Inginkan Zuriat, Ustaz Mujahidin Kongsi Doa Ini. Baca Setiap Hari, Moga Ada Rezekinya

Share

Rezeki anak adalah rahsia Allah. Bila Dia nak bagi kita tak tahu. Hanya doa, usaha dan ikhtiar dulu, pasti akan dimakbulkannya. Bagi sesetengah pasangan ada yang berkahwin, baru beberapa bulan dah disahkan mengandung, namun ada juga yang terpaksa menunggu beberapa tahun untuk menimang cahaya mata sendiri.

Namun bagi pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat tak kisahlah anak pertama atau anak kedua atau seterusnya tetapi belum ada rezeki lagi, boleh cuba amalkan doa yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin

ARTIKEL MENARIK [Sekeras-Keras Hati Suami, Lihat Isteri Berjuang Lahirkan Anak Boleh Menitik Air Mata]

Doa buat semua yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Sama-sama kita baca doa ini ya..

Ya Allah..Ya Rahman…Ya Rahiim..

Di Kau Adalah Segala Pemilik Segala Hati..
Maka Di Kau Pasti Mengerti Apa Keinginan Kami..
Sesungguhnya Kami Telah Lama Mendambakan Kehadiran Seorang Insan Yang Menjadi Pelengkap Hidup Kami…

Ya Allah…
Berikanlah Kami Rasa Itu Untuk Memiliki Seorang Anak..
Anak Yang Soleh Dan Solehah..
Anak Yang Dapat Mendoakan Kami Bila Kami Sudah Tiada Nanti…
Akan Kami Menjaga Amanah Yang Di Beri Sebaiknya…
Ya Allah…
Jadikanlah Zuriat Dalam Rahim Kecil Ku Ini..
Aku Juga Ingin Merasakan Gerakan Dan Keajaiban Bayi Di Dalam RahimKu

Ya Allah …

Aku Ingin Hamil…
Engkau Permudahkan lah Rezeki Dan Urusanku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil…
BerkatilahLangkahku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil …
Kau Kurniakan lah Aku Zuriat Agar Aku Dapat Menikmati Bagaimana Menjadi Seorang Ibu…
Semoga Saat Itu Pasti Akan Tiba…
Aamiin Yaa Rabbal Allamiin..

Sebaiknya bacalah setiap hari moga Allah dapat mempermudahkan urusan untuk kita semua yang menantikan kehadiran anak sebagai penyeri keluarga.

Doalah bersungguh-sungguh moga hajat kita ni dapat dimakbulkan. Kita usaha selebihnya berserah pada-Nya. Ajal maut, jodoh dan rezeki semuanya dalam rahsia Allah. Hanya Dia yang berkuasa.

#BacaSetiapHari..
#MogaAllahPermudahkanUntukKita
#MendapatCahayaMata..
#Aamiin🤲🤲🤲

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)


Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/

FREE je tau Webinar ni!!

Published by
Wan Amy