Tanda regangan atau stretch mark adalah masalah yang biasa terjadi dalam kalangan wanita. Garis memanjang biasanya berwarna perang seakan-akan ‘berkedut’ dan ada kalanya kelihatan seperti satu garisan merekah membuatkan seseorang itu rasa kurang senang setiap kali melihatnya.
Tanda regangan ini biasanya berlaku disebabkan kehamilan atau faktor perubahan saiz badan. Bagi wanita hamil tanda ini dianggap situasi normal pada kulit iaitu perubahan fizikal mahupun fisiologi tubuh termasuk hormon dalam badan.
Bagi wanita yang hamil, semakin besar kandungan maka makin besar regangan yang berlaku. Biasanya ia akan kelihatan pada paha, perut, dada dan bawah lengan. Hal ini kerana, ketika hamil paras hormon dalam badan meningkat seperti estrogen dan testeron menyebabkan kandungan kolagen pada kulit rendah.
Selain itu, bagi masalah tanda regangan yang tidak melibatkan kehamilan, ia dikaitkan dengan masalah selulit iaitu mungkin ada kena mengena dengan amalan gaya hidup kurang sihat sehingga membuatkan wanita atau lelaki turut mengalaminya.
Mungkin ada yang selesa untuk mencuba petua semulajadi untuk memudarkan parut regangan ini tetapi sebenarnya ada alternatif yang lagi mudah dan menjimatkan masa anda terutama bagi ibu yang sibuk menguruskan anak dan rumah tangga tetapi dalam masa sama nak menjaga kecantikan.
Bagi membantu anda mengatasi tanda regangan ini, ini antara beberapa produk yang boleh anda cuba.
Mama’s Choice Stretch Mark Cream diformulasikan khusus untuk ibu hamil dan menyusu. Krim anti-stretch mark ini dapat merawat dan memperbaiki masalah regangan kulit. Dengan bahan utamanya Lipobelle Soyaglycone, aloe vera, shea butter, minyak zaitun dan minyak jojoba ia adalah produk yang selamat, halal dan semulajadi.
Lipobelle Soyaglycone yang menjadi bahan utama krim ini adalah satu inovasi terbaru dan ia berasaskan kacang soya yang dapat membantu kulit anda kekal sihat dengan pelbagai cara.
Ia juga dicipta khas untuk mengurangkan kedutan dan meningkatkan penghidratan kulit dengan lebih lancar.
Bukan itu sahaja, Mama’s Choice Stretch Mark Cream ini juga boleh melegakan kegatalan kulit dan 100% selamat untuk kegunaan ibu mengandung, ibu berpantang/postpartum dan yang menyusukan bayi.
Disyorkan untuk mula pakai dari trimester kedua kandungan sampai enam bulan selepas bersalin dan sebaiknya digunakan secara konsisten untuk melindungi dan mengurangkan tanda regangan kulit.
Buat pengguna yang memilih produk Mama’s Choice Stretch Mark Cream ni anda tak perlu ragu-ragu kerana ia bebas dari paraben dan alkohol serta direka dan diuji secara dermatologi di makmal Singapura.
Membantu mencegah dan mengurangkan kesan regangan. Ia disahkan Halal. Triple Action Formula mengandungi Cocoa Butter, Shea Butter, Almond Oil dan Rose Hip Seed Oil untuk melembapkan kulit dan melegakan kegatalan akibat kekeringan pada kulit.
Membantu memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit serta mengurangkan kemunculan tanda regangan daripada kesan stretch marks. Pure Cocoa Butter dan Shea Butter yang diperkaya vitamin E dan kolagen akan mengekalkan kelembapan supaya sentiasa lembut. Ibu hamil tidak perlu menunggu selepas kelahiran untuk sapuan krim ini. Gunakannya semasa sedang hamil ketika tanda-tanda stretch marks mula kelihatan. Ianya sesuai untuk kegunaan seluruh badan.
Regangan yang berlaku dapat ditentang secara perlahan-lahan dengan penggunaan Buds Baby Stretch Mark Prevention Cream. Kombinasi ramuannya terdiri daripada shea butter, jojoba dan minyak zaitun. Selain itu ia diperkaya dengan vitamin E. Krim ini dipatenkan 100% mengandungi bahan organik tumbuhan. Dapat mengurangkan rasa kegatalan semasa terjadinya regangan pada kulit. Kesan stretch marks serta merta dapat dikurangkan dalam kelembapan kulit yang sentiasa terpelihara.
Krim anti-regangan formula lembut tiga kali ganda. Dengan nilai pH 5.5 mencegah kesan regangan, mengurangkan kesan regangan yang ada dan memulihkan tisu kulit. Selain itu sesuai juga digunakan oleh semua peringkat umur dan jenis kulit.
Cosmoderm Vitamin E 15,000 merupakan minyak yang dihasilkan daripada tumbuhan Rosehip yang berkesan untuk kesihatan kulit, memperbaiki struktur lapisan dalam kulit yang rosak kesan daripada parut stretch marks serta mengekalkan kelembapan kulit. Anda boleh menyapu ke seluruh permukaan kulit yang mengalami keregangan akibat stretch mark termasuk muka dan leher. Urutan minyak yang dilakukan dua ke tiga kali seminggu dapat melancarkan semula aliran darah pada bahagian kulit yang bermasalah.
Bio – Oil membantu memperbaiki kesan parut baru dan lama. Ia juga membantu mengurangkan kemungkinan kesan regangan semasa peningkatan usia remaja, kehamilan, dan peningkatan berat badan yang cepat. Selain itu, boleh membantu mengurangkan tanda regangan yang sedia ada.
Diformulasikan khas untuk ibu mengandung, Krim Pencegahan Stretch Marks Mustela berfungsi dengan kulit anda untuk mengelakkan munculnya stretch mark. Krim regangan cepat menyerap ini terbukti selamat dan berkesan untuk ibu dan bayi dan 100% sesuai dengan penyusuan susu ibu.
Oleh itu, bagi ibu yang masih tercari-cari lagi produk yang bersesuaian untuk merawat regangan kulit anda, antara yang boleh di cuba adalah Mama’s Choice Stretch Mark Cream.
Selain harganya yang sangat berpatutan ia juga terbaik dan berbaloi dengan wang anda!
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini, boleh ke website mamaschoice.my atau boleh dapatkan di Shopee dan Lazada.