“Ingatlah, Allah SWT Sentiasa Melihat.” Fazura Luah Rasa Kesal Kes Pengasuh & Taska Tak Bertanggungjawab

Share

Selalu sangat kita dikejutkan dengan kes penderaan yang berlaku sama ada di taska mahupun di rumah pengasuh. Hal ini menjadi dilema buat ibu bekerjaya kerana terpaksa meninggalkan anak untuk ke pejabat.

Terpaksa pujuk hati sendiri dan lapangkan dada ketika menghantar anak di bawah jagaan orang lain. Isu penderaan ini bukan saja menyebabkan kecederaan bahkan ada juga sehingga menyebabkan maut. Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura turut terkesan dengan hal ini.

Sumber foto: Instagram Nur Fazura

Fazura melalui akaun TikToknya telah memuatnaik sebuah video yang memberi pesanan kepada semua pemilik taska dan pengasuh untuk memegang amanah dan menjaga anak-anak asuhan dengan baik.

Tonton video ini;

@fazuraofficialSayangi lah anak-anak yg diberi kepercayaan pada kamu untuk menjaga anak mereka dgan baik. Ingat lah, Allah SWT sentiasa melihat.♬ original sound – Fazura

Kata Fazura, sayangilah anak-anak asuhan yang diberi kepercayaan kepada para pengasuh dan pemilik taska oleh ibu bapa mereka. Turut mengatakan, jagalah anak-anak mereka dengan baik kerana Allah SWT sentiasa melihat.

“Saya geram dan sakit hati sebab lately ni banyak sangat isu bila ibu bapa hantar anak ke taska tetapi dalam masa singkat, anak-anak cedera. Kena pukul sampai meninggal dunia semua.

Pesanan ya untuk semua yang bekerja di taska, nak buka taska ke, kalau tak ada rasa nak jaga orang, tak payahah jaga. Tolonglah.”

Baca Juga:

“Baru Seronok-Seronok Jaga Baby, Kena Masuk Wad.” Usia 26 Hari, Anak Safwan Nazri Dijangkiti RSV

“Wait, Sabar.” Video Anak Zahirah MacWilson Tahan Diri Makan Coklat Buat Ramai Kagum. Cerdik!

“Menderita Sejak Ayah Meninggal.” Abang Dayah Kongsi Keadaan Hamzah, Tangan Tak Kuat Sebab Masalah Saraf

Tambahnya lagi, bukan mudah untuk mendapatkan cahaya mata. Penat melalui proses melahirkan dan nak besarkan anak. Ada juga pasangan yang menunggu sehingga bertahun-tahun, bila hantar anak ke taska dua tiga hari, anak pula cedera teruk.

“Yang baru-baru ni sampai tempurung kepala cedera, koma dan ada yang sampai meninggal dunia. Lepas tu, terbaru kurung anak-anak kecil dalam bilik tanpa berikan makanan dan sebagainya.”

Sumber foto: Instagram Nur Fazura

Pada perkongsian itu juga, isteri kepada aktor, Fattah Amin, juga mengakui dia marah dan terkilan dengan sikap pengasuh dan pemilik taska yang tidak bertanggung jawab.

Antara komen yang ada;

“Jangan pentingkan diri sendiri. tahu la nak cari rezeki, tapi carilah rezeki dengan ikhlas. Kalau tak nak kerja jaga bayi, tolonglah cari kerja lain.”

Akui Fazura, dia dia memang kecewa dan sakit hati. Sebagai ibu, dia terasa sakit hati dengan kejadian sebegini. Turut menitipkan pesanan, buat semua pengasuh dan pemilik taska, carilah orang yang betul-betul ikhlas untuk menjaga anak asuhan.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
Emy H