Bermula daripada proses kehamilan sehinggalah kelahiran memang menggunakan tenaga yang sangat banyak. Kadang-kadang tak ramai yang faham tahap kepenatan ibu hamil dan juga ibu berada dalam pantang. Ditambah pula dengan emosi yang kadang-kadang kurang stabil akibat fizikal yang penat.
[Baca: Taugeh Walaupun Kecil Bagus Untuk Ibu Hamil, Ada Folat Yang Diperlukan Untuk Elak Kecacatan Janin]
Hafiz Mahamad, insta famous dan juga ahli perniagaan berkongsi pengalaman pertamanya bergelar seorang ayah. Menjadi seorang ayah buat pertama kali dalam hidup bukan sesuatu yang mudah kerana banyak ilmu tentang keibubapaan yang belum dipelajari sepenuhnya.
Dia yang mendirikan rumah tangga bersama isteri, Syafiqah Aina baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 24 june yang lalu seberat 3.39kg secara normal dan diberi nama Raisya Arisa.
Harini rasa bersalah pula dengan wife & diri sendiri
Saya ingat, selepas bersalin. Yang kena focusnya baby sebab saya tengok wife macam okay. Baru saya faham, luar nampak okay tapi dalaman wife sahaja yg tahu
Saya ingatkan, saya jaga baby dah okay. Malam bangun panaskan susu & sbgnya. Tapi ada satu malam saya terjaga tengok wife “breast pump” sampai tertidur tidur. Saya tak perasan kalau Aina bangun, Aina kalau dia penat ke apa dia tak cakap, tapi saya tau dia lemah lagi siang malam
Semalam pulak, dia kena bengkak susu. Saya ingatkan, keluarkan jela susu tu then should be ok. Rupanya tak, kena amik masa. Haih la Ya Allah kuatkan isteriku.
Saya ada baca tips, husb & wife kena ada shift untuk jaga baby siang malam. Tapi saya rasa tips tu tak berguna untuk saya. Saya & Aina kena faham each other dengan lebih kuat lagi
Sepanjang Aina pregnant, saya takpernah missed teman dia checkup sampailah ke labour room. Saya ingatkan pengorbanan saya dah kuat & balance, rupanya tidak. Saya baru usaha 5%, yg kuat siang malam itu Aina. I’m so sorry @syafiqahaina
Anak adalah anugerah, isteri juga adalah hadiah. So saya bersyukur dapat isteri yg kuat macamni. I love you so much @syafiqahaina
@raisyaarisa besar nanti jadi budak pandai, budak kaya, budak solehah. Jaga mummy awak baik baik okay sayang
Okay harini kita kasi tukar, Daddy buktikan yg saya boleh kuat macam dia @syafiqahaina
Rata-rata netizen menasihati agar Syafiqa meneruskan penyusuan secara terus semasa dalam pantang dan elakkan mengepam susu kerana penyusuan secara terus lebih memudahkan si ibu dan bagus untuk menghasilkan susu yang banyak. Hafiz juga dinasihati agar membawa isterinya mendapatkan ilmu bersama pakar laktasi agar penyusuan tidak menjadi sesuatu yang membebankan.
Sumber: Hafiz