Anak-anak kita bakal hadapi satu lagi cabaran besar dalam hidup mereka – peperiksaan. Sebagai ibu ayah, kita pun sama-sama akan rasa debaran, kan?
Tapi sebenarnya, ada beberapa perkara yang kita boleh buat untuk bantu mereka bersedia, bukan hanya dari segi akademik, tapi juga emosi dan mental.
Sebagaimana perkongsian Ustazah Aminah Matt Yusoff yang boleh dijadikan panduan bersama. Ikuti perkongsian ini
Amalan terbaik ibu ayah ketika anak sedang menduduki peperiksaan.
Saya kumpulkan di sini segala amalan terbaik, hasil perkongsian daripada sahabat-sahabat yang mempunyai anak cemerlang.
1. Doa yang paling baik, rugi jika tidak amalkan.
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
“Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla”
Maksud:
“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah,
Dan Engkau dpt menjadikn tanah (yang sulit dan keras), (iaitu kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan”.
Ads
-Hadith driwayatkn Ibnu Sinni&Ibnu Hibban.
Semasa bacakan doa ini, dalam hati niatkan supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan, dipermudahkan memahami kehendak soalan dan dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk memberikan jawapan yang terbaik.
2. Sedekah ikut jumlah hari peperiksaan .
Pada hari-hari peperiksaan, ibu ayah dermalah dalam tabung masjid. Jika Jumlah hari peperiksaannya 7 hari, infaq yang dilakukan juga 7 kali.
Jumlahnya tidak semestinya banyak, sedekahlah mengikut kemampuan, Jangan sampai rasa terbeban dan hilangnya keikhlasan.
Jangan lupakan niatkan sedekah ini atas nama anak, dengan tujuan merungkaikan segala kekusutan dan kepayahan yang dihadapi. Paling penting Allah kurniakan kesihatan yang terbaik buat mereka.
3. Baca Al-Qur’an.
Ads
Saya pernah kongsikan satu kisah, seorang ayah yang mengambil cuti sepanjang anaknya menghadapi peperiksaan.
Bermula anaknya menjawab soalan sehingga selesai kertas pertama kedua dan seterusnya, dia setia berada di kawasan sekolah.
Dalam kereta dia mengalunkan ayat Suci Al-Qur’an tanpa henti. Antara surah yang dibaca ialah surah yasin.
Akhirnya usaha ini memberi kejayaan yang sangat cemerlang kepada anaknya, dari 1A semasa trial melonjak kepada straight A dalam peperiksaan sebenar PT3. Kuasa Allah, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.
Saya selalu pesan pada murid, jangan takut untuk meminta yang hebat-hebat dari Allah, kerana Allah itu maha berkuasa untuk tunaikan permintaan kita… Sungguh.. tidak ada yang mustahil bagiNYA.
4. Belanja makan dan tunaikan hajat anak yatim.
Belanja makan fakir miskin, anak yatim, kawan dan jiran.
Ads
Boleh juga belikan air minuman, kismis kemudian sedekahkan kepada rakan sekelas anak-anak kita.
Amalan terbaik juga ialah tunaikan hajat dan permintaan anak yatim. Gembirakan hati mereka, santuni mereka dengan perkara yang mereka suka.
Setiap kebaikan yang ibu ayah lakukan demi anak mesti kesannya sangat hebat.
5. Puasa dan solat Hajat.
Doa orang yang berpuasa sangat mustajab. Lebih-lebih lagi jika ia dari seorang ibu dan ayah.
Amalan ini sangat popular, selalu sangat dilakukan dan kesannya memang sangat hebat. Ada anak yang mengakui mudahnya mereka menjawab soalan, urusan lain juga Allah permudahkan.
Sebenarnya segala usaha dan amalan di atas adalah bukti bahawa ibu ayah sedang meredhai segala usaha yang dilakukan oleh seorang anak.
Dari redha ibu ayah, anak-anak akan mendapat redha Allah.
Redha Allah adalah resepi sebenar kejayaan seorang anak.
Sumber: FB Aminah Mat Yusoff
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersalin secara caesar tidak menjadi masalah buat Elisya Sandha untuk kembali langsing. Malah ibu jelita ini sudah mula aktif bersenam selepas tiga bulan bersalin. Pelakon yang juga menantu kepada penerbit terkenal Shiela Rusly ini memang aktif bersenam.
Bercerita tentang amalan yang dilakukan selepas bersalinkan anak sulungnya setahun yang lalu, Elisya rajin menjaga kesihatan diri. Elisya Sandha antara selebriti cantik yang kekal menawan meskipun sudah bergelar ibu.
Elisya Sandha Buktikan Bersalin Caesar Bukan Alasan Tak Boleh Bersenam
Ibu kepada Bunga El-Haq ini mengamalkan senaman berlari sambil menolak kereta sorong anaknya di sekitar kawasan perumahan. Elisya juga sering melakukan senaman regangan.
Biarpun melalui proses melahirkan secara pembedahan, namun Elisya dilihat sangat cergas melakukan senaman untuk memastikan badannya kekal fit setelah dua bulan berpantang. Elisya hanya berjogging beberapa langkah sahaja kerana hampir tiga bulan kakinya lembik seperti mahu terjatuh dan tidak kuat.
Kongsi Rahsia Langsing
Sebenarnya tidak salah melakukan senaman selepas melahirkan anak tetapi ada beberapa panduan perlu diikuti.
*American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan agar para ibu selepas bersalin menyasarkan masa sekitar 20 hingga 30 minit untuk bersenam setiap hari.
Anda boleh bermula dari aktiviti berimpak rendah, seperti berjalan kaki.
*Apabila sudah mendapatkan semula kekuatan, anda boleh menambah tempoh masa berjalan atau bilangan berjalan anda dan mula bekerja dalam aktiviti aerobik yang lain.
*Lakukan secara perlahan-lahan enam minggu pertama selepas bersalin dan kekal pada intensiti senaman yang santai. Tahap pernafasan ketika itu perlu sederhana di mana anda boleh mengekalkan perbualan tetapi tidak menyanyikan.
*Cuba lakukan rutin berjalan kaki sebanyak tiga hingga lima kali seminggu selama 30 minit sebelum bertukar kepada senaman lain.
Senaman selepas bersalin boleh membantu para wanita mengurangkan sakit belakang. Pun begitu, senaman yang keterlaluan boleh menyebabkan masalah. Jika ia berlaku, dapatkan rawatan segera.
Tahun 2026 bakal menjadi detik bermakna buat ramai ibu bapa, terutamanya yang mempunyai anak akan melangkah ke Tahun 1. Pastinya ramai yang sudah mula membuat kajian dan mencari sekolah rendah terbaik di Malaysia 2026 agar anak dapat memulakan perjalanan pendidikan mereka dalam suasana yang menyeronokkan, seimbang dan berkualiti.
Pemilihan sekolah rendah terbaik di Malaysia 2026 bukan lagi soal akademik semata-mata. Ibu bapa hari ini lebih bijak menilai aspek keseluruhan termasuk pembangunan sahsiah, aktiviti kokurikulum, kemudahan pembelajaran moden serta persekitaran yang positif. Semua ini penting bagi membentuk anak yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga matang dari segi emosi dan sosial.
Senarai Sekolah Rendah Terbaik di Malaysia 2026
Berikut senarai 8 sekolah rendah terbaik di Malaysia bagi tahun 2026 yang sering menjadi tumpuan ibu ayah kerana prestasi akademik yang konsisten, suasana pembelajaran kondusif dan pendekatan holistik dalam mendidik generasi muda.
SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
1. SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
Sekolah ini antara yang paling berprestij di ibu kota. SK Seri Bintang Utara dilengkapi kemudahan pembelajaran moden termasuk makmal komputer berteknologi tinggi dan pendekatan berasaskan STEM. Sekolah ini juga aktif dalam pertandingan robotik dan inovasi antarabangsa, menjadikan muridnya berfikiran kreatif dan progresif.
📍 Alamat: Jalan 3/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
2. SK Zainab (2), Kelantan
Menjadi kebanggaan rakyat Kelantan, SK Zainab (2) terkenal dengan budaya disiplin tinggi dan pencapaian akademik yang mantap. Muridnya bukan sahaja aktif dalam bidang akademik, malah menyerlah dalam kokurikulum seperti bahas, nasyid dan pidato. Sekolah ini menitikberatkan nilai sopan santun dan akhlak mulia dalam setiap aktiviti.
📍 Alamat: Jalan Telipot, Kampung Kesina Dua, 15150 Kota Bharu, Kelantan
3. SK Bandar Uda (2), Johor Bahru
Sekolah ini menonjol kerana kejayaan pelajarnya dalam bidang inovasi dan teknologi. SK Bandar Uda (2) sering menjadi wakil negeri dalam pertandingan rekacipta dan memiliki program khas yang mengasah daya fikir kreatif pelajar. Ia juga antara sekolah pilihan utama di selatan tanah air.
📍 Alamat: Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur
4. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur
SK Bukit Damansara sinonim dengan komuniti ibu bapa yang aktif dan kerjasama erat antara guru serta PIBG. Sekolah ini menekankan keseimbangan antara akademik, seni dan sahsiah. Suasana pembelajarannya yang ceria dan dinamik menjadikan anak-anak seronok datang ke sekolah setiap hari.
📍 Alamat: Jalan Beringin, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
5. SK Taman Tun Dr Ismail (1), Kuala Lumpur
Sekolah ini sering mendapat perhatian kerana pendekatan pengajaran moden dan program literasi digital untuk murid tahap awal. SK TTDI (1) bukan sahaja menekankan akademik, tetapi juga pembangunan karakter dan kemahiran sosial pelajar melalui pelbagai aktiviti kokurikulum.
📍 Alamat: Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
6. SK Convent Muar, Johor
Sekolah Convent Muar mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak dan cemerlang. Pendekatan pendidikannya menekankan nilai moral, kepimpinan dan kesopanan — menjadikan ia antara sekolah rendah terbaik di Malaysia 2026 di negeri Johor.
📍 Alamat: 100, Jalan Daud, Taman Sri Maharani, 84000 Muar, Johor
7. SK Seri Biram, Pahang
Sekolah ini semakin menyerlah dengan peningkatan prestasi akademik saban tahun serta penglibatan aktif dalam program STEM dan sains pertanian. SK Seri Biram turut menjadi contoh sekolah luar bandar yang berjaya memupuk semangat komuniti dan gotong-royong antara ibu bapa, pelajar dan guru.
📍 Alamat: Jalan Engku Muda Mansor, Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang
8. SK Tanjung Aru (II), Sabah & SK Dato Keramat, Pulau Pinang
Bagi ibu ayah yang menetap di luar Semenanjung, dua sekolah ini antara pilihan terbaik. SK Tanjung Aru (II) di Sabah dan SK Dato Keramat di Pulau Pinang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan projek dan inovasi komuniti. Anak-anak di sini dilatih berfikir secara kritikal dan bekerjasama dalam kumpulan.
Pesanan Pa&Ma Buat Ibu Ayah Bijak
Memilih sekolah rendah terbaik di Malaysia 2026 untuk anak bukan sekadar tentang keputusan peperiksaan. Ia tentang memilih tempat yang mampu membentuk anak menjadi insan beradab, berdikari dan berdaya saing. Luangkan masa untuk meninjau sekolah, berbual dengan guru, serta lihat sendiri suasana persekitarannya.
Kerana di Majalah Pa&Ma, kami percaya anak cemerlang lahir daripada bimbingan, kasih sayang dan suasana sekolah yang menggalakkan mereka menjadi versi terbaik diri sendiri. 🌸sekolah rendah terbaik di Malaysia 2026
Akibat tersalah mengambil makanan yang tidak bersih, pelakon Fasha Sandha mengalami keracunan makanan sehingga muntah-muntah.
Malah Fasha juga menepis tanggapan ramai yang mengatakan dirinya kini sedang hamil.
Kongsi Fasha lagi menerusi Insta Storynya, masalah keracunan makanan tersebut berpunca daripada membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
“Sekejap sahaja sakit dan muntah. Bukan hamil tau, salah makanan atau minumam yang beli di tepi jalan.
“Selalunya okey sahaja, mungkin nasib tidak baik pada hari tu.
“Makanan atau minuman tersebut terkena kuman atau air yang digunakan tak masak. Hati-hati ya semua,” katanya berkongsi.
Pun begitu, kongsi Fasha lagi keadaan dirinya kini sudah semakin pulih dan akan lebih berhati-hati sekiranya ingin membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
“Alhamdulillah semakin pulih dan terima kasih kerana ambil berat tentang saya, maklumlah, jarang sakit.
“Pengajarannya, jangan makan sesuka hati pada ‘cheat day’. Kadang-kadang nasib tidak baik, kena keracunan makanan jua.
“Terima kasih suami sebab jaga saya ketika sakit. Sakit manja-manja,” ujarnya.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.