Pernah tak bila kita suruh anak buat sesuatu, jawapannya nantilah dulu, kejap lagi atau buat-buat tak dengar. Sampai satu tahap, ibu atau ayah terpaksa guna ‘suara petir’ baru anak-anak terus bangun untuk ikut arahan.
Situasi ini boleh dikatakan semua ibu bapa akan laluinya. Cuma bagaimana kita nak pastikan bila sekali cakap anak terus dengar dan buat ada caranya.
Perkongsian Puan Uswatun Hasanah ini sangat membantu dan ibu bapa boleh guna pendekatan ini untuk berdepan dengan anak ya!
3 silap BESAR paling biasa ibu bapa bila mahu anak dengar cakap/bekerjasama:
1. Bila ibu bapa AJAK anak untuk buat sesuatu yang dia patut dan perlu buat.
Sebarang ayat AJAK hanya sesuai digunakan dalam situasi di mana anak ada pilihan untuk nak buat atau tak nak buat. BUKAN dalam situasi yang anak patut dan perlu buat.
Bila ibu bapa guna ayat yang bersifat ‘AJAK’, maka anak akan sentiasa ada pilihan untuk tolak. Lepas tu, ibu bapa pula yang naik geram dengan jawapan anak. Misalnya:
Ibu: “Adik, jom mandi..?”
Anak: “Tak nak! “
2. Bila ibu bapa tanya soalan bersifat ‘open end’ (terbuka).
Misalnya: “ Bila kakak nak mandi ni? Dari tadi tak mandi-mandi lagi..”
Anak: “Kejap lagi laaaa. Kakak tengah main dengan si tompok ni”
Bila 40X ibu bapa ulang tanya soalan open end yang sama, 40x juga anak akan jawab dengan jawapan yang tak ada kesudahan. Bukan salah anak bila ibubapa sendiri yang tanya ‘bila’ kerana perkataan ‘bila’ itu sampaikan mesej bahawa apa-apa saja jawapan anak samada kejap lagi ke, petang nanti ke atau esok pagi ke akan dan patut di terima oleh ibu bapa.
Lepas itu ibu bapa juga yang stress. So NEVER EVER guna soalan bersifat open end kepada anak.
3. Bila ibu bapa ugut, gertak dan marah.
Misalnya: “Abang, pergi mandi sekarang!. Kejap lagi kita semua nak jalan pergi mall. Kalau abang tak mandi, mama tinggal je abang”.
Seriously mak? KITA SEMUA tahu mak TAK AKAN tinggalkan anak kecilnya seorang diri di rumah. Anak pun tahu juga. Maka, tak pelik pun jika puas ugut dan gertak anak tetap liat sampai akhirnya mak kena guna kekerasan seperti jerit macam petir, rampas mainan atau piat telinga barulah anak nak angkat punggung. Kekerasan tanda mak di pihak yang ‘kalah’ dan terdesak.
So, saya berikan 3 skrip alternatif untuk buat anak lebih mudah berkerjasama.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI
THB EDU ASSC
DBL INSTITUE
THE WONDER WEEKS ACADEMY
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/