Ruang bilik yang kecil memerlukan susun atur yang baik supaya keadaan bilik tidak menjadi semakin sempit selepas perabot dimasukkan. Ianya memerlukan perancangan dalam susun atur dan juga jenis perabot yang akan digunakan.
Namun bilik yang sempit tak semestinya tak boleh kemas, nampak luas dan cantik kan? Puan Balqis berkongsi ilham dekorasi serta susun atur dan jenis perabot yang digunakan untuk bilik dua anak lelakinya yang masih kecil. Yang paling penting nampak kemas dan luas.
Ikuti perkongsian ibu ini bagaimana dia menyusun atur bilik kecil dari rumah teres lama. Mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anda.
“Ini sharing bedroom untuk 2 anak lelaki saya yang umur 4 dan 6 tahun.. bilik ni kecil je.. rumah teres jenis lama.. jadi tak besar mana pun..”
“Untuk katil, saya guna yang jenis underbed.. bila nak tidur malam baru tarik keluar.. time siang tolak masuk bawah katil, jadi akan ada banyak ruang untuk anak anak saya bermain..”
“Yang lain lain tu macam biasa je.. guna rak dengan floating shelf untuk letak barang dan mainan anak anak saya..”
“Jadi ni cara saya buat untuk jimatkan ruang dalam bilik yang kecil ni..”
Puan Balqis turut menggunakan warna dinding yang cerah dan lembut bagi menampakkan ruang bilik lebih luas dan segar.
Ramai parents yang masih tercari-cari cara nak pisahkan tempat tidur dengan anak. Jom cuba tip di bawah
1. Kerjasama mak dan ayah
Macam biasa, mak dan ayah kena ada persetujuan bersama sebab usaha ni apa yang penting? Yesss kerjasama! Janganlah ayah nak try, mak pula tak sampai hati. Halahaii..
2. Mulakan dengan tidur di bawah
Untuk bilik yang ada katil, mula-mula kita biasakan anak tidur di bawah. Bukan sama-sama dengan kita di atas katil. Bentang la toto ke, tilam ke dan mula latih mereka tidur. Yes, memang masih dalam bilik yang sama.
3. Hias bilik anak
Kanak-kanak ni biasanya excited bila ada bilik sendiri. Mungkin kita tak mampu nak deco bilik secantik bilik pameran IKEA. Memadailah kalau kita belikan katil kecil dengan tilam yang dibalut cadar superhero kegemaran mereka. Boleh tampal gambar dan hiasan bersesuaian di dinding.
Masukkan gambar comel mereka dalam frame. Susun baju dalam almari mereka sendiri, rak buku dan meja kecil. Di situlah mereka mula belajar untuk tidak masuk lagi bilik ibu bapa. Beraktiviti di bilik sendiri sampailah waktu tidur.
4. Bed time story
Teman mereka sebelum tidur dengan membaca buku kegemaran. Boleh juga ceritakan kisah nabi, kisah-kisah dalam Al-quran dan kisah pengajaran. Jadikan rutin setiap malam tanpa gagal. Jangan paksa mereka masuk bilik dan tidur sendiri!
5. Teman mereka tidur kemudian…
Tutuplah lampu dan tidur bersama di bilik mereka. Tapi awas, tidur tidur ayam je. Bila anak dah mula lena, tinggalkan mereka dan kembali ke bilik anda. Keesokan harinya, kejut anak. Bila mereka sedar yang mereka tidur di bilik sendiri, lama kelamaan keyakinan diri mereka untuk tidur sendiri mula meningkat.
Ada juga kes, anak terjaga di tengah malam dan mula mengetuk pintu bilik kita. Jangan benarkan mereka tidur bersama. Again, kembali temani mereka di bilik mereka. Dan kembali semula ke bilik anda selepas mereka lena. Fuhhh..nampak macam complicated semacam kan. Itulah pengorbanan.
6. Didik anak
Ini bab education. Untuk anak yang dah besar dan mula faham, terangkan mengapa kita sudah tidak boleh tidur bersama. Kaitkan dengan agama dan suruhan Allah. Bagi mereka peluang untuk belajar, berfikir dan menerima.
Sebenarnya, usaha ni jadi lebih mudah jika anak-anak dah ada kakak atau abang yang lebih besar. Share room dari kecil, mereka lebih mudah berpisah tempat tidur dengan kita. Jangan lupa juga pisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan yaa..
Kredit: Balqis Mohd Zaiki
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang