berkata, treler yang dipandunya ketika ini adalah yang ketiga yang mana dua kenderaan berat terdahulu adalah jenis kontena dan hanya menghantar barang dari pelabuhan ke sekitar Johor serta selatan ke utara sahaja.
Katanya, sekarang dia membawa pelbagai muatan barang seperti makanan dan kayu ke seluruh Semenanjung kecuali Terengganu.
Ads
“Ironinya kerjaya ini mencabar walaupun orang melihat kami berkerja secara santai tetapi kami perlu menahan mata untuk perjalanan yang jauh lebih 200 kilometer (km) sehari, tidur pun di tepi jalan atau di hentian rehat, makan pun kadang-kadang tak sempat.
“Pada mulanya memang agak sukar nak pandu kenderaan berat tetapi selepas kita tahu cara yang betul itu tidak menjadi masalah asalkan kita ada keyakinan serta keberanian,” kata anak jati Kampung Cahaya Baru, Masai.
Niat cari rezeki halal
Menurutnya, kenangan tidak dilupakan apabila pernah dimarah kerana mengambil masa lama untuk membuat pusingan U, dipertikaikan keupayaan memandu kenderaan berat, selain pernah dipuji kerana berani memandu treler.
“Ada juga yang terkejut kerana mereka ingatkan lelaki yang pandu dan saya juga kadang-kadang ada memakai baju kurung ketika ketika pulang menghantar barang sebab kurang sibuk dan tetap memakai seluar panjang di dalam kain.
“Sebelum ini, ibu bapa juga tak benarkan saya memandu treler, malah mereka minta saya cari kerja lain tetapi akhirnya bersetuju. Pada saya ini usaha saya mencari rezeki halal,” katanya.
Ads
Mengenai perkongsiannya di TikTok, Siti Hajar berkata, dia hanya mahu menyimpan kenangan dan bukan menunjukkan keupayaan memandu kenderaan berat itu.
“Sebenarnya sudah ramai kaum hawa memandu kenderaan berat dan ia bukan perkara baharu. Saya juga bukan mahu menunjuk boleh menjadi seperti lelaki sebaliknya hanya mencari rezeki halal,” katanya.
Imun tubuh yang rendah membuatkan bayi dan kanak-kanak antara golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti pelbagai penyakit. Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia sekarang ini sememagnya menakutkan kita semua.
Berita harian hari ini melaporkan seramai lapan bayi di sebuah pusat jagaan di Tokyo dijangkiti COVID-19.
Bayi dan kanak-kanak ini dijangkiti wabak berbahaya ini selepas seorang petugas pusat berkenaan disahkan positif COVID-19.
Hospital Saiseikai Central, yang mengendalikan pusat itu, memaklumkan pada Rabu, kesemua kanak-kanak yang dijangkiti sudah dimasukkan ke hospital, manakala 21 lagi disahkan negatif dan berada di bawah pengawasan.
“Pada 16 April lalu, salah seorang petugas pusat ini disahkan positif COVID-19, menyebabkan ujian saringan dilakukan ke atas semua kanak-kanak,” kata jurucakap fasiliti itu dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Bagaimanapun, kanak-kanak yang dijangkiti tidak mengalami gejala demam panas malah berada dalam keadaan baik dengan pemantauan doktor di hospital.
Bukan itu sahaja, susulan daripada itu, ujian turut dijalankan ke atas 47 kakitangan lain yang kini melakukan kuarantin kendiri di rumah masing-masing.
Pusat jagaan tersebut juga menempatkan kanak-kanak yatim piatu atau mereka yang terpisah daripada ibu bapa kerana didera atau diabaikan.
Melihatkan perkembangan Covid-19 di seluruh negara, Jepun dilihat sebagai negara yang berjaya menghalang penyebaran meluas akibat COVID-19 dengan catatan jumlah positif yang terkawal.
Selebriti terkenal, Neelofa Mod Noor mengakui kini hidupnya lengkap dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Bilal.
Tambahnya lagi, dia berutung kerana mendapat suami yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran.
“Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal. Jadi kita cuba perbaiki semula. Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah.
“Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia. Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kita kena tunjuk adab dan akhlak yang baik.
“Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu,”
“Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup.
“Saya tak adalah bekerja sekuat dulu. Banyak masa di rumah. Menjadi ‘lady boss’ itu dah banyak berkurang. Kalau urusan kerja, saya banyak serahkan kepada Haris. Kadang-kadang ada beberapa perkara juga yang saya perlu terbabit sebab kalau projek itu perlu ada orang pimpin. Tapi apa saya boleh cakap, saya bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini,”
“Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya. Banyak orang yang mungkin terlalu awal kahwin atau lewat dapat anak. Saya rasa syukur, alhamdulillah, Allah bagi perjalanan hidup saya yang agak seimbang.
“Sekarang ni dah banyak masa di rumah, saya rasa berpuas hati dengan apa yang saya buat dulu. Kalau dulu saya berikan sepenuhnya dan buat sikit-sikit saja mesti sekarang saya masih nak lagi. Saya tak rasa terlambat pun dengan apa yang saya dapat sekarang. Kawan saya yang dah kahwin empat tahun lepas dan dah ada anak saya rasa macam boleh ikut jejak dia.
“Alhamdulillah saya gembira sekarang ini dan saya nak jadi hamba Allah yang bersyukur lebih. Saya pernah cakap yang Haris mengajar saya banyak perkara mengenai kesyukuran. Dia antara manusia yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur. Kadang-kadang saya terlepas pandang dan dia selalu ingatkan. Kalau saya macam tertekan dan sedih dia akan cakap dan bagi nasihat kepada saya,”
“Kalau suami saya keras dan saya juga keras ia akan menjadi susah. Sebetulnya suami kena ke depan dan saya perlu di samping mengikuti langkahnya barulah akan dapat harmoni.
“Haris jenis yang selalu bagi ruang dan dia bukan jenis yang perlu ikut dia saja. Dia bagi kebebasan untuk saya bernafas sikit. Saya tak rasa tekanan dan rasa macam diri sendiri saja. Jadi di situ manisnya,”
Sekumpulan 21 murid dan empat guru taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMAS di Kampung Klang Gate di sini menempuh detik cemas apabila bilik darjah mereka dinaiki banjir kilat susulan hujan di Lembah Klang, sejak awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata beberapa lokasi di sekitar kawasan itu dinaiki air susulan kejadian limpahan air sungai berhampiran.
Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah serta BBP Ampang dikerah ke lokasi terbabit sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 pagi.
“Komander operasi melaporkan banjir dianggarkan pada paras pinggang (dewasa) menaiki empat rumah dan sebuah Tabika KEMAS.
“Pihak bomba mengarahkan penghuni rumah untuk pindah ke balai penghulu dan mengeluarkan 21 pelajar serta empat guru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Keadaan anak-anak ini yang terpaksa naik ke atas meja turut tular di media sosial. Bagaimanapun kesemua murid dan guru-guru telah dibantu dan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.