Disangkakan kotak yang diletakkan anak kucing tetapi bila terdengar tangisan baru tahu sebenarnya ada bayi lelaki di dalamnya. Kejadian ini berlaku di hadapan sebuah kedai makan.
Menerusi laporan Sinar Harian, bayi yang masih bertali pusat, diletakkan di dalam kotak dengan keadaan beralaskan sehelai tuala itu ditemui orang awam selepas beberapa jam dibuang.
Bayi itu yang masih bertali pusat ditinggalkan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Bendahara berhampiran Pasar Besar Kuala Kangsar.
Bayi yang diletakkan di dalam kotak itu masih bernyawa dan dipercayai dibuang sebelum ditemui orang awam sekitar jam 9 pagi (23 Oktober).
Dengar tangisan ketika nak buka kedai
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pemilik kedai berkenaan mendengar bunyi tangisan bayi ketika mahu membuka operasi perniagaan.
“Peniaga itu kemudiannya memeriksa kandungan kotak yang diletakkan di kaki lima kedainya dan menemui bayi lelaki masih hidup.
Ads
“Bayi itu masih bertali pusat, diletakkan di dalam kotak dengan keadaan beralaskan sehelai tuala,” katanya.
Dipercayai lahir tak cukup bulan
Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan awal, bayi malang itu berkemungkinan dilahirkan kurang 24 jam sebelum dibuang.
Ads
“Keadaan bayi ketika ini agak tidak stabil kerana dilahirkan tidak cukup bulan dan kini ditempatkan di Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, polis kini sedang mengesan ibu bayi berkenaan.
“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi,” katanya.
Ingatkan kucing yang selalu dibuang orang ramai
Ads
Dalam pada itu, pemilik kedai, Mohamad Kamal Ashari, 25, berkata, pada mulanya peniaga-peniaga di situ menyangka kotak terbabit mengandungi anak kucing.
Tangisan bayi sangat perlahan
Bagaimanapun katanya, sebaik mendengar tangisan bayi, mereka mula curiga dan membuka penutup kotak terbabit.
“Penduduk setempat memang suka membuang kucing di kawasan ini sebab itu kami tak syak apa-apa walaupun ada yang sudah nampak kotak ini dari jam 7 pagi lagi.
“Mujurlah dengar tangisan, namun bunyinya sangat perlahan, rupa-rupanya bayi itu tertutup dengan tuala yang masih ada kesan darah,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas dua hari usaha mencari, akhirnya penantian seorang isteri yang sedang mengandung terjawab apabila menerima berita suami, Md Rajihan Junaidi, 28, lemas selepas mayatnya ditemui dalam kebun pisang pada Isnin (4 Januari) berdekatan dengan keretanya yang hanyut.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, mayat Md Rajihan Junaidi, ditemukan pada jam 5.10 petang.
“Mayat ditemukan pada jarak kira-kira 100 meter dari jalan utama. Mangsa dibawa keluar menggunakan bot bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam kejadian berhampiran Batu 17 kira-kira jam 8 malam pada Sabtu, Md Rajihan bersama-sama isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, menaiki kereta melalui Jalan Kluang-Kahang yang dinaiki air.
Difahamkan mangsa yang bersama isteri ketika itu sempat memecahkan cermin kereta Proton Waja yang dinaiki untuk menyelamatkan isteri dan bayi dalam kandungan, sebelum wanita itu diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan apabila dia yang masih berada dalam kereta, dihanyutkan arus deras. Kereta berkenaan dipercayai terjunam ke dalam parit di tepi jalan tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada malam kejadian tidak dapat diteruskan berikutan lokasi tidak dapat dimasuki sebarang kenderaan kerana paras air banjir tinggi serta arus yang deras.
Md Rajihan merupakan korban banjir ketiga di negeri Johor selepas seorang wanita, Halijah Majid, 59, ditemukan lemas akibat terjatuh dalam parit di Jalan Setia, Kampung Contoh di sini pada Sabtu.
Manakala seorang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, pula ditemukan mati lemas di Kampung Bentong di sini pada 12.20 tengah hari pada Isnin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam viral kes penderaan di sebuah taska di Melaka. Taska tersebut ialah taska PPKK Bijak Bistari di Taman Tasek Utama Melaka. Video yang berdurasi 2 minit lebih itu mencetuskan kemarahan netizen apabila secara terang-terangan guru tersebut memukul kanak-kanak itu.
Setelah video tersebut viral, ibu mangsa tampil meluahkan perasaan apabila anak mereka diperlakukan sebegitu. Mereka memberikan kepercayaan untuk menjaga anak dengan baik namun sebaliknya yang berlaku. Rupanya bukan sekali mereka dipukul, malah kejadian ini sudah berulang kali terjadi.
Assalamualaikum….berkenaan dengan kes dera anak saya tu…terus terang saya kata kan….saya langsung tak boleh terima apa yang die dah buat pada anak saya..saya tak sangka orang yang saya percaya boleh jaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf bahasa kasar).
Kami bukan dari keluarga yang senang..yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak RM380 mengharapkan penjagaan yang setimpal dengan harga…bukan dengan cara macam ni..terus terang saya cakap, sepanjang hantar anak ke situ, cikgu-cikgu semua nampak baik sangat depan saya…sampai anak tak nak sekolah saya fikir positive je…rupanye ini lah sebab anak saya tak nak ke sekolah.
Dia ade juga cerita teacher pukul dina..tapi cerita tu sebelum-sebelum kejadian…saya tak percaya cakap anak…dia siap tunjuk kan teacher pukul macam mana…saya suami isteri masih berfikiran positive..biar kan je ape yang dina cakap.. setiap kali bukak FB penuh cerita pasal dina dan video tu sentiasa menghantui fikiran saya..hati masih belum boleh terima ape yang terjadi sekarang ni.
Hari ni 14.8.2018 genap anak ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun…perancangan awal nak sambut birthday dia kat sekolah dengan kawan-kawan..bila dah jadi macam ni…memang tak buatlah…ni tahun pertama dia sekolah dan tahun pertama dia dah merasai benda macam ni…tadi sebelum dia tido..saya ada cakap dengan dia…dina nak sekolah baru tak??? Seronok dia bila dengar ummi dia nak carikan sekolah baru..mungkin dia rasa syurga bila dah tak sekolah situ…tapi saya harap sangat-sangat, sekolah baru nanti tolong lah jaga anak saya betul-betul…jangan lah benda ni berulang lagi..kasihan lah budak-budak yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa.
Apa-apa pun saya berterima kasih kepada tuan yang merakam dan pengurus sekolah kerana bertindak cepat..puan dah melakukan yang terbaik untuk anak-anak yang teraniaya ni…terima kasih sangat-sangat.
Akhir skali saya nak wish pada anak saya Dina Hanania Binti Shahrulzaman SELAMAT HARI JADI yang ke 3 tahun…semoga kamu jadi anak yang solehah, berbakti pada ibu bapa, cemerlang dalam hidup dan semoga kamu dibawah lindungan tuhan ye nak.
Kepada si pelaku…saya tak kan maafkan awak sampai bila-bila…dan saya harap nasib anak saya dan yang lain-lain akan terbela nanti..tak lupa juga terima kasih Sarjan dari IPK kerana bersungguh-sungguh untuk membela nasib anak-anak kami.
Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya menginginkan zuriat. Apabila disahkan hamil, bukan kita saja yang seronok bahkan satu keluarga berkongsi kegembiraan. Rasa teruja tak dapat digambarka dengan kata-kata.
Bukan kita saja yang seronok nak dapat anak, tetapi bakal datuk dan nenek pun teruja. Ketika diberikan perkhabaran gembira begini, dah tentu merekalah yang menjadi orang paling bahagia.
Menurut perkongsian sebuah video yang tular di Tiktok, seorang wanita membuat kejutan untuk berkongsi berita yang dia sedang berbadan dua kepada ayahnya.
Ketika itu mereka sekeluarga berada di dalam kereta dan wanita itu meminta ayahnya untuk memakai kaca mata kerana dia mahu tunjukkan sesuatu.
Ayahnya mengambil masa yang lama untuk mengetahui apa yang tertera di UPT tersebut tetapi akhirnya menzahirkan rasa syukurnya apabila dimaklumkan oleh si anak yang dirinya sedang hamil.
Sememangnya video tersebut berjaya membuatkan ramai yang menonton auto sebak dan turut mengucapkan tahniah kepada wanita yang dipanggil ‘Adik’ di dalam keluarganya.
Menurut kapsyen video ini, kisah ayah dan anak ini bagaikan filem Papadom. Di mana ada anaknya, pasti ayahnya juga akan bekerja di situ sebagai pegawai keselamatan.
“Dulu masa adek sekolah menengah, ayh jd security kt sekolah tu. Pastu masa adek buat part time kje The Store, ayh jd security kt situ pulak. Masa adek praktikal, ayh jd pulak security kt tmpat tu. Kalau pnah tengok cte papadom, haa sebijik mcm tu. Hahahaha!”
Tonton video ini;
@kamkocamDulu masa adek sekolah menengah, ayh jd security kt sekolah tu. Pastu masa adek buat part time kje The Store, ayh jd security kt situ pulak. Masa adek praktikal, ayh jd pulak security kt tmpat tu. Kalau pnah tengok cte papadom, haa sebijik mcm tu. hahahaha!
“Allahu terus menangis sy tgk reaksi ayah awk sebab sy belum ada rezeki nak bagitahu abah sy berita macam ni. 6 tahun sy tunggu. Korang plis doakn zaza,” kata Zaza Tampin.
“Gugur air mata aku..sama mcm arwah ayah aku..bila suprise kan dye..jenis spontan mcm nie..reaksi sama,” tambah Faizal Fahmi.
Kata Bella Park pula, “Abah saya pon berniaga depan skolah saya. tringat dapat kputusan trus lari pergi depan skolah bagi kat dia. abah buka box simpan duit bagi rm40 sbb 4A.”
Menurut Fatin Hamzah pula, “Tngok video ni terus menitis air mata ni…. Untungnya awak masih ada ibu dan ayah… 😢Teringin rasa moment ini dengan ibu ayah tpi tak sempat 😔😔?.”
“Allahuakbar…auto nangis akak…rindu arwah ayah & mak tak sempat nak tunjuk cucu ke 3 😭..tahniah ye dek,” kata Mama Ayu pula.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...