Beberapa hari lalu, Tomok berkongsi kisah lucu mengenai anak sulungnya, Arrianshah Akid yang kini sedang belajar di tahun satu.
Menerusi perkongsian Tomok di instagramnya dia ada berkongsi salah satu kertas peperiksaan Arrian yang mendapat keputusan cemerlang .
Bagaimanapun, niat Tomok berkongsi kertas peperiksaan Arrian bukan untuk menunjuk markah yang diperoleh tetapi cara Arrian menulis nama penuhnya dan letak nama ayahnya Tomok.
“Alhamdulillah.. ada paper yang ok ada yang kena dipertingkatkan lagi.. kena banyak buat ulangkaji
“Tapi kenapa nama ayah tulis macam tu? bukan nama penuh.. kau ingat ustazah nak bagi markah extra ke?,” tulisnya.
Status yang dikongsikan itu cukup membuatkan netizen tergelak dan rata-ratanya meninggalkan komen yang lucu.
Sumber: Ig Tomok