Anak yang mengalami HFMD akan berasa tak selesa dan serba tak kena. Tambah pula dalam mulut ada ulcer yang menganggu selera makan. Apa yang dibimbangkan, HFMD ini mudah berjangkit pada anak-anak yang lain.
Apabila anak dijangkiti HFMD, semestinya ibu bapa pun terpaksa ambil cuti kuarantin sehingga anak benar-benar sembuh. Merengek, tidur tak lena itu akan dialami selama beberapa hari.
Bagi memberi idea untuk ibu bapa yang menghadapi situasi anak tak nak makan langsung, makanan semua anak reject, susu pun tak nak, ini antara idea untuk ibu bapa.
JENIS IDEA MAKANAN UNTUK ANAK YANG TERKENA HFMD
Gambar Hiasan
1. YOGURT
Boleh guna natural yogurt dan boleh blend dengan apa-apa buah untuk rasa yang lebih sedap. Yogurt kan sejuk dan mudah untuk anak telan, inshaAllah anak akan suka.
Ads
Gambar Hiasan
2. BUAH-BUAHAN FROZEN
Boleh sejukkan buah contohnya tembikan, strawberi dan boleh cuba beri anak makan. Makanan yang sejuk-sejuk boleh legakan ketidakselesaan dalam mulut.
Gambar Hiasan
3. AISKRIM DARI SUSU
Ibu-ibu boleh guna susu expressed breast milk (EBM) atau susu full cream untuk dijadikan aiskrim. Yogurt juga boleh digunakan.
Ads
Gambar Hiasan
4. AIR & ISI KELAPA
Air dan isi kelapa yang disejukkan juga boleh diberikan kepada anak yang sedang menderia HFMD. Sejuk-sejuk memang boleh meredakan. Isi kelapa ni lembut dan mudah telan tanpa perlu mengunyah dengan bersungguh.
Ini antara makanan yang ibu bapa boleh ikhtiarkan beri pada anak-anak yang kena HFMD. Anak memang akan reject banyak makanan sebab mulutnya tak selesa dengan banyak blisters. Ibu bapa kena kreatif dan bagi makanan yang sejuk dan mudah telan.
Semoga anak-anak yang dijangkiti HFMD akan segera sembuh dan kembali berselera.
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak terlalu obses dengan susu formula sehingga enggan makan makanan pejal? Apabila dipujuk untuk makan makanan seperti nasi, sup atau roti, anak tetap enggan. Apatah lagi buah-buahan dan sayur, memang langsung tidak dipandangnya. Bagaimana kita sebagai ibu bapa ingin memujuknya untuk makan sajian seimbang? Ikuti perkongsian ini.
Kemungkinan anak anda enggan makan makanan pejal disebabkan kenyang dengan susu. Mungkin anak anda agak kerap menyusu dalam sehari. Umumnya, susu itu sendiri mengandungi banyak khasiat bagi menampung keperluan si kecil. Salah satu penentu ukur sama ada tahap perkembangan dan tumbesaran si kecil adalah berat badan dan ketinggiannya.
Si kecil perlu mencapai tahap yang sesuai mengikut umurnya. Namun, galakan untuk anak untuk makan makanan pejal sememangnya penting. Elakkan memberi susu kepadanya sebelum atau ketika hampir waktu makan.
Ini kerana jika diberikan susu, kemungkinan si kecil kenyang dan tidak mahu makan. Rancang waktu makan dan waktu minum susu. Tiga hidangan utama perlu diambil ialah sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Selebihnya boleh diaturi dengan minum susu. Pada awalnya si kecil memang akan meragam, tidak mengapa. Don’t fall to the manipulation. Jangan diberi susu jika si kecil tidak mahu makan pada waktu makan. Anak anda akan belajar untuk makan apabila berasa lapar.
Jika si kecil suka hidangan berkuah, hidangkan sahaja. Namun, pastikan setiap waktu makan, perlu lengkap dengan hidangan seimbang lain. Maksudnya, selain kuah, hidangan lauk berprotein seperti ikan, ayam atau daging perlu ada, sayuran dan buah-buahan juga perlu ada.
Imej makanan sihat perlu sentiasa terpapar pada pandangan si kecil walau pun dia masih belum mahu memakannya. Ini kerana, paparan ini akan menggalakkan penerimaan si kecil dari masa ke masa. Subconcious mind stimulation!
Daripada tidak mahu makan kepada mahu mencuba rasa dan seterusnya mahu makan. Usaha ini sememangnya akan memakan masa. Don’t give up. Biskut atau kerepek? Pastikan biskut yang diberikan bukanlah jenis yang manis atau berkrim. Kerepek pula, jika boleh, tidak perlu ada di rumah. Elakkan membeli atau menyimpan makanan yang tidak sihat di rumah. Semoga ibu bapa diluar sana berjaya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makanan pelengkap ataupun ‘Complementary Feeding’ adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi selain daripada pemberian susu ibu atau susu formula. Ia adalah penting kerana setelah mencapai satu peringkat, susu ibu sahaja tidak memadai untuk menepati keperluan pemakanan bayi, terutamanya zat besi dan zink.
Bilakah masa yang terbaik untuk memperkenalkan makanan kepada bayi?
Makanan yang terbaik setelah bayi dilahirkan adalah susu ibu. Menurut World Health Organization (WHO) dan juga American Academy of Paediatrics (AAP), setelah bayi mencecah usia 6 bulan, bayi disarankan agar diberi makanan selain daripada susu ibu atau susu formula.
Apakah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anak saya sudah bersedia untuk diperkenalkan makanan?
Selain daripada umur bayi, kesediaan bayi untuk memulakan makanan pelengkap juga bergantung kepada kematangan sistem percernaan dan aspek perkembangannya untuk menerima makanan selain daripada susu. Setiap anak adalah berbeza dan berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan anak anda sudah bersedia untuk diberi makanannya yang pertama:
Bayi dalam posisi duduk dengan sendiri tanpa disokong
Bayi mempunyai kawalan kepala yang baik dan dapat mengekalkan kepala dalam keadaan menegak
Bayi dapat membuka mulut dan badan condong ke hadapan apabila ditawarkan makanan
Pada umur 6 bulan atau lebih, bayi juga akan mempunyai perkembangan dari aspek koordinasi di bahagian lidah dan bibirnya. Koordinasi ini adalah penting kerana ia membantu bayi untuk menerima makanan tanpa menolak makanan keluar semula dengan menggunakan lidah dan tiada lagi reflex tujahan lidah atau ‘tongue-thrust reflex’. Jadi, bayi dapat mengumpul makanan di dalam mulut, menggerakkannya di sekeliling mulut dan menghalakan makanan ke bahagian hujung lidah untuk ditelan.
Anak saya yang berumur 4 bulan sudah mula mencapai makanan dan kelihatan lebih lapar dari biasa. Bolehkah saya mula memberi makanan kepadanya walaupun usianya masih belum mencapai 6 bulan?
Pakar-pakar kesihatan dan juga pakar penyusuan ibu seperti WHO, AAP dan UNICEF menyarankan agar bayi diberi susu ibu secara ekslusif 6 bulan yang pertama dan seterusnya diberi makanan pelengkap setelah umur mencapai 6 bulan. Kebanyakan bayi akan bersedia untuk makan dari aspek perkembangan dan juga fisologi apabila umur mereka di antara 6 hingga 8 bulan.
Di antara sebab-sebab mengapa ibu perlu menunggu sehingga bayi betul-betul bersedia untuk diberi makanan adalah:
Bayi akan mendapat lebih perlindungan terhadap penyakit
Kajian menunjukkan bahawa apabila bayi diberi susu badan secara ekslusif selama 6 bulan yang pertama, ia akan mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan, telinga, usus (necrotising enterocolitis), Sindrom kematian bayi secara mengejut ataupun Sudden Infant Death Syndrome (SIDS), alahan dan Kencing Manis Jenis 1.
Usus bayi lebih matang dan mengurangkan risiko alahan dan jangkitan kuman
Sekiranya makanan pejal diberi sebelum usus matang, ia akan menyebabkan reaksi yang tidak diingini seperti masalah penghadaman, angin dan juga sembelit. Sel-sel di usus yang belum matang juga mempunyai ronga-rongga di antara sel yang boleh memberi laluan kepada protein yang boleh menyebabkan alahan dan juga jangkitan kuman.
Mengurangkan risiko obesiti
Kajian menunjukkan apabila makan pelengkap diberi terlalu awal sebelum usia 6 bulan, ia boleh menyebabkan kenaikan berat yang mendadak di usia remaja dan dewasa.
Mengekalkan bekalan susu ibu
Bagi bayi yang masih diberi susu ibu, kajian menunjukkan apabila bayi diberi makan sebelum usia 6 bulan, susu ibu akan berkurangan kerana bayi sudah kenyang dengan makanan yang diberi dan kekerapan minum susu akan berkurangan. Lama kelamaan, ini akan mengurangkan tempoh penyusuan susu ibu.
Mengurangkan risiko untuk mengandung
Apabila bayi menyusu secara ekslusif 6 bulan yang pertama, tanpa mengambil sebarang makanan lain, ia akan melambatkan ovulasi secara semulajadi. Kaedah perancang keluarga ini adalah 98% efektif sekiranya haid ibu masih belum kembali.
Anak saya berumur 6 bulan dan sudah bersedia untuk diberi makanan pelengkap. Berapa kerap saya perlu beri anak saya makan?
Menurut WHO (World Health Organization), bayi diberi makanan pelengkap selepas umur 6 bulan dan penyusuan susu ibu diteruskan. Pada peringkat awal, ibu boleh memberi makanan kepada bayi 2 ke 3 kali sehari semasa umur 6 ke 8 bulan, kemudian dinaikkan ke 3 ke 4 kali sehari pada umur 9 ke 11 bulan, dan seterusnya menambah lagi 1 ke 2 kali sehari snek yang bernutrisi pada umur 12 ke 24 bulan.
Apakah makanan yang digalakkan untuk bayi saya?
Pemakanan yang sihat perlu dimulakan dari awal lagi untuk menggalakan tabiat yang sama sehingga mereka dewasa kelak. Tawarkan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, daging dan tenusu. Buatlah seperti satu pelangi di atas pinggan anak anda yang mempunyai makanan yang bewarna-warni.
Bijiran penuh: Roti gandum penuh (wholegrain), pasta
Daging: Ayam, ikan, daging lembu yang dihancurkan
Tenusu: Yogurt dan keju yang dipasteur
Apakah makanan yang tidak boleh diberi kepada bayi berumur 6 bulan?
Madu: Madu boleh mengandungi bacteria yang menghasilkan toksin di usus bayi yang membawa kepada ‘Infant Botulism’. Ia adalah satu penyakit yang serius. Adalah disarankan agar tidak memberi madu kepada bayi sehingga mereka mencecah umur 1 tahun.
Kekacang yang utuh seperti kacang tanah: Kacang yang utuh tidak boleh diberi kepada kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun kerana risiko kanak-kanak itu akan tercekik. Anda boleh memberi anak ada kekacang sekiranya ia sudah dihancurkan seperti mentega kacang.
Garam: Garam yang berlebihan sehingga 1g setiap hari boleh merosakkan buah pinggang bayi. Elakkan makanan yang mengandungi garam seperti makanan segera seperti sosej dan nugget, sup atau bubur yang mengandungi kiub dan juga kerepek.
Gula: Gula adalah tidak baik untuk gigi bayi. Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, aiskrim dan kek. Elakkan juga minuman seperti jus buah yang ditambah gula.
Makanan yang mengandungi lemak tepu seperti kek dan biskut
Kerang mentah seperti kupang dan tiram yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Apakah minuman yang sesuai untuk diberi setelah bayi mula makan?
Anda perlu meneruskan penyusuan seperti biasa. Sekiranya anda masih menyusu badan, susu anda akan melindungi terhadap penyakit-penyakit selagi anda masih meneruskan penyusuan. Semasa diberi makan, bayi boleh diberi sedikit air masak, lebih-lebih lagi apabila diberi makanan protein kerana ia mempunyai beban osmolar. Bayi boleh diberi air masak sebanyak 4 ke 6 oz dalam sehari. Elakkan daripada memberi air seperti teh dan kopi yang boleh mengurangkan jumlah zat besi yang diserap dari makanan. Minuman berkabonat juga adalah dilarang.
Oleh:Dr Tengku Putri Zainab bt Tengku Ab Malek
Pakar Pediatrik
Sunway Specialist Centre Damansara
FB: Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Putri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah nasi cepat basi antara yang sering dihadapi oleh ibu-ibu. Walaupun sudah cuba pelbagai jenis jenama beras namun hasilnya nasi yang dimasak cepat juga basinya.
Malah ada yang praktikkan pelbagai petua termasuklah memanaskan periuk dalam keadaan telangkup di atas dapur. Kadang menjadi, kadang kala tidak.
Perkongsian petua mudah ini mungkin boleh membantu ibu-ibu.
Mesti runsing kan bila kena hadap masalah macam ni. Okay harini kai nak kongsikan dengan anda satu petua untuk mengelakkan nasi daripada cepat basi.
1. Ambil sedikit bunga cengkih lebih kurang dalam 2 hingga tiga tangkai bersama dengan secubit garam.
2. Kemudian campurkan ke dalam beras yang hendak dibasuh.
3. Basuh beras seperti biasa.
4. Tanak juga seperti biasa sehingga masak.
Hasilnya nanti anda akan dapat nasi yang wangi dan tahan lebih lama. Selamat mencuba!
Sumber: rahsia rumahtangga.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular perkongsian seorang pempengaruh berkongsi kisah cinta mereka, termasuk perkahwinan dengan sepupu sendiri.Trend ini menarik perhatian ramai, terutamanya apabila detik-detik manis seperti...