Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri. Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak-anak. Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang usianya 3 tahun ke atas, yang dah pandai memerhati dan meniru perlakuan.
Bukan setakat tingkah laku, tapi bahasa dan tutur kata juga turut ditiru. Menakutkan bila difikir-fikir. Yelah kadang-kadang kita sendiri tak dapat kawal perkataan yang keluar dari mulut.
Jadi setiap keputusan yang kita buat, setiap perkataan yang kita ucap, setiap tindakan yang kita ambil semuanya di bawah pemerhatian. Oleh siapa? Anak kita sendiri. Anak kita belajar dari kita. Sama ada positif atau negatif semuanya ditiru. Melalui blog Puan Nurul Aziyana, beliau telah berkongsi maklumat yang berguna untuk peringatan kita sebagai ibu bapa.
7 perangai anak akan belajar atau tiru dari ibu bapa adalah:
Bagaimana cara bapa layan ibu
Jika bapa adalah jenis yang loving, caring, supportive layan ibu dengan hormat dan bermaruah, anak-anak akan buat benda yang sama pada isterinya nanti.
Tetapi kalau sebaliknya, memang tak mustahil dia akan buat seperti itu pada isterinya. Bila dia di ajar dengan keganasan, tak mustahil dia pun akan jadi ganas.
Ads
Bagaimana ibu bapa menguruskan wang
Kalau kita ni jenis boros, belanja ikut suka, anak pun insya-Allah jenis suka boros juga. Tapi kalau kita ajar mereka menyimpan duit sejak kecil dan uruskan wang dengan bijak, sampai besar pandailah mereka uruskan perbelanjaan.
Bagaimana ibu bapa layan orang lain
Kalau kita suka merendah-rendahkan orang dan memarahi dengan bahasa kasar tak mustahil anak akan berperangai sama apabila dah besar. Terutamanya apabila dalam kereta dan kita terperangkap dalam jem, lepas tu maki orang sebab bawa kereta terlalu perlahan.Awas! anak akan dengar apa yang keluar dari mulut kita. Sama juga bila kita herdik orang di restoran kerana servis yang lambat.
Bagaimana ibu bapa tunjukkan tanda hormat pada orang lebih tua
Jika kita kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak ayahnya.
Kejujuran ibu dan ayah
Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tak serupa bikin. Kalau sentiasa cakap tak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudah terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur.
Ukuran disiplin dalam menjalani kehidupan
Kalau kita makan banyak, selalu membazir, anak-anak juga akan terbiasa dengan keadaan macam tu. Mereka tidak akan menghargai yang sedikit. Lambat laun perasaan tamak juga mungkin akan bersarang dalam kehidupan mereka.
Ads
Walau bagaimanapun, jika kita pilih untuk menjalani kehidupan yang berdisiplin, anak-anak kita akan buat pilihan lebih baik (dan sihat) dengan kehidupan mereka.
Sifat pemurah
Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ini juga akan diikuti oleh anak-anak.Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ini contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, kita agihkan untuk tujuan sedekah.
Kesimpulannya, rumah adalah sekolah pertama anak. Sebetulnya memang segala personaliti kita lahir dari asuhan dan didikan dari mak dan ayah.
Ads
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lahir anak pertama perempuan, kedua pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak ketiga adalah lelaki. Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan.
Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata ‘Ha! Perempuan Lagi” tapi hendaknya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
Perasan tak setiap kali di kedai makan atau ke mana-mana tempat, gajet dengan anak sukar nak berpisah. Jika tak dapat, mulalah anak buat drama sehingga ibu bapa pun jadi tak tenang.
Jadi pilihan terakhir terpaksa jugalah beri gajet untuk pastikan anak diam, ibu bapa pun boleh makan dengan selesa. Sebenarnya menurut Puan Ruby Atika, ada beberapa cara mudah untuk uruskan anak ketika di kedai makan. Berikut antara perkongsiannya.
Apa cara supaya tak payah bagi hp masa di kedai makan?
1) ibu mesti bawa buku kecik mcm buku 555 tu dan sebatang pensel/pen dalam handbag. Jadi masa di kedai, anak boleh conteng-conteng. Boleh ajak anak lukis orang lidi, lukis ulat gonggok, lukis robot, lukis keretapi..
2) buku 555 tu, boleh juga koyak kertasnya sekeping dua. Buat lipat-lipat pula. Lipat jadi jet terbang, jadi kapal, jadi love, jadi bunga.
Gambar Hiasan
3) kalau anak yang besar sikit, buku 555 tu boleh ajak anak main binggo.
4) guna duit syiling, ajak anak surih pada kertas dlm buku 555 tu. Nanti nampak gambar bentuk duit pada kertas.
5) main teka duit syiling ada di tangan mana? Kiri ke, kanan?
6) perhatikan gambar-gambar yang ada pada duit kertas. Sembang-sembang pasal warna duit dan gambar-gambar yang ada bagi setiap duit tu.
7) ayah campak duit syiling ke atas dan tekup di tangan. Anak dan mama kena teka duit kepala ke, ekor. Kalau makanan dah sampai, lagi banyak boleh buat. Sebab dah bersembang pasal makanan pula.
Ada orang yang bimbang anaknya buat perangai di kedai makan. Mungkin ibu bapa patut bersedia dengan mainan yang anak suka, sebelum ke kedai makan. Tak kira la Lego ke, kereta ke, torch light ke..
Tapi kalau duduk saja di kerusi terus mula dengan hp, memang susah dah nak tarik balik hp tu. Dia mesti akan marah punya.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Sesi persekolahan penggal 2022/2023 akan bermula tak lama lagi. Nampaknya ibu bapa kembali sibuk untuk membuat persiapan anak-anak setelah bercuti beberapa minggu lalu. Makin dekat sekolah dibuka, banyak persediaan anak-anak perlu dilakukan.
Antaranya sibuk untuk membalut buku-buku, menjahit lencana dan sebagainya. Mungkin ada ibu yang rasa leceh untuk jahit lencana sekolah anak. Jadi untuk nak memudahkan kerja ibu, boleh guna cara yang dikongsikan ini.
Hanya menggunakan double sided adhesive cloth, boleh cepatkan kerja ibu menampal lencana dan tanda nama di baju sekolah anak. Macam mana nak guna, berikut disediakan langkah-langkahnya.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.