Pengambilan sayur-sayuran dalam diet harian bukan sekadar untuk bekalan nutrisi kepada tubuh. Kandungan serat yang terdapat dalam sayur banyak membantu untuk melancarkan pelawasan. Seperti yang dikongsikan pemilik akaun Facebook, Afiza Jamaludin, dia memberitahu kerana tidak makan sayur, anaknya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana sakit perut melampau.
Melalui perkongsiannya, Afiza mengatakan yang anaknya itu selalu mengalami sakit perut tetapi biasanya akan baik selepas diurut dan diletakkan minyak angin. Bahkan dahulu pernah diberitahu doktor yang merawat, anaknya itu mempunyai masalah gastrik.
Selepas menyapu minyak pada perut anaknya itu, sakitnya tidak hilang. Ia berlanjutan dan terlalu sakit sehingga anaknya tidak boleh tidur. Melihat keadaan anaknya ketika itu, berjalan pun sudah mulai membongkok maka Afiza dan suaminya membawa anak mereka ke hospital.
Baca Artikel Menarik Ini: [‘Drop The Straw’ Aktiviti Remeh Tapi Superb, Rangsang Minda Anak Kecil!]
Setibanya di hospital, doktor mencadangkan untuk membuat ujian X ray bagi mengetahui masalah sebenar. Telahan doktor ketika itu, anak Afiza buang air besar tidak lawas dan najisnya berkumpul di usus. Keputusan X ray ketika itu menunjukkan satu saluran usus besar anaknya dipenuhi dengan najis.
Berikut cerita Afiza:
Ceritanya dah 2hari kakak sakit perut tiba tiba, kakak ni sebenarnya kerap sakit perut, tak boleh tersalah lapar sikit, tak boleh tersalah tak makan sikit… Kak fizz dok ingat gastrik la kan, sebab dlu bawa g klinik Dr kata gastrik!
Biasa kalau gastrik, lepas sapu minyak telon #afwa, walid urut urut dah OK, tapi semalam tak dapat tidur, pagi tadi pun still sakit lagi?.
Lama dah sakit, jalan pun membongkok, tengahari tadi bawa p hospital. Sampai kat kecemasan, Dr tanya historyla kan, kak fizz citerla semalam sakit perut, kiranya harini dah 2hari,sebelum ni selalu jadi gini tapi lepas sapu2 n urut OK!
Dr pun terus cakap ‘ok gini puan, peringkat umur dia ni memang ramai kena macam dia, satu pandangan yang agak tajam renungan mata Dr padaku ketika itu?.
Hati kak fizz dah berdetak detak rasa tunggu apa yang Dr nak bagitahu.’ Saya rasa najis dalam usus anak puan banyak ni, dia buang air besar tapi tak lawas, tak keluar semua, bila yang lama2 ada tertinggal sikit sikit, lama lama bila yang baru ada ia semakin berkumpul dan berkumpul. Ginilah kita buat xray abdomen dulu tengok macam mana.
Long story short, lepas xray dah keluar, Dr panggil n tunjukkan result xray tadi. Dr cakap sambil tunjuk di xray, puan ni ada najis beekumpul kat sini, kat sini dan satu saluran usus besar anak puan penuh dengan najis?.
Tanpa ku tanya Dr terus explain kenapa? Biasa terjadi dan memang ramai di peringkat umur macam anak puan jadi macam ni, biasanya berpunca dari faktor pemakanan, biasala budak2 tak makan sayur(sambil terasa disitu sebab ibu dia pun tak makan sayur?.
Sahkan budak orang tua pun tak makan sayur jugak, o.. O.. Macam tahu jer Dr ni?. Takpela nant kita bagi ubat untuk bantu keluarkan semua sekali, sebab kalau tak nanti najis tu akan berkumpul kat situ.
Herm angguk jela kepala menurut perintah. Dok terpk kalau anak aku yang umur 11tahun macam tu dah, gamaknya aku yang dah setengah abad ni apala citernya kan!!.
Dr nasihatkan makan sayur, buah buahan dan minum air masak banyak.
Sedari kecil, ibu bapa harus kreatif mencari jalan untuk memujuk anak-anak makan sayur. Pelbagaikan resipi untuk memikat selera mereka. Benar, mungkin sesetengah sayur rasanya kurang neak, tetapi kita sendiri harus pandai menarik perhatian mereka untuk meminati hidangan sayur-sayuran.
Sumber: Afiza Jamaludin