Ada masanya ibu perlukan ‘me time’ untuk diri sendiri, nak rehatkan minda dan badan yang penat uruskan anak-anak saban hari. Pun begitu bila dah me time, hati teringat pula pada anak-anak dan suami yang ditinggalkan di rumah. Inilah masalah wanita bergelar ibu. Betul tak?
Inilah yang berlaku kepada Ozlynn Wati, isteri kepada pelawak, Johan Raja Lawak. Ibu kepada lima anak ini terlalu rindukan anak-anaknya ketika bercuti bersama rakan-rakan rapat. Bercuti namun hati sentiasa dengan anak-anaknya. Seronok membaca perkongsiannya di instagram miliknya.
Sebenarnya aku sendiri yang macam pompuan gila, kengkawan pergi shopping, aku dok dalam bilik dok membelek muka semua anak-anak, Tengok video ni pastu sendiri yang tersengeh-sengah macam kerang busuk.
Padahal masa nak pergi beria nawww..dah beli tiket je trus fikir apa yang aku buat ni eh. Normal kan mother-mother punya feelings ni. Kadang-kadang bila penat tu sampai boleh cakap kat diri sendiri.. haissh aku kena ada me time, aku kena pergi holiday.. aku kena lepaskan semua kat laki aku. Biar dia pulak ganti rasa dan tanggungjawap tapi bila baru je confirm jadi yang keluar mulalah rasa bersalah.
Ads
Ads
Rasa kesian kat anak dan suami, mulalah fikir anak aku makan apa?? Laki aku masak apa.. on time tak masakkan kat dorangg, mandi dah ke? Gosok gigi ke tak tah tu, baju dalam bakul tu dah basuh dan lipat ke belum, dah cuci bilik air ke, bibik aku korek idung pastu pegang puting botol anak aku tak? Ahhh semua nak pikir lelebih, padahal anak ko ok jek. Mengadakan?
Ads
Tapi itulah naluri seorang mak, ke aku je yang macam ni? Lepas tu video nih.. terus rasa sabar nak balik. Ari ni satu hari suntuk dok belek fon tak mau keluar. Kejap-kejap lagi baru fikir nak belikan dorang hadiah. Moga anak-anak mama sihat dan elok perangai bila mama tak ada dan tak menyusahkan org??.
Ozlynn dan Johan berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata yang comel-comel belaka iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
Tatkala anak beroleh keputusan cemerlang di sekolah, ibu bapa tentunya memainkan peranan penting. Pelakon Nadia Nisaa kongsi 4 tips mendidik anaknya, Omar.
Omar, 7 tahun di katakan ibunya mempunyai personaliti yang playful, mudah terganggu tumpuan dan sebagainya. Nadia turut berkongsi tentang bagaimana dia mendidik.
#1: Mesti kena ada strategi dan taktik bagi anak yang playful, mudah distracted & banyak alasan untuk tidak belajar.
#2: Tidak boleh putus asa atau give up.
#3: Mesti disiplin untuk ulang kaji dan siapkan kerja rumah.
#4: Harus didik, kerja keras dan usaha.
#5: Ibu bapa dan anak ialah satu team, mesti saling memahami.
Para follower mengucapkan tahniah buat Umar, Nadia & suami. Mereka juga menghargai tips yang dikongsikan bekas pengacara rancangan TV Impiana ini. Malah ada yang berkongsi tip aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak extrovert seperti Omar.
Jika kita yang hanya menonton di kaca TV sahaja sudah terasa semangatnya, inikan pula yang merasai pengalaman berada di Dataran Merdeka untuk sama-sama merasai pengalaman menyambut Hari Kemerdekaan. Semangatnya luar biasa.
Kesukaran membawa anak kecil ke tempat penuh sesak ketika menyambut Hari Merdeka tidak langsung memberi kesan kepada ibu ini, Noor Fathin Azlan. Semuanya demi mencipta memori indah buat ketiga-tiga anaknya.
Biar pun sukar mengendalikan anak kecil dengan lautan manusia yang mempunyai tujuan yang sama namun ia satu pengalaman paling berharga buat mereka.
Malah kata ibu ini, dia mahu anaknya merasa bangga menjadi anak Malaysia. Syabas!
Kalau bukan sebab anak-anak, kami berdua takkan sampai di sini hari ini. Sebab kedua-duanya spesies yang tidak suka bersesak.
Selain sambutan hari Merdeka, dah banyak sebenarnya event dan aktiviti untuk anak-anak yang perlu melalui situasi bersesak-sesak ni. Tapi sebab anak-anak, kami turuti.
Honestly kami memang dah jangka yang kami takkan dapat seat dan takkan dapat tengok perarakan dari jarak dekat.
Kami datang hanya untuk mencipta memori untuk anak-anak menyambut hari kemerdekaan. Ore Kelate kato, hadir sekadar nok ko suasano. Nok bagi anak-anak rasa bangga jadi anak Malaysia 🇲🇾
Di usia 31 tahun, sehingga sekarang masih lagi terngiang-ngiang memori ayah bawa kami adik beradik tengok perarakan di stadium Kota Bharu. Masih terasa manisnya air yang diminum ketika itu.
Setiap kali tibanya hari kemerdekaan, memori inilah yang akan diulang-ulang pada suami. “Awak tahu tak yang saya pernah pergi tengok perarakan kemerdekaan?
Dulu masa saya tengok perarakan kan.. Ayah yang bawa saya…”
Kadang-kadang topik kami laki bini pasal memori dengan mak ayah masing-masing. Kami seronok bercerita walaupun hanya ada beberapa ketul memori bersama mak ayah.
Bila kami asyik bercerita pasal topik ini, barulah kami tersedar yang pada ketika inilah kena banyak meluang masa bersama anak-anak bagi mencipta memori dan kenangan terindah yang bakal disimpan sehingga mereka besar.
Sesuatu moment itu mungkin kecil di mata orang dewasa, tapi sangat bermakna di jiwa kanak-kanak.
Bila bilangan anak semakin bertambah, lagi bertambahlah kos perbelanjaan keluarga. Dan sudah semestinya ada waktunya mak ayah berdepan dengan masalah tidak cukup duit untuk berbelanja dihujung bulan.
Mengamalkan perbelanjaan berkhemah dan konsep tabungan sebenarnya amat membantu mak ayah menguruskan perbelanjaan anak-anak dan keluarga.
Konsep mudah yang boleh dikongsikan adalah dengan cara ‘sorok duit’ atau ‘duit selit-selit’ yang sebenarnya boleh membantu kita di hujung bulan.
Menerusi perkongsian perunding kewangan Azizul Azli Ahmad, ini caranya ‘sorok’ duit, supaya hujung bulan tidak sesak hingga kena ikat perut menunggu gaji.
Ini caranya. Mungkin wang yang diselitkan ini boleh bantu anda sekiranya berlakunya kecemasan. Inilah perkongsian tentang enam tempat yang paling bagus untuk simpan duit sebelum gaji masuk.
1. Celahan dompet
Simpan amaun yang anda selalu gunakan di antara bahagian dompet yang paling mudah. Selitkan RM20 atau RM50 di celahan dompet yang anda rasa susah untuk keluarkan.
Jumlah yang anda selitkan itu ikutlah diri masing-masing. Jadi, apabila sedar duit sudah habis, masih ada beberapa wang kertas tersembunyi di celah bahagian dompet kita.
2. Laci pejabat
Sediakan sebuah tabung khusus di dalam pejabat. Anda boleh beli tabung murah di kedai RM2 atau gunakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Ikutilah kreativiti anda, hiaslah ikut suka.
Asalkan tabung itu boleh memberi anda motivasi untuk menyimpan. Tapi, jangan lupa untuk pastikan tabung anda tersembunyi dan berkunci di laci pejabat.
3. Dalam komponen kereta
Di dalam kereta, ada beberapa komponen kenderaan yang agak tersembunyi. Setiap kereta mempunyai rekabentuk yang berbeza.
Cuba teliti celah-celah kecil yang anda boleh selitkan duit ‘kecemasan’ di situ. Tetapi pastikan duit tersebut juga boleh dikeluarkan, jangan nanti tersumbat di dalam komponen kereta tersebut.
Satu tip untuk anda, pastikan anda tidak lupa, jika tidak, akan disedut oleh tukang cuci kenderaan apabila waktu ‘vacuum’ bermula.
4. Belakang ‘casing handphone’
Ramai yang amalkan teknik ini. Sebab mungkin kita akan lupa membawa dompet, tetapi telefon jarang akan lupa. Setuju atau tidak?
Biasanya, mereka akan meletakkan duit RM10 sehingga RM50 dalam ‘casing handphone’, terpulanglah pada diri masing-masing.
Terdapat juga banyak rekabentuk ‘casing’ handphone’ yang ada ruang untuk letakkan duit. Biasanya ia dipanggil ‘phone wallet’.
Ada banyak pilihan yang cantik dan murah di pasaran. Cuma pastikan duit anda tersembunyi dan tidak menarik perhatian orang lain.
5. Pemegang kad nama (name tag holder)
Teknik ini biasa digunakan juga sebab ramai yang simpan duit di dalam pemegang kad nama mereka waktu bekerja di pejabat.
Sama dengan ‘casing handphone’, simpanan ini juga boleh selamatkan anda bila anda keluar makan tengahari ketika di pejabat.
Atau belilah ‘lanyard’ untuk gantungkan pemegang kad nama di leher anda untuk mudahkan anda apabila keluar nanti.
6. Simpan dengan pasangan anda
Pastikan pasangan anda boleh tolong simpan bukannya tolong belanjakan duit anda. Paling-paling simpan dengan ibu. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa perlu berikan duit kepada orang lain untuk simpankan?
Sebabnya adalah mungkin anda akan rasa segan untuk minta balik duit tersebut. Jadi, lama-lama duit tersebut akan terkumpul.
Kesimpulannya, ia terpulanglah di mana anda suka selitkan duit kecemasan ini.
Selepas sudah simpan, apabila telah gunakan wang tersebut, jangan lupa untuk isi semula duit itu.
Pilihlah tempat strategik yang anda rasa tidak akan hilang dengan mudah. Tetapi jangan sampai orang tahu simpanan kita berapa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Tepat 14 tahun kita hidup bersama, Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan. Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.