“Inginku Dakap Walau Sesaat…” Ibu Rindu 15 Hari Dipinjamkan Anak Kanser Darah Pergi Dulu

Share

Tiada yang dapat mengubati kerinduan seorang ibu terhadap anak yang dikandung dan dilahirkan. Lebih menyebakkan apabila pada usia 15 hari si kecil yang dirindukan sudah pergi menghadap Ilahi. Sesungguhnya kerinduan yang paling sarat ialah rindu kepada insan yang telah pergi buat selamanya.

Setelah berbulan-bulan menghuni rahim ibu, si kecil hanya sempat didakap seketika. Perkongsian ibu ini cukup menyebakkan dan menyentuh jiwa terutamanya insan bergelar ibu. Tidak mudah menerima kehilangan tapi reda atas ketentuan Allah. Tatkala ibu lain berpantang dengan bayi disisi, ibu ini perlu berdepan kesedihan pemergiaan si anak.

Perkongsian Puan Solehah ini menjadi tular dengan menerima 7,500 reaksi daripada warganet dalam sebuah grup sokongan ibu. Perkongsian catatan yang meruntun jiwa menyebakkan. Anak yang dilahirkan berusia 15 hari pergi juga ekoran daripada pelbagai komplikasi dan kanser yang dihidapi.

11 JULAI 2019

HEBATNYA UJIAN UNTUK ANAKKU INI

Sayang anak ku ,jika kau mahu pergi . Pergi lah nak . Ibu abah dah sedia walau apa jua pown yang berlaku lepas ini . Dh tak sgup nk tgk keadaan mu masih kecil untk melalui ujian ini Hebat hebat ibu melahirkan mu ,hebat lagi ujian untk anak ku ini . Allah


17 JULAI 2019

IBU INGIN DAKAP & MENYUSUKAN WALAU SESAAT…

Semakin hari semakin ku dh tak sgup melihat dirimu ,melihat sakit mu Ya allah dye kecil lagi ,kalau gnti dgn ku ,ku rela ganti sakit nye . Allah Sayang anak ku ,semoga kau tahu ,tiap hari ku menunggu suara mu

Ku ingin dakap mu ,mnyusu mu walaupun sesaat tapi sukar untk dilafazkan sekarang . Semoga ada keajaiban untk anak kecilku #JuniorHeroIbu


25 JULAI 2019

ADIK DAH BAHAGIA BERMAIN DI SYURGA

Aku adalah insan terpilih mengandung dan melahirkan anak syurgaku ini . Adik dk sakit dh lepas nie ,adik bahagia dh boleh maen ditaman syurga . Tgu ibu&abah di pintu syurga . Al-fatihah untk anak syurga ku ini ??


6 OGOS 2019

ANAK SYURGA

Hari nie dh 28hari berpantang dan anak syurga saya dah pergi seminggu . Rase sedih berpantang tanpa anak disisi Sedih merindui anak syurga saye walaupown sye tak jage tempoh dye sakit ,lepas lahir terus ke NICU Rase nk mengandung lagi ,nk ada baby lagi .

Tapi doc suggestkan 2tahun lagi ,rase mcm lame je lagi . Sbb hati ini terlalu merindui anak syurga saye ,mybe pregnant lagi baru terubat rindu nie . Memang begini ke perasaan kehilangan anak syurga ? Doakan sye dapat baby cepat cepat

#MohdHafiz#JuniorIbu#Al-fatihah


7 OGOS 2019

PERPISAHAN SEMENTARA DI DUNIA

Perpisahan ini hanyalah sementara ,kita terpisah dengan anak tersayang didunia ,tapi dengan izinya, kita akan bertemu semula dengan anak tercinta kita disana nanti. Inshaallah, ini adalah janji nye .

Kita disini kena berusaha kuat untuk sama sama kita berjumpa dengan anak tersayang disana kelak .

KESAT AIR MATAMU SAYANG

Anak kita, wildan kita sedang menanti kita, saham syurga kita .

Semoga ibu diluar sana yang ada anak syurga tabah, kuatlah, redhalah, senyumlah. Kesat air matamu sayang. Anak kita menunggu kita dipintu syurga

(Mase nie hari pertama adik boleh duk atas riba ibu ,tapi haritu jugak adik pergi) 25/7/19

Mohd Hafiz #JuniorIbu #Alfatihah

MENGALAMI KANSER DARAH & MASALAH ORGAN-ORGAN PENTING

Solehah dalam temuramah dengan Pa&Ma berkongsi Allahyarham anak keduanya itu menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

“Anak saya bukan satu masalah, jantung,paru paru. Organ lain seperti usus, buah pinggang juga bermasalah.

Solehah bersama anak pertamanya.

“Allahyarham Mohd Hafiz juga dikesan mengalami kanser darah. Sebelum pergi buat selama-lamanya, dia telah melalui dua kali rawatan kimoterapi.

“Apa pun saya bersyukur Mohd Hafiz bertahan selama 15 hari. Walau pun dari hari pertama kelahiran doktor tidak memberikan harapan kepada kami. Kata doktor, harapan untuk Allahyarham hidup lama amat tipis. Apa pun saya reda ketentuan Allah ini, pasti ada hikmahnya,” kata Solehah mengakhiri perbualan dengan Pa&Ma.

Sumber: Adeq Ah

Published by
Azma Mohd Lazim