Anak suka mengempeng pada payudara tapi tidak menyusu ialah cabaran buat mama. Mereka akan melekap pada payu dara biarpun sudah selesai menyusu sehingga kadangkala ibu tidak mampu berbuat apa-apa tugas. Ibu mungkin boleh menggunakan cara yang dicadangkan ini sebagai penyelesaiannya.
Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung.
4 SEBAB KENAPA BAYI MENGEMPENG
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Umar, keadaan ini berlaku bergantung pada usia anak. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payu dara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini;
a)Selama sembilan bulan dia menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
b)Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
c)Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. d)Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
e)Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung
untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.
Ads
GUNAKAN PENGGENDONG BAYI
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini. Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil tidur tetapi pastikan dia diletakkan di dalam sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.
PERHATIKAN CORAK TIDUR SEBELUM MELETAKKAN KE DALAM PEGGENDONG
Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin
perlu menunggu untuk beberapa ketika. Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan
kelopak matanya bergerak-gerak.
Ads
CABUT BILA SUDAH TIDUR NYENYAK
Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak
pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah;
tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks. Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri
daripadanya secara perlahan-lahan.
Ads
GUNAKAN KELINGKING
Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut
bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu. Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.
OBJEK YANG MEMPUNYAI BAU BADAN IBU
Meletakkan sesuatu benda betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu.
Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi. Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu sebab mengapa isteri amat perlukan me time dalam hidupnya kerana kurangnya masa rehat pada diri sendiri. Bebanan emosi juga antara penyebab isteri menjadi terlalu penat. Dalam hal ini suami kenalah fahami isteri, sekali-sekali bagi sokongan moral dan faham kepenatan yang dialami isteri.
Perkongsian Dr Taufiq Razif ini banyak benarnya. Suami kenalah kenal pasti bila isteri penat. Isteri selalunya tak pernah beritahu. Tapi kita kenalah ambil tahu, baru bahagia dunia akhirat.
Terkedu saya bila ramai sangat mengadu tak dapat kawal emosi bila berhadapan dengan anak.
Jadi saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.
Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia penat. Dia taknak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu tanda-tanda isteri dah penat melampau.
Antaranya :
? Isteri dah mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa
? Benda sekecil apa pun boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi
? Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab
? Mudah jatuh sakit
? Wajah jadi redup tak bermaya
? Jadi hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau
? Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak
? Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi
Cuba peluk si isteri tu sekali sekala dan mintak si isteri ceritakan masalah sebenar. Mintak si dia cerita daripada hati ke hati.
Nanti hujung hujungnya si isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan si suami untuk uruskan rumahtangga.
Percayalah, emosi isteri akan jadi sangat tak stabil bila keperluan fisiologi (physiological needs ) paling asas seperti tidur, makan dan rehat yang cukup tu kita tak pedulikan.
Kredit: Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 8 Julai yang lalu, penyanyi Wany Hasrita kini sudah pun selesai tempoh 44 hari berpantangnya.
Melalui Instagramnya, Wany yang memilih untuk berpantang bersama Lavender Confinement Care, turut berkongsi pengalamannya yang dijaga dengan baik oleh pusat berpantang itu.
Akui Wany, sepanjang tempoh itu, dia dijaga dan dilayan bagaikan puteri bersama anaknya, Aisyah Al-Iman.
“Berpantang 44 hari dengan @lavenderconfinementcare, dijaga umpama puteri.
“Pendapat peribadi, saya rasa sangat worth it untuk kita invest untuk dijaga ketika berpantang. Lagi-lagi first time mom, banyak benda masih difasa adaptasi.
“Adanya Confinement Lady (CL) yang menjaga, sangat memudahkan banyak perkara,” kongsinya.
Bahkan Wany juga turut menitipkan nasihat kepada para suami agar memperuntukkan sedikit wang untuk memanjakan isteri dengan pakej berpantang.
Ia bukan sahaja teramat membantu isteri bahkan turut juga menyenangkan para suami.
“Nasihat saya untuk para suami, yang ada kekangan untuk menjaga isteri yang sedang berpantang, setidaknya hadiahkan lah pakej berpantang untuk isteri anda yang telah bertarung nyawa melahirkan malaikat kecil anda berdua,” luahnya.
Dalam pada itu, idea dan pandangan Wany itu sudah semestinya disokong oleh ibu-ibu lain. Biar berbelanja lebih asalkan tubuh terjaga dengan baik.
Ibu bapa yang gagal untuk memaksa anak mereka berhenti menggigit kuku dan menghisap ibu jari sebenarnya sudah boleh menarik nafas lega. Ini kerana perbuatan ini mungkin akan mendatangkan manfaat. Pakar mendapati bahawa perbuatan ini mungkin dapat membantu kanak-kanak melindungi diri mereka daripada alahan.
Sungguhpun hasil kajian ini tidak menyarankan kanak-kanak untuk terus melakukan perbuatan ini, keputusan kajian menunjukkan bahawa perbuatan ini akan membantu individu pelaku untuk melawan alahan dewasa kelak.
Kajian selama tiga dekad menyatakan bahawa bakteria dalam mulut akan memberi kesan kepada gerak balas sistem imun
Menurut pakar dari New Zealand, bayi dan kanak-kanak yang gemar menggigit kuku dan menghisap ibu jari kurang berisiko mempunyai alahan. Pengkaji mempercayai bahawa pendedahan kepada mikroorganisma pada awal usia akan mengurangkan risiko mempunyai alahan dewasa kelak.
Pengkaji menggunakan data daripada kajian yang masih dilakukan oleh Dunedin Multidisciplinary Health and Development Study yang merangkumi lebih daripada 1,000 kanak-kanak yang lahir di New Zealand pada tahun 1972 atau 1973. Menerusi kajian itu, 1,037 kanak-kanak akan dinilai pada usia lima, tujuh, sembilan dan sebelas tahun. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kecenderungan mereka melakukan perbuatan menggigit kuku atau menghisap ibu jari. Pengkaji kemudiannya akan menilai kanak-kanak terbabit sama ada mereka mempunyai alahan atau tidak pada usia 13 tahun dan sekali lagi ketika mereka berusia 32 tahun.
Hasil kajian ini menunjukkan 49% daripada kanak-kanak berusia 13 tahun yang tidak melakukan kedua-dua perbuatan ini akan mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis alahan manakala jika mereka ada melakukan salah satu daripada perbuatan ini, peratusan mempunyai alahan akan menurun kepada 38%. Bagi kanak-kanak yang ada melakukan kedua-dua perbuatan ini, peratusannya adalah 31%. Hasil kajian ini akan kekal sama buat kanak-kanak yang ada melakukan kedua-dua perbuatan ini sehinggalah mereka berusia 32 tahun.
Kajian ini juga dilakukan dengan mengambil kira faktor luaran seseorang kanak-kanak itu mempunyai alahan seperti sama ada ibu bapa mereka juga mempunyai alahan, membela haiwan peliharaan, menyusu badan atau formula dan sama ada ibu bapa mereka merokok atau tidak.
Kajian terbaharu juga menguatkan lagi teori ini
Teori ini dapat dikaitkan dengan dapatan hasil kajian terbaharu yang diterbitkan pada 2013 (Hesselmar B et al) yang mempercayai bahawa kanak-kanak yang mempunyai ibu yang menghisap puting palsu mereka sehingga bersih kurang berisiko mempunyai alahan kelak. Walau bagaimanapun, perbuatan menggigit kuku dan menghisap ibu jari yang sebenarnya menjadi indikator utama yang mengurangkan risiko kanak-kanak mempunyai alahan kelak.
Hasil kajian terbaharu ini juga menunjukkan kekurangan pendedahan terhadap kuman dan bakteria akan menyebabkan kanak-kanak lebih berisiko untuk mempunyai alahan. Ia menguatkan lagi teori bahawa mikroorganisma akan memberi kesan kepada sistem imun kanak-kanak dan mampu mengurangkan risiko mempunyai alahan.
Namun begitu, ini tidak bermakna anda sebagai ibu bapa perlu mula memaksa anak anda untuk menggigit kuku dan menghisap ibu jari jika mereka sendiri sudah berhenti melakukannya. Strategi lain yang lebih mudah dan selamat seperti membela haiwan peliharaan contohnya kucing mungkin lebih efektif.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.