Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.
Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia sendiri melihat bagaimana rumah teres dua tingkat yang dijadikan asrama tempat tinggal kakitangan ibunya itu dijilat api.
“Ketika sebelum kejadian, kami baru balik dari rumah anak yatim. Kemudian abang masuk ke rumah bujang, iaitu rumah penginapan untuk kakitangan lelaki Mama. Ketika itu saya tak nak masuk dan main dengan adik di luar.
“Tiba-tiba saya tengok macam ada habuk-habuk dekat atas. Saya pusing belakang, nampak sofa tengah terbakar. Saya lari panggil guard… bila sampai balik rumah dah terbakar.
“Lepas ketuk rumah jiran, saya ambil paip dan cuba semburkan air untuk padamkan kebakaran,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Hard To Heart baru-baru ini.
Cik B menambah, dia mula sedar yang tragedi itu bukan merupakan satu prank (gurauan) apabila pasukan bomba memberitahu abang-abangnya sudah tiada.
“Saya ke hospital untuk tengok (abang) buat kali terakhir. Tapi saya tak tengok sebab saya takut. Mereka tak terbakar pun… tapi lemas.
“Mereka sebenarnya nak diselamatkan, nak terjun dari balkoni. Tapi mereka lari balik masuk tandas. Jasad ditemui di bawah sinki,” ujar Cik B lagi.
Bagaimanapun, Cik B berkata, ibunya sempat membawa dua arwah anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd. Amin dan anak keduanya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin untuk bercuti di luar negara.
“Sebelum Insiden tu berlaku, mama berkata: ‘Cik B, Eddie, Edrie tak payah pergi sekolahlah, Mama nak bawa pusing satu dunia’. Ketika itu mama bawa pusing satu Eropah. Mama sempat bawa pergi bercuti, beberapa bulan sebelum kejadian tersebut berlaku,” ujar Cik B lagi.
Kredit: Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wajah tenang dan senyuman manis yang sering dilemparkan oleh YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan ramai yang selesa dengannya.
Ahli politik berwajah cantik ini sentiasa mendapat perhatian daripada para penyokongnya.
Baru dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Ke-14, Nurul, 38, ini ternyata bukan sahaja seorang ahli politik yang bijak dan tegas dengan prinsipnya sejak menyertai dunia politik 20 tahun lalu namun juga seorang ibu yang penyayang pada dua orang anaknya, Safiyah dan Harith.
Penampilan Puteri Reformasi ini yang tak pernah berubah sejak dulu setia dan manis menutup aurat dengan tudung bawal mungkin menjadi daya tarikan ramai yang selesa dengan keramahan Yang Berhormat ini.
Perjalanannya untuk mengecap kejayaan dalam bidang politik penuh liku dan onak berduri. Tentu sahaja banyak masa dan tenaganya dicurahkan kepada rakyat yang menyokongnya sehingga terpaksa membahagikan masa dengan anak-anak.
Perkongsian beliau tentang harga sebuah kejayaan dengan anaknya Harith di Instagram peribadinya selepas berjaya dalam PRU14 kelmarin menerima banyak komen positif daripada netizen.
Anakku, setiap kejayaan datang dengan sebuah harga. Tak pernah tanpa pengorbanan, dan jangan sekali-kali tanpa tujuan yang lebih tinggi. Di sini, di tanah air kita, jangan lupa dari mana asal kita, dan di mana sahaja kita pergi, kita jangan kehilangan utara kita yang sebenarnya. Mama sayang kamu.
Begitulah pesanan ikhlas daripada seorang ibu kepada si anak yang mahu anaknya sentiasa cinta akan tanahair tercinta serta tempat di mana mereka semua berasal.
Nurul Izzah sememangnya antara ahli politik yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli keluarganya dan sering bersama-sama di dalam kempen sebelum PRU14 lalu.
Ramai follower Instagramnya mengucapkan tahniah dan kesyukuran di atas kejayaan wanita berhati kental dan tabah ini. Rata-rata kagum dengan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini yang dianggap sebagai pejuang sebenar dan ‘beauty with brain’.
Semoga YB Nurul Izzah dapat terus mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara apabila dia dilantik pula sebagai salah seorang menteri dalam barisan kabinet kerajaan baru Malaysia.
Sumber: Instagram Nurul Izzah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah untuk menerima hakikat insan tersayang pergi buat selamanya. Ia satu pengalaman yang sangat perit untuk dihadapi. Orang kata walaupun tak lama bersama, memori indah akan sentiasa dikenang lagi-lagi apabila mempunyai anak.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang suami, Azlan Adnan, kehilangan isteri tercinta dipercayai berpunca daripada sakit kepala dan dalam keadaannya belum bersedia disamping dua anak kecil benar-benar menduga hatinya.
Melalui perkongsiannya di facebook, setelah sebulan pemergian isteri tercinta ternyata perasaan rindu itu tak pernah padam. Apa yang menyedihkan apabila melihat video anak kecil yang melawat kubur arwah ibunya tanpa memahami apa sebenarnya yang terjadi. Bayangkan rindu yang tiada penghujungnya. Sedihnya..
Ibu dah sleep kat kubur
Anak-anak mungkin tak tahu. Cara mana nak sampai kan pada babah, yang depa rindu ibu. Yang anak anak tahu. Ibu dah ‘sleep’ kat kubur. Dalam jam 10:25mlm, 20/1/2020. Ibu masih terbaring tidur sama mcm pagi td. Bergerak, bernafas mcm mana pagi td. Tidur mcm biasa. Bergerak berpusing kiri kanan. Tidur nyenyak cuma tak boleh sedar dari jam 3.30 petang sampai la malam. Setiap kali babah jengah ibu. Air liur, ibu tak boleh kemam. Jadi babah lap perlahan2 bagi ibu nampak bersih. Tapi jam ni, lepas babah terlambat jengah ibu air makin banyak kat mulut ibu.
Babah lap dan itu kali pertama dan juga kali terakhir babah cium pipi ibu, peluk ibu sambil bisik;
“Anak-anak kita masih kecik lagi sayang. Bangun la…”. Air mata sebelah kanan ibu tiba-tiba kluar. Babah terus lapkan Air mata ibu sambil kemas kan tisu2 yg melekat di pipi ibu. Babah duduk bertenang sekejap di kerusi sebelah ibu. Dalam beberapa saat, babah rasa pelik kenapa ibu tak bernafas mcm biasa. Babah panik.
Allah pinjamkan ibu sekejap je
Rasa nafas ibu di hidung.. Tak ada. Rasa nadi ibu di pergelangan tgn.. Tak ada. Babah menjerit panggil jururawat. Jururawat terus berlari masuk bilik utk tengok ibu. Babah turun ke bawah. Babah tak boleh terima, Dan babah tahu ibu mmg dah tak ada. Ammar.. Rania 1 day, kalau terbaca ni semula. Babah cuma nak korang berdua tahu walaupun hanya Abg Ammar saja dapat rasa moment hari ibu pergi.. Harap Ammar & Rania faham kenapa ibu “pergi tinggalkan kita”.
Bukan ibu tak sayang. Tapi Allah pinjam kan ibu untuk kita. Sekejap je. Ammar cuma sempat 2 tahun 2 bulan. Rania cuma sempat ibu dukung 4 bulan saja. Babah beruntung sikit dengan kamu berdua. Sempat 4 tahun 2 bulan. Tak lama macam mana anak-anak lain. Tak lama macam mana babah & nenek.
Tapi percayalah. Ibu sedang tunggu kita kt sana. Jangan lupa ibu
Ingat pesan babah. Bila abah pun dah tak ada. Rajin2 jengah kubur bila rindu. Kalau teringat, terus tadah tangan “Doa”. Minta Allah tautkan rindu kita dalam mimpi. Minta kita semua semula bersama 1 keluarga. Genap awak pergi sebulan hari ni. Macam mana lagi setahun akan datang? Harap Allah berikan kekuatan & kesihatan berpanjangan buat kita 3 beranak.
Perkahwinan bukan cari persamaan. Bukan cari apa yang kita suka. Atau kita boleh lari dengan apa yg kita tak suka. Persamaan belum tentu membahagiakan. Perbezaan itulah tanda “saling melengkapi”. Jika kita saling memahami. Terima kasih sbb sama-sama telan Pahit Manis Maung bersama abang. Sampai hari ni abang rasa macam mimpi. Mimpi yang panjang sangat. Mengharap mimpi ni jgnlah jadi kenyataan. Nordiana Bidin (Dee Ana). Wanita sempurna dalam hidup kami sampai akhir hayat. Ingat pesan abah. JANGAN LUPA IBU.
Ainul Mardhiah semakin menunjukkan perkembangan positif. Ayahnya Ahmad Safiuddin menyampaikan khabar gembira Ainul kini sudah membuka mata.
Ainul yang menjalani pembedahan berisiko tinggi selama 5 jam Isnin lalu bagi membuang ketumbuhan seberat 200gram. Bayi yang kuat, Ainul setiap hari menunjukkan perkembangan yang baik.
Ainul, 10 bulan menjadi bayi kesayangan rakyat Malaysia. Si kecil ini dikhabarkan bakal dipindahkan ke wad biasa pada hari ini.
Selain itu, ayahnya juga turut bercerita tentang gelagat Ainul di wad. Dia kini tidak lagi meronta untuk mengeluarkan tangan, sebaliknya tidur lebih lena apabila kedua belah tangannya dikeluarkan.
Warganet terus mendoakan Ainul Mardhiah agar pulih dan sembuh. Ada juga yang turut sebak melihatkan perkembangan Ainul.
Ada juga yang memohon agar ibu dan ayah Ainul berehat dan memelihara kesihatan walau pun sedang sibuk menjaga permata hati mereka itu.
Dalam perkembangan terbaru, mama Ainul, Nurul Erwani berkongsi video Ainul cuba untuk menghisap jari dan menoleh ke kiri dan ke kanan.