Sebagai ibu ayah, sudah menjadi lumrah kita menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh tak mahu mereka susah, kita sanggup lakukan apa saja untuk memudahkan kehidupan mereka. Dalam diam sebenarnya kita tak sedar yang sebenarnya telah memanjakan mereka sehingga anak tidak mampu berdikari.
Terlalu risaukan keadaan anak mungkin menyebabkan kita take charge segala kesusahan atau cabaran yang dihadapi oleh mereka. Dr Redza Zainol melalui perkongsiannya di laman Twitter ada berkongsi tentang keadaan ini.
Menurutnya, ada seorang kanak-kanak perempuan ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Untuk menguji tahap perkembangan mereka, doktor ini meminta kanak-kanak tersebut untuk lukis sebuah bulatan. Namun yang memeranjatkan apabila ibu kanak-kanak tersebut memegang tangan anaknya untuk melukis bersama.
Selepas berkali-kali doktor ini meminta is ibu melepaskan tangan anaknya, baharulah dia menurut. Kemudian dia diminta untuk melukis garisan lurus pula. Sekali lagi ibunya mahu membantu. Doktor meminta si ibu membiarkan anaknya buat sendiri dan sebenarnya kanak-kanak perempuan itu mampu melakukannya dengan baik.
Ads
Apabila berkongsi tentang hal ini dengan isterinya, rupa-rupanya ibu ayah begini dipanggil sebagai LAWNMOWER PARENTS.
Jom lihat apakah kriteria LAWNMOWER PARENTS ini:
“Tak benarkan anak menangani konflik.”
Ads
“Ambil alih untuk selesaikan tugasan sekolah anak.”
“Tak benarkan anak naik basikal, takut cedera.”
“Sanggup bertengkar dengan guru anak.”
Ads
Kesannya? Anak tak ada kemahiran mengurus dan menyelesaikan masalah hidup.
Berpada-padalah ketika kita membantu anak ketika mereka perlu menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah. Anak-anak mempunyai potensi mereka yang tersendiri dan perlu mendapat sokongan kita untuk membantu mereka berjaya. Lebihkan galakan bukan bantuan supaya mereka sentiasa berpeluang untuk berfikiran secara kreatif.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anda moms-to-be dan mahu belajar ilmu berpantang yang betul? Jangan ketinggalan untuk menyertai Pa&Ma E Workshop yang akan mengetengahkan tentang kepentingan berpantang serta cara terbaik untuk melakukannya. Nak sertai, klik SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terharu mendengar ucapan daripada pengacara majlis, apabila Bella Deluna, anak pertama Stacy yang merupakan anak angkatnya menjadikan mommy sebagai contoh di majlis graduasi tadika. Harapan Stacy kepada Bella supaya mennjadi anak yang patuh & solehah.
Stacy & Akim kedua-duanya bersuara hebat. Kedua-duanya juga tidak gagal menjadi ibu dan ayah yang baik buat kedua-dua anak mereka, Bella, 6 & Eshal,1 tahun 9 bulan.
Stacy turut memuat naik video yang memaparkan majlis graduasi tadika Bella dengan kapsyen ini;
stacyanam Boleh tahan cita-cita si bella ni? Terus mami pusing belakang eshaal oh hahaha.? Mami so proud of u bey! X kisah lah u mau jadi apa besar nanti asalkan u jadi anak yang sayang dan patuh pada Mami dan Dadi, sayang Adik dan sentiasa mencuba untuk menjadi anak yang solehah In Sha Allah Amiinn..?? Terharu mami bila u jadikan mami sebagai contoh untuk u mau jadi apa besar nanti bey☺️ Mudah2an mami akan sentiasa kuat untuk jadi yang terbaik untuk kamu kio anak. I love u so much bella deluna!!
Mama papa hari ni berlumba-lumba untuk mencari sebuah tadika yang baik dan diiktiraf buat anak-anak hingga terlupa apa sebenarnya kemahuan anak-anak. Tadika yang mempunyai silibus hebat, penuh dengan ujian dan peperiksaan dirasakan cukup baik untuk anak-anak. Soalnya benarkah ia satu perkara yang baik untuk anak kita?
Dengarkan perkongsian dari Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian UiTM Cawangan Perak yang merupakan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal. Ini mama papa kena ambil tahu!
Pagi ini saya mendapat mesej daripada seorang sahabat lama dari zaman sekolah dahulu kala, mama ini memberitahu bahawa anak lelakinya berusia 6 tahun telah secara tidak sengaja terbuang air kecil di dalam seluar (terkencing) semasa diuji untuk pementasan drama akhir tahun di tadikanya.
Ketakutan ketara seperti ini memang menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak jika mereka ‘diuji’ di peringkat pendidikan praformal antara usia 0-6 tahun (atau sebelum ke sekolah rendah).
Pada masa yang sama, ramai papa dan mama hari ini amat teruja dan berbangga jika si kecil kesayangan mereka mendapat markah atau skor ujian tertinggi di tabika atau di tadika. Terus foto diambil dan dikongsi untuk mendapatkan sebanyak mungkin ‘Like’ dan pujian di Instagram, Facebook atau paling tidak dalam kumpulan WhatsApp selagi boleh.
Lebih pelik, ada mama dan papa yang percaya bahawa tadika yang tidak menguji kemampuan otak (kognitif) si kecil mereka adalah tadika yang teruk lagi tidak berkualiti!
Lihat Perkembangan Anak, Bukan Perbandingan
Jika dilihat secara kritis dan difikir secara positif, ujian dan penilaian untuk kanak-kanak pada peringkat usia pendidikan praformal boleh menjadi suatu keperluan, terutama sekali untuk langkah-langkah intervensi membantu si kecil yang bermasalah pembelajaran dan juga untuk mengenalpasti si kecil yang mempunyai potensi pintar cerdas dan genius yang jauh melangkau tahap perkembangan kanak-kanak yang seumur dengannya.
Dari sudut pandang yang berbeza, peperiksaan atau ujian dan penilaian boleh menjadi bebanan pada peringkat usia pendidikan praformal jika semuanya dilakukan tanpa sebab yang konkrit atau sekadar menunjuk-nunjuk bahawa tadika berkenaan berbentuk ‘akademik’ berbanding tadika lain.
Peperiksaan atau ujian dan penilaian juga akan menjadi beban besar pada bahu si kecil jika mama dan papa serta para pendidikan prasekolah hanya membuat perbandingan antara dia dengan kanak-kanak lain, tanpa sedikit pun melihat tahap perkembangan peribadi si kecil berkenaan sejajar dengan masa dan usia fizikalnya.
Untuk diri saya sendiri, saya akan mengambil jalan tengah iaitu bersetuju dengan sebarang ujian atau penilaian ke atas anak kecil saya, namun saya hanya akan membandingkan kemajuannya dengan dirinya sendiri sahaja.
Pada masa yang sama, saya juga tahu dan sedar bahawa pada peringkat pendidikan praformal, pola perkembangan kognitif si kecil adalah tidak menentu. Misalnya, minggu ini dia sudah hafal abjad A sampai Z, mungkin minggu depan dia hanya tahu A, B dan C sahaja.
Tetapi, saya juga tidak akan berasa terkejut apabila pada bulan hadapan, si kecil saya sudah boleh mengeja beberapa perkataan yang dia dengar dan baca! Begitulah hebatnya dunia si kecil kontemporari dan tahap perkembangan dirinya semasa usia pendidikan praformal 0-6 tahun. Didoakan papa dan mama serta semua pendidik prasekolah tidak akan pernah terlupa realiti ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika bayi berumur 8 bulan, otak mereka punyai 1,000 trillion connections. 500 trillion akan mati ketika usia mencapai 10 tahun.Yang berbaki pun akan hilang sedikit demi sedikit dari bayi sampai kanak-kanak. Seterusnya alam dewasa. Kecuali mereka yang menjaga otak.
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...