Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.
Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia sendiri melihat bagaimana rumah teres dua tingkat yang dijadikan asrama tempat tinggal kakitangan ibunya itu dijilat api.
“Ketika sebelum kejadian, kami baru balik dari rumah anak yatim. Kemudian abang masuk ke rumah bujang, iaitu rumah penginapan untuk kakitangan lelaki Mama. Ketika itu saya tak nak masuk dan main dengan adik di luar.
“Tiba-tiba saya tengok macam ada habuk-habuk dekat atas. Saya pusing belakang, nampak sofa tengah terbakar. Saya lari panggil guard… bila sampai balik rumah dah terbakar.
“Lepas ketuk rumah jiran, saya ambil paip dan cuba semburkan air untuk padamkan kebakaran,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Hard To Heart baru-baru ini.
Cik B menambah, dia mula sedar yang tragedi itu bukan merupakan satu prank (gurauan) apabila pasukan bomba memberitahu abang-abangnya sudah tiada.
“Saya ke hospital untuk tengok (abang) buat kali terakhir. Tapi saya tak tengok sebab saya takut. Mereka tak terbakar pun… tapi lemas.
“Mereka sebenarnya nak diselamatkan, nak terjun dari balkoni. Tapi mereka lari balik masuk tandas. Jasad ditemui di bawah sinki,” ujar Cik B lagi.
Bagaimanapun, Cik B berkata, ibunya sempat membawa dua arwah anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd. Amin dan anak keduanya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin untuk bercuti di luar negara.
“Sebelum Insiden tu berlaku, mama berkata: ‘Cik B, Eddie, Edrie tak payah pergi sekolahlah, Mama nak bawa pusing satu dunia’. Ketika itu mama bawa pusing satu Eropah. Mama sempat bawa pergi bercuti, beberapa bulan sebelum kejadian tersebut berlaku,” ujar Cik B lagi.
Kredit: Gempak