Tiada siapa yang menduga, anak-anak yang pergi meninggalkan kita dahulu. Bagi ibu bapa, biarlah mereka dahulu yang pergi sebelum anak-anak. Namun ajal maut, semuanya kehendak Allah S.W.T.
Bagi yang masih bernafas, hargailah orang disekeliling anda kerana kita tak tahu bila masanya nyawa akan diambil. Hargailah anak-anak, sayangilah mereka. Hargailah ibu bapa, berjasalah kepada mereka.
Ini arwah anak saya. Anak syurga. Tiba-tiba teringat kat dia. Gambar ini di ambil seminggu sebelum beliau pergi pada usia 1 tahun 4 bulan. InsyaAllah akan sampai giliran ayah mu pula nanti.
Abang kakak. Kasihi anak-anak kita. Mereka adalah mutiara yang menerangi hidup kita. Hargai setiap saat apabila bersama mereka. Peluk cium mereka lama-lama.
Apabila berjauhan betapa rindu tak terkata. Tersangat rindu kepada mereka ini tak mampu nak diungkap dengan kata-kata.
Kepada ibu-ibu. Jaga kata-kata kita terhadap anak. Marah macam mana sekali pun, jangan sesekali ungkapkan perkataan buruk terhadap mereka. Apatalah lagi mengherdik mereka.
Ketika marah baca LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH. Dan ketika tidurkan anak baca Ya Latif banyak kali, supaya hati kita ini jadi lembut, anak-anak ada sifat simpati.
Ibu ibu lebih banyak masa bersama anak-anak, terutama ibu-ibu suri rumah yang mulia. Ibu ibu-ibu suri rumah yang mulia paling banyak diuji dengan gelagat anak-anak. Tak mengapa ibu ibu. Itu semua pahala dan tanda anak kita sihat membesar.
Kepada ayah-ayah para suami yang mulia. Hargai isteri kita. Hargai susah payah mereka besarkan anak-anak. Dari dalam rahim sehingga dewasa jiwa mereka sangat rapat dengan anak berbanding kita. Mereka akan sanggup buat apa sahaja demi anak-anak.
Sekiranya kita memuliakan isteri, bermakna kita telah memuliakan ibu kepada anak-anak kita. Saat kita mencium dahi, mengasihi mereka bermakna kita telah mengasihi ibu kepada anak kita.
Hidup tak lama. Nak sama-sama masuk syurga. Nak hidup bahagia.
Kredit:Muhammad Hassan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)