Baru-baru ini tular sekeping gambar dimana seorang budak cedera apabila termakan umpan milik bapanya. Menurut sumber, kanak-kanak tersebut mungkin tidak dapat membezakan umpan dan makanan kerana mangsa masih kecil.
Rata-rata netizen termasuk kaki pancing menasihati agar meletakkan barang yang merbahaya di tempat yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Memasukkan objek ke dalam mulut, bukanlah satu penyakit; ia perkara semula jadi dan cara bayi anda mempelajari dunia sekeliling mereka. Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita adalah untuk mengawasi mereka setiap masa dan seberapa yang boleh, memberi mereka persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa bayi berumur 6-18 bulan menghabiskan 30 minit sehari memasukkan pelbagai objek ke dalam mulut, menggigit, menghisap, dan meleleh air liur pada sebarang objek yang mereka dapat. Walaupun secara puratanya tempoh masa mereka memasukkan objek ke dalam mulut tidak begitu lama jika dibandingkan dengan tempoh bayi tidur, namun apa yang ibu bapa harus berwaspada adalah masa 30 minit ini terjadi sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh guna yang memberi manfaat sama menang kepada kecenderungan petatih anda untuk memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan pada masa yang sama tidak membimbangkan anda:
1. Rumah yang selamat untuk bayi.
Jangan tinggalkan barangan peribadi anda bersepahsepah di atas lantai rumah.
Beli bekas yang selamat untuk bayi untuk menyimpan barang-barang yang anda suka letak merata-rata seperti kunci, telefon pintar, duit syiling dan butang-butang. Jauhkan bekas tersebut dari kanak-kanak (letakkan lebih dari 1.75 meter daripada aras lantai).
Jangan lupa bahawa produk-produk beracun seperti bahan pencuci, peluntur dan bahan mencuci yang lain hendaklah disimpan jauh daripada kanak-kanak. Jangan lupa juga untuk melabelnya.
Periksa di bawah kerusi dan di antara kusyen, meja dan permaidani agar tidak terdapat bahan-bahan berbahaya dan pastikan anda kerap melakukannya.
Ads
Wayar dan kabel-kabel tambahan hendaklah dipasang di dinding dengan kemas, diikat dengan sempurna dan diletakkan jauh dari penglihatan kanak-kanak dan tidak boleh dicapai. Tutup soket elektrik dengan palam keselamatan atau penutup keselamatan yang tertutup rapat apabila soket tidak digunakan.
Kunci barang-barang tajam dan berbahaya yang biasa terdapat di dalam laci di ruang tamu atau kabinet dapur.
Kabel-kabel telefon sentiasa menjadi ancaman penjerutan, gunalah telefon tanpa wayar buat seketika. Langsir dan kain penutup juga boleh menjadi ancaman – anda hanya perlu mengikatnya cukup tinggi agar tidak dicapai oleh kanak-kanak.
baby-putting-object-in-mouth
Barang-barang yang berbahaya bagi bayi dan petatih: Duit syiling, butang, permainan dengan bahagian-bahagian kecil, permainan yang keseluruhannya boleh dimasukkan ke dalam mulut bayi, guli, belon, pengikat rambut kecil, gelang getah, pen atau penutup marker, bateri kecil jenis butang, magnet peti ais dan ketulan makanan haiwan.
2. Jadi ibu bapa yang cerewet.
Pastikan anda memilih permainan yang sesuai untuk umur anak anda.
Lazimnya pengilang permainan akan melabelkan produk mereka dan ini dapat membantu anda mengenalpasti jenis permainan yang sesuai untuk bayi anda.
Pastikan permainan yang anda beli dibuat dengan sempurna dan tidak mudah rosak.
Kenalpasti dan ketahuilah mekanisma permainan yang anda beli. Perhatikan bahagian-bahagian kecil, komponen yang mudah tanggal dan bucu-bucu tajam.
Ads
Sentiasa awasi kanak-kanak kecil bermain. Jangan lupa juga untuk menyimpan semua permainan di dalam bekas selepas bermain.
Jangan membiarkan anak yang lebih dewasa berkongsi permainannya dengan bayi kerana permainan kanak-kanak yang lebih dewasa mungkin tidak sesuai untuk bayi anda. Begitu juga dengan makanan. Adakalanya, adik beradik suka berkongsi makanan atau gemar menyuap bayi makan. Ia adalah cara yang baik untuk mengajar mereka menjadi bertanggungjawab tetapi pastikan anda menerangkan kepada mereka apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan dan sentiasa awasi mereka!
3. Sentiasa selia.
Selia semasa waktu makan, pastikan anda dan pasangan anda atau pengasuh sentiasa ada untuk menyelia.
Seorang kanak-kanak harus duduk tegak semasa waktu makan, mereka tidak seharusnya makan sambil bermain, berlari atau berjalan, dan elak juga daripada memberi makan di dalam kereta.
Jika anda ingin memberi anak anda makanan pepejal, gigit sedikit untuk menjadikannya saiz kecil sebelum memberi kepada bayi anda atau potong menjadi saiz yang boleh digigit iaitu tidak melebihi ½ inci.
Masak makanan keras seperti karot atau brokoli sehingga lembut dan boleh dikunyah. Elakkan sama sekali kacang, bijian atau bertih jagung, tidak berbaloi mengambil risikonya.
Ads
Kerap menghidrasi anak anda apabila makan tetapi elak daripada minum sambil makan, sebaliknya beri minuman antara suapan.
Adalah penting untuk menghentikan pemberian makanan bayi dan memberi anak anda makanan yang lebih pejal – ia perlu dilakukan secara berperingkat dan dengan selamat.
Adalah lebih baik untuk memberitahu kepada mereka yang terlibat dalam penjagaan anak anda mengenai jenis makanan yang boleh dan tidak boleh diberi kepada bayi anda sehingga dia boleh mengunyah atau boleh menerima makanan pepejal dengan sempurna.
AAP telah menyenaraikan bahan-bahan makanan berikut sebagai bahaya tercekik bagi kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun: hot dog, gula-gula keras, gula-gula getah, kacang-kacang dan bijian, ketulan keju, anggur yang tidak dipotong, bertih jagung, ketulan mentega kacang tanah, sayur mentah, dan kismis.
Kemungkinan besar sepanjang tahun pertamanya, anak anda telah memasukkan pelbagai jenis objek ke dalam mulutnya. Tetapi ingatlah bahawa bukan semua perkara itu menyeronokkan dan satu permainan. Tercekik benar-benar mengancam anak anda dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, ambillah langkah berjaga-jaga, sentiasa menjaga keselamatan dan berwaspada, ketahui mengenai keputusan yang diambil berkenaan anak kesayangan anda. Juga tidak merugikan untuk mempelajari beberapa pengetahuan asas mengenai resusitasi kardiopulmonari (CPR) kanak-kanak dan teknik menyelamat atau pertolongan cemas kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa anak anda jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Tidak kira samada bayi, petatih, atau kanak-kanak sekolah, rumah anda harus menjadi tempat di mana anak anda boleh menjelajah dengan selamat. Lagipun, menyentuh, memegang, memanjat, dan menjelajah merupakan aktiviti-aktiviti yang membantu tubuh dan minda anak anda berkembang, dan ia harus digalakkan.
Kanak-kanak biasanya akan teruja apabila ibu ayah selalu membawa mereka berjalan-jalan. Lebih teruja bila si kecil dapat menaiki train bersama keluarga. Tentu sekali ianya akan menjadi memori yang sukar dilupakan.
Nak bawa anak berjalan tak perlukan kos yang tinggi pun sebenarnya, seperti perkongsian ibu ini dia membawa anak-anaknya menaiki train dengan harga tiket yang sangat berbaloi namun pengalaman ini tentu sekali paling mahal dan berharga. Ikuti perkongsian ini.
Pada yang bertanya, kome ringkaskan kat sini kisah perjalanan Mentakab – kuala Lipis – mentakab
Harga tiket naik train di mentakab:
Dewasa – RM4 sehala (RM8 return)
Kanak-kanak 4 tahun ke atas – RM2 sehala (RM4 return)
Bawah 4tahun: free tapi tak ADA seat la untuk diorang, better beli je tiket kalau yang pesen afiyy & dedek .. tak cukup umur tapi nak duduk kerusi sendiri, tak kebasss mami & umi meribanyaa🤣.
Lebih baik beli online musim Diesel Multiple Unit (DMU) tengah viral ni, tiket laku kerass kalau hujung minggu.. nak walk in kaunter pun boleh, tapi kalau takde tiket jangan seterehhh, koi da kabo awai dah. Mekasih abang ipor kita tolong belikan tiket belaka..
Seat inshaAllah selesa, aircond sejuk tandas bersih. Buat masa ni cafe dia tak bukok lagi, barang baru. Port charger semua elok, tingkap je tak boleh buka. Bawak la bekal jajan-jajan wat kudap dalam perjalanan tuu..idok la nitik takk tak air liur nengok orang lain makan.
Perjalanan:
Dari mntakab 12.30tengahari sampai dalam 2pm lebih macam tu dekat Kuala Lipis..2 jam la perjalanannya.
Dekat lipis ada lebih kurang 2 jam masa untuk meronda,makan,solat, ootd apa semua. Then pukul 4 camtu tayorr begolek balik sampai mentakab lebih kurang pukul 6.
Kenapa Lipis? Bukan best pun
Lahhh ikut suka kome laaa nak konerrr kampung kawehhh itehhhh, bende akan jadi best kalau awak fikir dia best haaa gituuuu. Pergi tadi pun walau banyak kedai tutup(sebab Pahang public holiday hari hol), seronok jee kome anak beranak bejalan berpeluh walaupun Lipis tu kampung sendiri, harini jadi pelenconggg sangat. Kedai roti viral pun tutup awal laku keras.
Kalau tak nak Lipis, boleh turun:
K.krau
Jenderak
Jerantut
Mela
Kerambit
Haa ini stesen yang DMU ni akan behenti pick up & drop penumpang.. penghujung belah sana Lipis, kalau belah sini hujung perjalanannya Gemas.
Yang penting pengalaman anak-anak dapat naik keretapi ni mehei nilainya.
Jangan risau takut anak meragam dalam tren, ramai jee orang lain bawak anak2 kecik jugak..semua sama seronok,teruja, gembira riuh rendah..Pergilah cuba kalau berminat, pada kome seronok..berbaloi bila tengok anak happy.. dalam seronok-seronok jangan lupa doa moga kita sentiasa sihat & dilindungi dari bahaya penyakit
Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak mencoretkan penghargaan kepada doktor bedah Malaysia yang bertugas di London, Dr. Amalina Bakri.
Bapa kepada bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ ini berterima kasih kepada Dr. Amalina kerana bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul.
Safiuddin merakamkan ucapan terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ahmadsafiudinn.
“Tak tahu dah nak kata apa dekat Dr. Amalina ni. Kerana dia lah orang yang paling bersungguh-sungguh nak Ainul ke sini.
“Bermacam ujian dan dugaan nak bawa Ainul ke sini. Tapi dia tak putus asa, sentiasa cari jalan untuk bawa Ainul ke sini dengan kadar segera.
“Sehingga semalam, dia yang menemani Ainul sepanjang prosedur dijalankan. Now, usaha Dr. Amalina telah pun berjaya. Semoga Allah sentiasa merahmatinya,” tulis Safiuddin.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut sama mengucapkan terima kasih kepada Dr. Amalina atas budi baiknya membantu Ainul sekeluarga.
Pada 24 Mei lalu, Ainul bersama ibu dan bapanya terbang ke sana bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di London.
Selepas mendapat rawatan dan berjaya melalui fasa pembedahan berisiko, kini adik Ainul dah sedar dan direhatkan buat sementara waktu untuk pemantauan rapi.
Menerusi video yang dimuat naik oleh ibu bapa Ainul, anak syurga ini seolah gembira dan jelas menampakkan kecomelannya selaps tumor seberat 200 gram berjaya dikeluarkan.
Sumber: Astro Gempak, Ig Ahmad Safiuddin & Dr Amalina
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantiknya aturan Allah, kedua-duanya pernah kehilangan orang tersayang, kedua-duanya turut punya cahaya mata.
Setelah 4 tahun bergelar ibu tunggal dan kehilangan suami, Allahyarham Herman Sikumbang pemain gitar kumpulan Seventeen, akhirnya Juliana Moechtar kini selamat bergelar isteri kepada seorang tentera TNI, Left Kolonel Nur Wahyudi.
Arwah Herman Sikumbang menghembuskan nafas terakhir dalam Tsunami yang melanda pantai Tanjung Lesung, Banten Indonesia pada Disember 2018 ketika mengadakan persembahan pada majlis hari keluarga sebuah syarikat korporat.
Pelakon cantik ini juga sudah melakukan solat istikarah 3 bulan sebelum menerima pinangan pihak lelaki.
“Kami bukan yang sembarang dekat terus nikah. Kami benar-benar istikharah dan tahajud 3 bulan, benar-benar meminta. Sampai akhirnya Allah menghendaki, ya dilancarkan saja,”
Juliana Moechtar juga sudah bersedia menjadi ibu kepada anak Wahyudi dari pernikahan terdahulu. Sebelum bernikah, mereka sudah berbincang soal anak-anak.
“Sudah bersedia, anak dia perlukan ibu, anak saya perlukan papa, jadi kita berdua commit dari awal untuk menyayangi anak piatu, anak yatim,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.