Kebelakangan ini, anak kerap kencing malam? Ibu ayah jangan ambil mudah. Ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu.
Anak kerap kencing malam
Bed-wetting atau enuresis nokturnal – adalah masalah kencing tanpa disengajakan semasa tidur pada usia yang dijangkakan seseorang itu boleh mengawal kencingnya. Anak yang terbabas kencing di atas katil ketika tidur adalah normal bagi perkembangan kanak-kanak, lagi-lagi ketika dalam proses latihan tandas.
Biasanya anak kerap kencing ketika sedang tidur ini bukanlah perkara yang membimbangkan jika usia mereka di bawah 7 tahun, kerana masih dalam proses membina kawalan pundi kencing. Kebanyakan kanak-kanak akan dapat mengatasi masalah ini dengan sendirinya dan ada juga yang memerlukan bantuan. Dalam kes lain, situasi terbabas kencing ketika sedang tidur mungkin petanda masalah kesihatan yang memerlukan bantuan perubatan.
Rujuklah doktor jika anak:
Pelbagai faktor boleh menyebabkan keadaan ini, antaranya:
Pundi kencing kecil
Pundi kencing anak masih belum berkembang sepenuhnya untuk menampung air kencing yang terhasil pada waktu malam. Kurang kawalan untuk mengendalikan pundi kencing penuh. Jika saraf mengawal pundi kencing lambat matang, pundi kencing yang penuh mungkin tidak akan membangunkan anak, khususnya jika mereka tidur nyenyak.
Ketidakseimbangan hormon punca anak kerap kencing malam
Untuk zaman kanak-kanak, ada anak yang tidak menghasilkan hormon anti-diuretik (ADH) yang mencukupi untuk melambatkan pengeluaran air kencing pada waktu malam.
Jangkitan saluran kencing (UTI)
Jangkitan ini boleh menyukarkan anak mengawal kencing. Antara tanda yang boleh dikenal pasti termasuklah terkencing ketika tidur, terbabas kencing pada waktu siang, kerap kencing, air kencing merah atau merah jambu dan sakit semasa kencing.
Apnea tidur
Isu terbabas kencing ini juga boleh menjadi petanda apnea tidur obstruktif – keadaan pernafasan anak terganggu semasa tidur. Ia sering disebabkan oleh tonsil atau adenoid yang meradang atau membesar.
Gejala lain termasuk berdengkur atau mengantuk di siang hari.
Diabetes, punca anak kerap kencing malam
Jika anak menghadapi masalah terkencing pada waktu malam, ia mungkin petanda diabetes. Simptom lain termasuklah kuantiti air kencing yang banyak, peningkatan rasa dahaga, keletihan, dan penurunan berat badan walaupun berselera makan.
Masalah struktur dalam saluran kencing atau sistem saraf
Dalam kes jarang berlaku, masalah ini boleh disebabkan oleh kecacatan pada sistem saraf atau sistem kencing anak.
Sembelit kronik
Otot yang sama berperanan mengawal pembuangan air kencing dan najis. Jika sembelit berpanjangan, boleh menyebabkan otot tidak berfungsi dan menyumbang kepada terbabas kencing pada waktu malam.
Faktor risiko berlaku masalah kerap kencing malam
Keadaan ini boleh terjadi kepada sesiapa tetapi ia 2x lebih kerap pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
Beberapa faktor boleh meningkatkan kemungkinan ia berlaku, seperti:
Komplikasi
Biasanya isu anak kerap kencing malam tanpa sebab fizikal tidak mendatangkan sebarang risiko kesihatan. Tetapi ia boleh menimbulkan isu kepada anak, antaranya:
Cara mengatasi
Kebanyakan anak yang mengalami masalah ini akan dapat mengatasinya dengan sendiri. Jika rawatan diperlukan, ia berdasarkan perbincangan pilihan dengan doktor dan mengenal pasti perkara yang paling sesuai untuk anak.
Sekiranya anak tidak terlalu terganggu atau terkencing malam sekali-sekala, perubahan gaya hidup dapat membantu, seperti:
Seandainya tidak berkesan atau anak menjadi trauma terkencing malam, mereka mungkin memerlukan rawatan tambahan. Jika punca terkencing malam disebabkan sembelit atau apnea tidur, masalah tersebut perlu ditangani terlebih dahulu.
Rawatan terakhir yang mungkin menjadi pilihan adalah dengan pengambilan ubatan daripada doktor untuk jangka masa singkat bagi menghentikan tabiat terkencing malam.
Anak kencing malam bukanlah satu perkara yang disengajakan untuk menyakitkan hati anda sebagai ibu bapa. Perbanyakkan bersabar dalam bersama-sama mengatasi keadaan ini kerana ia mungkin mengambil masa untuk dapat melihat keberkesanannya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!