Banyak kes kematian dalam kalangan bayi adalah disebabkan tersedak susu. Ia bukanlah perkara mudah yang boleh dipandang ringan. Acapkali kita disarankan oleh para doktor berpengalaman untuk tidak sesekali membiarkan bayi minum susu sendirian.
Bayi yang masih kecil tidak tahu cara untuk mengawal susu yang masuk ke mulutnya. Kebiasaannya kejadian tersedak susu ini berlaku apabila bayi diberi minum dengan menyedal botol pada bantal. Risiko tersedak susu sangat tinggi apabila buat begini.
Artikel Menarik: [Comel Macam Anak ‘Mat Saleh’, Ibu Ini Bersyukur 2 Puteri Hidap Albino Membesar Sihat]
Artikel Menarik: [“Demi Anak Pertama, 6 Tahun Tunggu.” Bakal Ibu Ni Tak Kisah Kulit Muka Naik Jerawat Teruk]
Dr. Redza Zainol berkongsi pengalaman berhadapan dengan kes bayi di dalam pantang tersedak susu. Beliau turut menjelaskan apa yang berlaku sekiranya bayi tersedak susu.
Dapat Panggilan Dari Jabatan Kecemasan
“Muka jadi biru, nafas jadi laju dan lekuk di dada makin dalam..”
Nampak Susah Bernafas
“Saya boleh nampak dada bayi berombak, nampak susah sangat nak bernafas. Saya jadi berdebar..”
Sah Tersedak Susu!
“X-ray dada menunjukkan Aspiration Pneumonia, memang sah tersedak susu..”
Perlukan Bantuan Pernafasan Segera
“Keadaan yang sangat serius, bayi ini perlukan bantuan pernafasan segera..”
Kalau Ada Bayi Kena Sentiasa Beringat
“Kes tersedak susu macam ni kerap berlaku pada bayi berusia 6 bulan ke bawah..”
Dr. Redza juga turut berkongsi tip untuk mengelakkan kejadian tak diingini seperti tersedak susu. 4 perkara yang boleh dibuat oleh ibu ayah adalah seperti:
Perkongsian ini sangat berguna dan membantu terutamanya untuk ibu ayah mengelakkan sebarang kejadian bayi tersedak susu. Ia bukanlah perkara main-main kerana kes kematian bayi sangat tinggi disebabkan kejadian ini.
Semoga dengan tip yang diberikan oleh doktor ini dapat memberi kesedaran kepada kita untuk lebih berhati-hati dan memandang serius hal ini. Sayangilah si manja anda dan susukan mereka dalam keadaan selamat.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lumrah Ibu Kuat Membebel, Tapi Kalau Selalu Sangat Boleh Naik Berat Badan!
Menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Banyak yang harus dilakukan untuk menyediakan yang terbaik buat anak-anak. Kadang-kadang perangai anak yang macam-macam pun boleh buat ibu sakit kepala!
Sebagai manusia biasa kadang-kadang ibu akan merasa stres dan marahkan anak-anak. Bila dah dimarah, tak sampai hati pula tengok mereka. Ibu kena bijak mencari jalan untuk mengurangkan rasa stres itu.
Artikel Menarik: [Rasa Stres Je, Senyum. Baru Otak Dapat Signal Keluarkan Hormon Gembira]
Menurut kajian dalam American Journal of Epidemiology, wanita atau lelaki yang kuat marah cenderung untuk mempunyai berat badan berlebihan.
ASYIK MARAH-MARAH, NAIK BERAT BADAN!
1. Rasa marah, kemudian cari makanan
Apabila kita sedang marah ia bukan sahaja menyebabkan perubahan emosi dalam fikiran tetapi juga melibatkan proses kimia dalam tubuh manusia. Apabila sedang marah, hormon adrenalin akan dirembeskan.
Ia menyebabkan perasaan panik dan risau serta mengaktifkan butang ‘sedia bertindak’. Ketika ini, aliran darah dari organ ke otot menyebabkan kita sukar merasa lapar ketika marah.
Tapi ia hanya sementara sahaja, selesai marah kita akan mula kehilangan tenaga dan merasa lapar. Apabila kita dalam keadaan tertekan begini, kita cenderung untuk memilih makanan yang tidak sihat atau mindless eating.
2. Cari makanan yang menenangkan
Apabila kita dalam keadaan stres atau sedang marah, kita akan mencari makanan yang membuatkan kita selesa. Makanan begitu seperti snek, coklat, kek, biskut dan minuman manis berkesan untuk melegakan perasaan tetapi kita cenderung untuk mengambilnya berlebihan.
3. Hormon kortisol meningkat
Dalam keadaan marah, hormon kortisol akan meningkat. Ia bukan sahaja meningkatkan tekanan darah, tetapi memberi efek terhadap berat badan.
Menurut BrightSide, kortisol akan menukarkan gula dalam darah kepada lemak dan melambatkan proses pencernaan. Akibatnya, ia akan meningkatkan berat badan dengan penghasilan lemak.
Artikel Menarik: [Tiba-Tiba Rasa ‘Berangin’, Sebu Perut. Makan Jangan Sembarangan, Itu Puncanya!]
4. Jadi susah tidur
Bila selalu marah dan stres, pola tidur akan terganggu. Kita menjadi sukar tidur dan ia menyebabkan kekurangan tenaga. Apabila tidak tidur, kita biasanya cenderung untuk makan dan memilih comfort food yang biasanya boleh menyebabkan peningkatan berat badan.
5. Hilang fokus
Apabila sering marah-marah, kita menjadi orang yang kurang daya tumpuan. Setiap yang berlaku, kita hanya akan nampak yang negatif sahaja. Ia akan membuatkan kita mudah merasa putus asa, takut mencuba dan meghukum diri sendiri.
Sebenarnya, jika merasa letih atau stres berehatlah. Ibu juga manusia biasa, kadang-kadang ‘tewas’ juga. Tubuh dan otak kita tidak boleh menerima beban yang terlalu banyak. Ibu merupakan ‘orang kuat’ dalam keluarga, jadi sentiasa positifkan diri dan buatlah setiap perkara itu mengikut kemampuan sahaja.
Sumber: Islam Itu Indah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Journey Penyusuan Yang Indah” Twin Dah Besar, Dr Halina Tak Sampai Hati Nak Henti Menyusu!
Perjalanan menyusukan anak sememangnya satu perjalanan yang bukan mudah. Biarpun payah namun ia detik manis untuk dikenang. Penuh ragam, cabaran dan pengorbanan besar.
Bagi isteri kepada angkasawan negara, Datin Dr Halina Mohd Yunos, perjalanan menyusukan dua anak kembarnya, Eusoff dan Emelia teramat manis buat dirinya.
Bagi Dr Halina, selepas 16 bulan menyusukan kedua-duanya, inilah yang yang bersesuain untuk bercerai susu namun keinginannya untuk menyusukan anak semakin kuat biarpun agak keletihan. Keliru kata ibu Dr Halina.
Melalui Instagramnya, Dr Halina berkongsi cerita kisah penyusuan indahnya.
“These two muchkins. Hampir 16 bulan perjalanan penyusuan dengan kedua-dua ni. Boleh dikatakan Eusoff dah mula minum susu sepenuhnya setiap masa. Malam-malam je cari mommy kalau haus.
“Emelia pulak, dah slowly weaned off breast milk, kat sekolah dah tak hantar frozen breast milk dah. Kena belajar berdikari dengan formula milk. Tapi bila balik sekolah je, terus masuk dalam baju Mommy.
“Bagi saya ia adalah satu perjalanan penyusuan yang cukup indah. Tapi mommy dah malas nak pump dekat tempat kerja. Sekarang pulak saya pam sekali saja pada waktu siang, tu sahaja. Sayang pulak kalau tak pump,” tulisnya berkongsi cerita.
Malah kata ibu kepada enam orang cahaya mata ini lagi, dengan menyusukan susu badan, ribuan ringgit berjaya diselamatkan mereka namun katanya lagi, inilah masa yang cukup sesuai untuk memperkenalkan keduanya dengan susu formula.
Melalui perkongsian isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar ini lagi, anak kembar lelakinya, Eusoff mengambil langkah awal minum susu formula terlebih dahulu dan kini diikuti pula dengan Emelia.
“Saya dah berjaya jimatkan beribu ringgit dari beli susu formula..haha. Stock yang ada ni, boleh guna bila terlupa beli formula.
“Semua anak-anak minum S26 Gold. Alhamdulillah tak ada masalah setakat ni. Kitorang banyak dah menyumbang kepada ekonomi S26 sebab dah beli sejak 10 tahun lalu masa Bella baby lagi.
“Saya mahu badan saya kembali, perjalanan yang indah untuk berada di jabatan F&B..hahaha.(dulu di jabatan Hiburan). But this mommy still tak sampai hati nak totally stop breastfeeding. I just can’t make up my mind,” tulisnya lagi berkongsi.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut doktor cantik manis ini turut sama meninggalkan pelbagai reaksi malah turut sama melalui rasa keliru dan berbelah bahagi ini demi anak tersayang.
farahmohsin: Samalah doc.. i want my body back too.. been breastfeeding since 8yrs ago back to back. Tak sempat nak kering susu ada lagi berketul2 askar kecil keluar.
maimonah12: Retain this beautiful moments as long as one can. Once they grow these moments are just memories.
fatenamerasrk: Hahaha f&b yet entertainment dept eh doc hahaha made my day 😂😂😂 nak kena start balik dah ni f&b dept.
hanis.hazwani: Dr, please share tips to wean off
affrinasuffya_: So cute Dr.
farahhaniss: Same here doc. Nak kurus tapi tak sampai hati 😂
Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3-4 Hari Anak Belum Buang Air Besar Mungkin Sembelit. Lakukan Cara Ini Sangat Berkesan!
Sebagai ibu bapa, kita sering kali melihat dan memerhati setiap pergerakan bayi seperti ketawa, merengek dan menangis sebagai petunjuk tahap kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, sesetengah petanda masalah kesihatan, seperti bayi sembelit, sukar untuk dikesan dan dilihat.
Simptom sembelit
Bayi yang secara eksklusif menyusu susu ibunya sahaja, tidak akan mempunyai masalah seperti ini, kerana hampir semua nutrien dari susu ibu akan diserap.
Namun berbeza kepada bayi yang diberi susu formula, mereka mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk diserang masalah sembelit.
Malah masalah sembelit dalam kalangan bayi turut berlaku disebabkan makanan tertentu yang dimakan selepas makanan pepejal diperkenalkan.
Memahami tanda sembelit, pastinya dapat membantu mengatasi masalah kesihatan bayi sebelum ia bertukar menjadi masalah yang lebih besar.
Buang air besar
Kekerapan bayi akan membuang air besar pada setiap hari akan ada turun naik, terutama apabila anda memperkenalkannya makanan baru. Jika bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari dan kemudian mempunyai najis yang keras, ia kemungkinan petanda mereka mengalami sembelit.
Sembelit bukan sahaja bergantung kepada jumlah kekerapan membuang air besar, tetapi juga kepada keadaan najis itu juga.
Menahan
Sekiranya berlaku perubahan wajah bayi anda ketika sedang membuang air besar, seperti kelihatan tegang atau berkerut, ia mungkin tanda sembelit. Bayi yang berdepan masalah ini biasanya akan menghasilkan najis seperti tanah liat yang sangat keras.
Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar, bayi anda berkemungkinan akan menangis atau menjadi tegang.
Darah
Sekiranya anda terlihat garis-garis darah merah di atas najis bayi anda, ia adalah kerana bayi mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan menyebabkan kelukaan di sekeliling dinding dubur.
Perut keras
Perut keras boleh menjadi tanda sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi anda cepat berasa kenyang.
Tidak mahu makan
Kehilangan selera pada bayi anda mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya. Malah perut yang kembung juga boleh menyebabkannya tidak mahu makan.
Rawatan
Beberapa strategi dan kaedah yang boleh anda cuba untuk melegakan keadaan sembelit yang dihadapi oleh bayi anda. Ini termasuk:
Menukar susu
Jika anda memberi bayi anda susu ibu, anda mungkin perlu untuk menyeimbangkan diet anda. Ini kerana bayi anda mungkin sensitif terhadap sesuatu yang anda makan dan mengakibatkan sembelit, walaupun kes seperti ini jarang berlaku.
Bagi bayi yang diberikan susu formula, anda boleh menukar kepada susu yang lain. Alahan kepada bahan-bahan tertentu yang terkandung dalam susu formula itu boleh menyebabkan sembelit.
Makanan pejal
Sesetengah makanan pejal boleh menyebabkan sembelit, tetapi hal ini boleh diperbaiki. Jika anda baru mencuba memberikan makanan pepejal kepada bayi anda, cuba tambahkan beberapa makanan serat tinggi seperti:
- Brokoli
- Buah pear
- Buah prun
- Buah peach
- Epal tanpa kulit
Kurangkan memberi bijirin yang diproses atau nasi, sebaliknya cuba berikan barli, oat atau quinoa. Roti atau biskut bijirin penuh, juga dapat membantu mengatasi sembelit.
Puri
Jika bayi anda berusia 6 bulan ke atas dan belum membuat peralihan kepada makanan pepejal, cuba beberapa jenis makanan yang disenaraikan di aras dalam bentuk puri. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak serat semula jadi yang akan membantu pembuangan najis bayi anda.
Kuantiti air
Penghidratan yang betul adalah penting untuk melancarkan proses membuang air besar. Air dan susu sangat baik untuk mengelakkan bayi anda dari terhidrat. Untuk bayi lebih dari 6 bulan, jus prun atau pear boleh diberikan sekali-sekala untuk mempercepatkan kontraksi kolon bayi anda, sekali gus dapat membantu proses membuang air besar.
Jika jus terlalu manis atau kuat rasanya untuk bayi anda, tambahkan secawan air untuk mencairkannya. Bagi bayi yang di bawah usia 6 bulan, pastikan anda mendapat nasihat dan pandangan doktor sebelum memberikan apa-apa kepadanya selain susu ibu atau formula.
Banyakan pergerakan
Bayi yang banyak bergerak akan membantu mempercepatkan proses pencernaan, sekali gus membantu pergerakan benda di dalam usus. Sekiranya bayi anda masih belum berjalan, pergerakan basikal di kakinya (leg bicycles) pasti akan membantu.
Urutan
Lakukan urutan lembut di bahagian perut dan bawah perut bayi untuk merangsang pergerakan usus. Ulangi senaman beberapa kali sehari, sehingga bayi anda ada membuang air besar.
Masih tidak berjaya
Melakukan perubahan dalam diet bayi anda (atau anda sendiri) pasti akan dapat membantu mengatasi masalah sembelit bayi anda. Namun jika masih tidak berjaya, terdapat beberapa teknik lain yang boleh anda gunakan.
Kebanyakan teknik ini boleh dilakukan di rumah, walau bagaimanapun jika anda tidak pernah mengamalkannya sebelum ini, anda perlu berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu untuk mendapat nasihat dan rundingan khusus.
Teknik-teknik ini termasuk:
Glycerin suppository
Jika bayi anda mempunyai tanda najis berdarah selepas membuang najis yang keras, glycerin suppository akan dapat membantu melancarkan proses pembuangan najis.
Ia boleh dibeli di farmasi dan digunakan di rumah. Ikuti arahan pada pakej jika ia untuk bayi anda yang berusia 2 tahun ke atas atau bertanyakan kepada doktor sebelum menggunakannya jika ia adalah untuk bayi anda dibawah usia 2 tahun.
Laksatif
Laksatif (laxative) diperbuat daripada ekstrak malt barli (Maltsupex) atau serbuk psyllium (Metamucil) yang dapat melembutkan najis bayi. Tetapi ia tidak disyorkan kepada bayi. Berbincang dengan doktor anda sebelum memberikan apa-apa laksatif kepada bayi di bawah umur 1 tahun.
Pakar pediatrik
Sekiranya anda keliru atau merasa bimbang, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor kepada bayi anda. Dalam kebiasaan kes, masalah sembelit bayi anda akan dapat di atasi dengan sendirinya atau dengan rawatan semula jadi.
Jika strategi tersebut masih tidak berfungsi, sila dapatkan nasihat atau cadangan dari doktor anda untuk bantuan. Doktor anda juga akan dapat membantu melihat simptom atau tanda lain (seperti demam) yang boleh menjadi petunjuk masalah yang lebih besar yang mungkin memerlukan rawatan perubatan.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI